Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 6, 2012

Suratthani - Prachuap Khirikan ~ 20 Dec 2011

Destinasi kami untuk hari yang ketiga adalah bertolak ke Prachuap Khirikan...seperti biasa kami memulakan perjalanan jam 8 pagi thai...cam biasa rutin awal pagi aku ialah masak nasi & menu makan tengahari hari nie ialah sardin dlm tin...tapi aku nak makan maggie cup je...tak lalu dah nak makan nasi hari2....

Mesti ada yang tanya kan, asyik pikir makanan utk lunch je...pagi & dinner tak de ke....okey setiap hotel yg kami stay memang dah bagi breakfast voucer tapi almaklumlah ditempat orang kami cuma minum coffee or tea dgn roti bakar je lah hari2...yang lain2 tu tak berapa nak yakin utk dimakan....utk makan malam pula biasanya kami akan mencari kedai2 muslim...alhamdullilah kawasan hotel yg kami stay memang ada lah kedai2 makan muslim nie...

Perjalan berjalan dengan lancar...menikmati pemandangan kawasan utara thailand yang cukup berbeza dari Malaysia...ada juga destinasi yang kami berhenti....meh nak citer dengan gambar ye...

bergerak ke kereta masing2 setelah selesai taklimat pagi

driver pun sudah ready

beratur keluar dari kawasan hotel...

melalui kawasan bernama Chumphon

berhenti sekejap utk beli ikan masin/telur masin....kawasan nie memang org2 muslim je yang berniaga...yg jual petai pun banyak

sempat ye posing dgn kenderaan kami

nie lah rupanya kawasan kedai2 muslim tu ye...

nie pulak rupa kedainya

waktu kami berhenti di petete (tau dah kan apa itu petete), kami terserempak dgn Hilux yg bawa gazebo...memang selamba jeee.....

tak de sape nak marah...asal boleh jalan

dah nampak dah singboard Prachuap Khirikan

kitaorg berhenti sekejap kat kawasan yg dikenali sebagai Laluan Gajah Putih. Kat sini kiranya sejarah kat sini adalah laluan suci utk Gajah Putih. So utk mengekalkan sejahar tu adalah dibuat satu kawasan kecik betul2 kat tepi jalan besar. Setiap kenderaan yg lalu kat situ memang akan bunyikan horn. Mula2 kitaorg ingat salah ke parking tepi jalan nie, rupanya memang diminta utk buat bising bila lalu kat kawasan Laluan Gajah Putih nie.

kat sini juga ada jual mercun yang panjang2 tu...saiz panjang dia bergantung pada harga lah....memang di galakkan utk bakar mercun kat situ...bukan satu kesalahan ye

bila nak sampai nie...

percaya atau tak semua lori2 yg bawa nenas memang macam nie...nenas2nya disusun rapi ye

kami lalu kat satu kawasan nie...besarkan itik nie...patutlah banyak telur masin kat thailand nie

okey sampai dah. kali nie kami tiba di destinasi awal atau dlm erti kata lain langit belum gelap kami dah sampai

cantik pintu gerbang nya

okey waktu utk memunggah barang keluar...its my job !

masing2 tak sabar nak masuk bilik nie...nak barriiiinnggg


nie lah die Hadthong Hotel, Prachuap Khirikan

nie lah rupa bilik kami yg betul2 menghadap laut

nie jiran kami hehehehe

cantik kan laut hotel kami ada swimming pool yg best

saya memang pencinta laut...deruan ombak umpama suara semangat utk aku sentiasa bangkit melawan dugaan kehidupan

malam tu kami makan kat kedai nasi ayam (muslim ye)

ini kedai trans santai sudah konker

macam nie lah rupa tiang elektrik kat sana ye

malam tu ada bunga api besar2an...tak tau lah ada perayaan apa kan

nie gambar seawal 5 pagi thai...masak kari ayam dlm tin tapi aku ubah suai sket...tumis bawang & potong cili api

with telor mata kerbau

jam 5 pagi thai

matahari dah keluar dah...tak silap belum jam 7 pagi thai lagi nie

selepas amik gambar nie lah camera aku jatuh buat pertama kalinya ke lantai

waktu nak keluar hotel, ternampak pulak jeti yg cantik nie...apa lagi semua sibuk nak bergambar lah.....ni mula2 kereta yg beratur dulu

snap solo dulu

berdua pulak...

bertiga pulak

kami si jelita

mereka nie tampan ke ??

kami semua

semua pakat sibuk posing hehehe

my hubby with bff nya

bertolak ke destinasi seterusnya...

~ Perjalanan dari Suratthani ke Prachuap Khirikan adalah 359 km ~

No comments: