Tiba sudah hari ke tujuh...terlalu sekejap rasanya...macam baru semalam je bermula. Perjalanan hari ini antara yang paling jauh sekali iaitu 587 km. Bersedialah ponggong untuk setia dalam kereta ye. Macam biasa bangun awal pagi utk masak nasi & lauk utk makan tengahari. Last masak sendiri utk perjalanan kami. Sebab kat Krabi & Hatyai dah senang utk cari kedai makan muslim.
Kami akan bermalam selama 2 malam di Krabi. Aktiviti utk kami pun telah tersedia...mari kita bercerita dengan gambar ye...
bersedia bertolak dari Hua Hin ke Krabi
perjalanan bermula
berhenti seketika untuk ke
kedai army lah kan...apa lagi
kami berhenti makan tengahari di perhentian R&R yang paling besar di Thailand. Kedai makan muslim pun banyak. Untuk mereka2 yang tak masak tu memang terus ke deretan kedai2 makan muslimlah tapi kebanyakkan nya dah masak siap2....so kami ke kawasan yg bersesuai utk makan.
nie pasangan yg baru berkahwin 3 bulan ye
keluarga abg gagak
keluarga anak bukit & ah chong
keluarga delta 7
keluarga mady hebat
disebabkan kami terlupa bawa tikar, maka kami hidang & makan kat kereta je lah ye
mencuci segala peralatan yg tak kan dikeluarkan lagi selepas ini...
bilik solat yg terdapat di perhentian ini
selepas selesai segala urusan makan & rehat seketika, kami meneruskan perjalanan. Kemudian kami singgah di COOP...kira macam NSK yg besar lah kat situ...ada macam pasar gak...so kami just jalan2 menjengah suasana disana....
nie pintu gerbang masuk ke COOP
nie lah rupanya
hantu kasut yg telah jumpa lubuknya...
utk pengetahuan jumlah kasut yg aku dah beli sepanjang di Thailand ialah 9 pasang ye...terlalu murah tu yg geram tu....so skrg tengah pujuk hati utk
No More New Shoes In This Year !
antara bahan masakkan menarik yg kami jumpa
nie pun sama juga ye
seterusnya kami meneruskan perjalanan kami....buat pertama kalinya kami disambut dengan hujan sepanjang perjalanan ke Krabi
Ada cerita yg tak mungkin akan dilupakan semasa perjalanan ke Krabi nie....3 kereta telah berpecah dari konvoi. Ntah macam mana, mungkin kerana malam, jalan yg gelap tambah dengan hujan maka kereta my hubby telah tersalah follow kereta lain. Ingatkan follow peserta konvoi rupanya follow org thai nak balik umah....yg bestnya belakang kami ada 2 biji lagi kenderaan yg follow kami. kami bertemu dengan simpang Y...hubungan radio pun terputus so tak tahu samada masuk kiri or kanan. 2 lagi kenderaan yg akhir pun hilang tak tau kemana....nasib baik lah ada kenderaan yg ada GPS. So mengikut GPS kenderaan yg lain2 tu ikut simpang kanan sebab jarak perjalanan sana dekat lagi manakala kami yg 3 biji nie telah ikut simpang kiri iaitu jalan lama ke Krabi. So tiada cara lain kami meneruskan jelah perjalanan kami. Nasib baik phone aku still ada line dlm kawasan hujung kampung macam tu, maka dapatlah call group yg berpecah tadi utk maklumkan yg kami 3 kenderaan selamat & akan teruskan perjalanan berpandukan GPS. Thank Celcom, memang best lah line CELCOM nie....kami selamat tiba lewat dalam 15 minit dari group konvoi yg lain. Maklumlah jalan kami jauh sket kan. Tapi apa pun kami selamat tiba, Alhamdullillah....
sampai je kami terus ke Night Market berhampiran utk makan malam. Just jalan kaki je
geng trans santai telah mengongker (ada ke perkataan nie) kedai nie
Selepas makan kami dengan aktiviti masing2. Lelaki dgn geng lelaki manakala kami yg perempuan nie pergi berurut lah kan. Sorry coz tak snap gambar. Terlupa lah pulak kan.
nie lah rupa bilik kami di Krabi
Keesokkannya kami akan melawat pulau2 di Krabi. Dengan bot yg hanya kami sahaja ahli2 nya ditambah dengan makanan tengahari dan buah2an tersedia utk kami. Memang terasa best sangat. Pulau2 yang cantik, ombak yg jujur, pantai yg suci. Rasa nak tinggal sana je.....
my hubby dilantik jadi ketua utk 1 hari aktiviti melawat pulau nie
cantik kan
lama2 aku dah rimas dgn safety jacket tu...hehehe
jagung bakar kat sini teramatnya besar + sedap
my hubby snorklying. Best je kan, tapi aku belum ada keberanian nak mencuba
cantik tak ?
nie namanya Pulau Ayam
nie lagak menarik bot lah nie...yo laaahhh
skrg kami berhenti utk pergi makan di salah satu pulai kat Krabi nie, tetapi disebabkan angin yg terlalu kuat makan boat kami tak dapat pergi terus ke pulau tu....makanya kami semua terpaksalah melalui tepi2 pulau yg mana perlu meredah batu2an laut utk sampai....bila dah sampai memang berbaloi coz teramatlah cantiknya......
adventure sungguh
cantik kan...swimming pool semulajadi
cantiknya ciptaan Allah SWT
dah sampai......nak tinggal kat sini...
my hubby jadi Chip Makanan
makan time
aksi kekenyangan masing2
poster paling hangat semasa Trans Santai
lagi...
kami semua
pose angkat tangan
cantik nya...
ombak tetap menghempas pantai
terasa sungguh aman
perjalanan balik kami dihidangkan dgn buah2an atas boat
Sampai saja di Pantai Aonang, kami semua mandi & tukar baju kat toilet tepi pantai....kemudian apa lagi jalan2 + shopping lah kat Pantai Aonang, Krabi.....
Bus Stop at Aonang, Krabi
Kami juga pelancong kan
nie kedai Rotee...sama macam roti canai tapi cara makannya macam waffer
dipotong2 & sapu planta & susu...isinya boleh letak pisang, peanut or macam2 perasa lagi & boleh juga kalau nak kosong je
matahari nak tido dahh
kami balik ke hotel & mandi & rehat2...malam tu nak pergi makan besar ramai2 kat satu restoran muslim nie...agak mahal tapi sedap sangat...Tom Yam sana memang terangkat....
tunggu makanan sampai
makan time lagi
selesai dengan jayanya
kami makan kat sini lah
nak balik dah....tata
~ Perjalanan dari Hua Hin ke Krabi adalah 587 km ~
No comments:
Post a Comment