Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 10, 2012

Prachuap Khirikan - Kanchanaburi ~ 21 Dec 2011

Hari ke empat utk Trans Santai Malaysia Thailand. Kami bertolak seawal jam 8 pagi thai....meninggalkan bandar Prachuap Khirikan. Hari ke empat perjalanan kami agak memenatkan, bukan apa dah jemu duduk dalam kenderaan kan...tapi di Kanchanaburi kami bermalam selama 2 malam...jadinya boleh lah rest & enjoy. Hotel pulak Resort & Spa kan...

Menghilangkan rasa bosan dalam kereta...kitaorg masing2 bersembang antara satu sama lain menggunakan radio walker talkie atau Radio Frekuensi Kenderaan atau kami panggil sebagai PTT, alah yang macam ada dalam kenderaan polis tu. So itulah penghibur, yang paling best bila sesi main teka teki...hadiah nya ialah brg makanan....maklumlan itu yg paling mahal kan. Ada gak sesi bercerita berkenaan bandar2 sejarah di Thailand. So pengguaan PTT nie memang berguna disamping menghilangkan rasa mengantuk rakan2 pemandu yang lain. Penggunaan PTT nie juga bagi aku peluang utk belajar bahasa2 baru utk bercakap dalam radio...yang nie nanti satu masa aku citer ye.....

Okey kita bercerita dengan gambar pulak ye....
Mula keluar dari pintu gerbang Prachuap Khirikan

Insan yg hidup dgn slogan : Sesama Umat Nie Apa Lah Nak Berkira Sangat

melalui kawasan yg dinamakan Phetchaburi

ikut singboard, simpang kiri

okey nampak dah Welcome to Kachanaburi

nampak macam dekat je kan...sebenarnya jauh lah juga...macam biasa kami berhenti makan...berehat & singgah kat mana2 yang perlu. Cuma gambar nya je yg tak kesempatan nak amik....mungkin dah boring dgn aktiviti yg sama je kan....lagi pun kami nie musafir, so lokasi berhenti makan pun kadang2 best & kadang2 just buka bonet kereta je...apapun inilah yg dinamakan adventure !!!!

nampak tak gajah yang pegang lampu jalan....

Kanchanaburi : merupakan bandar sejarah & disinilah terdapatnya River Kwai Bridge ataupun lebih dikenali dengan Landasan Keretapi Maut. Nak tau apa tu kenalah guna khidmat cik google ye.....selain dari tu kat sini juga terdapatnya Tiger Temple yang mana menempatkan harimau2 belang yang tinggal bersama2 sami budha....sejarahnya dulu ada banyak harimau putih....

masjid yg terbesar di dalam bandar Kanchanaburi

Singboard tempat2 bersejarah

nie bilik kami di Pung-Waan Resort & Spa Kanchanaburi

cantik kan...

toilet nya pun best

ruang rehat yang selesa

tenang sangat bilik nie

kami terus keluar coz yg lelaki2 nak gi cari barang2 askar

forever with hubby

swimming pool nya pun best sangat

kenderaan my hubby dah mula penuh...nama bos yg kat atas tu ialah Army Box

ikat jangan tak ikat ye bang

take picture with Army Thailand

selepas selesai membeli barang2 askar...mereka sibuk pulak nak pergi ke kedai yang menjual brg2 elektronik 4x4 & radio frekuensi....awak nie mengikut je lah...kawasan tu pulak susah parking so jadi tukang jaga kereta je lah kan...selesai urusan lelaki...tiba time kaum hawa pulak...jalan2 nie night market & dinner...

Nasi Briyani Thailand

Bank yg paling popular di Thailand : TMB Bank

Sushi ada dijual di Night Market ye

Jam & Sunglasses yg amat murah antaran RM8 - RM10 je...

apakah ini...Cengkerik Goreng

cuba tengok Brand Bekas Kedap Udara nie

sebagai tanda kenangan, aku tempah key chain nie utk my hubby

Keesokkan nya kami keluar dari hotel jam 9 pagi...aktiviti jalan2 menjelajah Kanchanaburi...lokasi pertama adalah River Kwai Bridge

we are ready

kedai2 kat sini memang confident je dgn ejaan masing2

us

berada atas Landasan Keretapi Maut yg punya sejarah & misteri nya....

pandangan dari bawah landasan

waktu kami asyik shopping kat sini...

keretapi pun lalu...keratapi nie utk pelancong melalui jalan landasan keretapi nie

sempat lagi berposing hubby aku nie

seronok sangat dapat dukung anak harimau bintang...berat sangat & best

dapat bergurau dgn si comel nie

kalaulah boleh bawa balik

nie keretapi asal yg digunakan waktu landasan nie siap dulu

banyak tau singboard yg macam nie kat sini

Selepas melawat kawasan River Kwai Bridge...kami ke Tiger Temple pulak...

pintu gerbang Tiger Temple

kreatif kan Pintu Gerbang nie kan

Ticket Room

sedang menunggu geng2 lain beli ticket...harga ticket RM60 seorang

kena jalan kaki ye....rasa macam kat Afrika

panas yang amat nya

Meh nak citer sket berkenaan Tiger Temple nie sebelum u all layan gambar2 dgn Tiger ye...Tiger Temple nie kiranya macam tempat suci atau bertapa sami2 budha. Dahulunya ianya bukanlah tempat utk pelancong...kira org luar tak boleh masuk lah...tetapi sejak 4 tahun nie ianya dijadikan tempat utk pelancong sebab mereka memerlukan sumber kewangan bagi menampung segala kos tiger2 yg kat dalam tu. Waktu kami pergi nie, jumlah Tiger adalah 98 ekor & hanya 28 ekor sahaja dikeluarkan utk setiap kali tempoh pelancong masuk.

Ada banyak gak pantang larang nya bila nak masuk sini...yg pertamanya warna pakaian kita tak boleh warna2 yg terang...hanya sami & pekerja2 sahaja yg boleh pakai warna oren...warna2 yg dilarang macam merah, hijau terang, biru terang. So pada yg pakai warna2 terang nie kenalah beli T Shirt yg ada dijual. Utk seluar pun kena pakai yg menutup sampai buku lali, so utk yg pakai pendek2 tu terutamanya minah2 salleh...ada seluar yg sediakan...alah seluar yg kain jerut tu je warna hijau pekat.

Waktu kami sampai kat kawasan tiger tu, semua pelancong diminta masuk ke dalam kawasan yg dipanggil kandang...kiranya orang duduk dlm kandang & tiger bebas kat luar lah. Sessi penerangan oleh Mat Salleh yg incharge tempat tu amatlah terang & jelas. Semua pengunjung tidak dibenarkan pakai topi, sunglass, atau apa sahaja yg bergantung/berayun kerana ianya akan menarik minat tiger tu. Pengunjung juga tidak dibenarkan lalu dihadapan tiger tu sebab kalau tiger tu sambar, tiada siapa mampu tolong dah. Jadinya semua camera kena bagi pada pekerja2 mereka. Mesti semua risau soal keselamatan kan. Sebenarnya setiap kali kita dekat dgn tiger tu, akan ada 2 org pekerja bersama2 dgn kita secara dekat. Seorang utk jaga keselamatan kita yg mana kalau apa2 jadi mereka yg akan dihadapan & sorang lagi utk jaga camera & amik gambar kita. So cara2 nak jalan di tepi2 tiger yg banyak2 tu di ajar oleh pekerja yg menjaga kita tu....dont worry...ikut arahan semuanya mudah....

setiap 20 org pengunjung akan di penghulu oleh seekor tiger utk ke kawasan show

jom ikut balik nak tak ?

setiap kali group pengunjung tiba, kami yg dah sampai nie diminta berdiri bagi menghormati kesucian tiger nie nak lalu

si penakut nie menjadi berani dgn tiger nie...

macam mana ye kalau nak bawa balik...eerrmmm ada idea tak ?

comel nye kan...

selamat tinggal Tiger Temple...kenangan bergambar & sentuh hampir 20 ekor tiger memang sweet memory for me...

Selepas ke Tiger Temple, kitaorg bercadang nak makan tengahari di Waterfall...senang citer nak picnic sambil mandi manda lah...tapi apakan daya...setelah meradah perjalanan yg agak mencabar rupanya waterfall tu dah kering disebabkan faktor cuaca yg amat panas....terbatal lah hajat kami. So sebab terlalu panas, kami amik keputusan utk balik ke hotel & layan swimming pool & spa.

semuanya kering kontang

jalan yg sempit & berlekuk dalam

Malam tu keluar makan kat night market, makan kuey tiaw sup yg sedap then jalan2 malam kat River Kwi Bridger kembali. Alang2 dah lalu waktu nak balik hotel kan....

after dinner kami singgal utk bergambar coz malam ada lampu macam2 warna

our pose

seram kan...

Esoknya kami bertolak ke destinasi seterusnya agak lewat sket coz lokasi seterusnya agak pendek perjalanannya...kul 12 tgh thai baru kami check out....so pagi tu sempatlah goreng cucur bawang, lepak2 golek2 atas katil sementara menunggu geng2 lelaki pergi mencari brg2 kereta mereka.

nie lah dapur saya di Kanchanaburi

selamat tinggal Pung Waan Resort Kanchanaburi

sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, kami singgah di Petronas Kacchanaburi utk isi minyak penuh...dapatlah mineral besar sorang sebotol free

~ Perjalanan dari Prachuap Khirikan ke Kanchanaburi adalah 363 km ~

No comments: