Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 5, 2012

Songkla - Suratthani ~ 19 Dec 2011

Hari kedua perjalanan kami bermula pada jam 7.00 pagi thai...Rutin harian aku bangun seawal 5.00 pagi untuk masak nasi & lauk untuk makan tengahari kami. Lokasi untuk kami berhenti makan adalah bergantung pada waktu & kesesuaian lokasi.

Kedudukan Suratthani adalah didalam kawasan selepas Segenting Kra...kalau nak tau apa tu kena lah buka buku sejarah waktu sekolah dulu ye....tapi seperti yang diceritakan oleh kawan aku....Thailand terbahagi kepada 2 kawasan. Bawah daripada Segenting Kra 80% penduduknya adalah Islam manakala atas daripada Segenting Kra 80% penduduknya adalah Budha....itu jelah yg boleh diceritakan...kalau nak tau lebih2 kena lah tanya Cik Google yeee....

melintasi jambatan yang amatlah panjangnya. Jambatan yang melintasi Segenting Kra

lepas je jambatan terus nampak patung budha yang amatlah besarnya dok berbaring

Untuk ke Suratthani kena melalui satu kawasan yang dinamakan Nakhon Si Thammarat. Ferry Port tu utk ke Koh Samui

Muka dah jemu dok dalam keta nie...

tengok pencawang elektrik kat Thailand...menggerunkan

kami bererhenti di stesen minyak ataupun dalam bahasa thainya di sebut petete iaitu dlm tulisannya PTT. Kiranya PTT nie adalah stesen minyak yang majoritinya kat Thailand nie. Setiap petete kat Thailand mesti ada Amazon Cafe nie....kira ala2 macam Starbucks lah...rasa air2nya pun lebih kurang sama cuma harganya separuh dari harga kat Starbucks. Koleksi kopi nya pun memang sedap2...paling popular Amazon Coffee Blend....nyummy...

nie lah rupanya petete di Thailand...besar, bersih & selesa sangat

7-Eleven adalah satu kemestian di setiap petete

Lokasi berhenti kami untuk makan tengahari...kawasan percutian kat Thailand tapi disebabkan hari tu hari bekerja maka hanya group kami je lah kat tepi pantai nie...

its a makan time....

bergambar sebelum kami meninggalkan lokasi yg cantik nie

lepas kemas kereta tentunya kena amik gambar dulu kan

kami melalui jalan tepi pantai...jalan yang amatlah lurusnya & paling best memang banyak orang jual udang kat tepi2 jalan tu...amatlah besar2nya...

ombak kat sini dah bukannya ombak rindu lagi dah rasanya....nak tau kenapa ?

punyalah terlalu ombak rindu nya sampi menghempas tembok batu ye....

tinggi tak Ombak Rindu tu....serraaammmm

kawasan nie pun terlibat dengan kejadian stunami pada tahun 2006

kawasan nie namanya Ban Thapa Ya

with duit utk minyak sahaja 15,000 baht....budget kami untuk perjalanan 11 hari tu

1,500 baht untuk 1st time isi minyak kat Thailand...agak menggaru kepala jugalah kan...kalau kat KL jumlah banyak nie boleh guna sebulan lebih kot. Untuk pengetahuan harga diesel kat Thailand adalah 2 kali ganda dari harga kat Malaysia TETAPI kualiti diesel Thailand jauh lebih baik dimana tempoh pembakaran nya lambat...senang cerita full tank boleh jalan lebih jauh lah dari full tank Malaysia. Diesel Thailand pun jernih je dan tiada asap ye....tak kiralah lori atau bus kat Thailand nie memang tak de asap kenderaan yang memenuhi ruang jalan....

Nak dijadikan cerita, selepas je kami isi minyak...kami masuk kawasan bandar kecilnya...kat tengah jalan yg sesak tu kenderaan hubby tak boleh bergerak....tekan pedel minyak pun tak mau jalan....addoooohhh dah lah jauh lagi nie....mujur ada 2 biji lagi kenderaan lain di belakang...maka bertolak lah ke tepi jalan.....check punya check confirm salah isi minyak...nie lah padahnya bila ayam bercakap dengan itik....kebetulan masa ini tu ada geng 4WD kami yg isi petrol, so org kat pertol pump tu ingat sama lah kot....memang amatlah cuak nya aku waktu tu...dah fikir macam2 termasuklah sampai sini je ke Trans Santai aku...nak balik naik apa nie.....

Lokasi kami berhjenti tak jauh dengan bengkel. So minta tolong org bengkel utk tolak kereta masuk ke bengkel...memang orang Thailand nie helpful...hubby aku cakap kalau kenderaan Diesel tersalah masuk Petrol...just keluarkan semua minyak, pump & cuci...then masuk diesel balik dah okey dah TAPI kalau petrol tersalah isi diesel makan enjin nya dah tak boleh pakai lagi....Alhamdullilah...kembali tersenyum aku....nak tau berapa kitaorg kena caj dengan bengkel tu dengan pekerja yang handle kereta hampir 5 orang ??? hanya 200 baht sahaja sama dgn RM20....percaya lah yeeee....

menyambung kembali perjalanan kami setelah berhenti seketika untuk settlekan problem kami...memang kami semua ibarat keluarga...masing2 sibuk check kereta my hubby...


sampai sudah di Diamond Plaza Hotel, Suratthani. My hubby tengah uruskan check in...

terpegun dengan kebersihan toiletnya...nampak tak toilet duduk tu di seal kan...

kalau terkoyak seal nie maknanya toilet nie dah digunakan...dasyat kan...

Satu perkara atau kesimpulan yang aku akui di Thailand nie...walau macam mana keciknya pun stesen minyak tu...Toiletnya tetap bersih....memang kat mana2 pun toiletnya bersih termasuk lah kat hotel nya...

Nie lah rupa bilik kami di Diamond Plaza Hotel, Suratthani. Tu pintu connection room ke bilik sebelah.....

my hubby sedang tenggokkan telor dadar yang saya goreng utk makan malam kami

periuk nasi kami...hehehehe

pemandangan dari bilik kami...waktu ni jam 5.00 pagi thai ye

dah cerah kan macam kul 8 pagi malaysia

kami dah ready utk perjalanan seterusnya....

~ Perjalanan dari Songkla ke Suratthani adalah 353 km ~

1 comment:

Mimy Hamid said...

seronoknya zura journey thailand ko ni....lagiiiiiiii'


ombak tu seram la..steady kemal posing