Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 27, 2012

Aku Jatuh Cinta Lagi....


Bahagianya hidup seorang pemain pentas dapat mengubah setiap detik kehidupan lalu menjelma ke alam indah merealisasikan tulisan2 jiwa yang terkandung di dalam skrip menjadinya ianya hidup dalam pementasan mereka.

Aku jatuh cinta lagi dengan skrip dan dialog dalam Drama Dejavu Di Kinabalu + dengan heronya yg macho melafazkan kata...heroin yang berani menempuh apa yang dirasa.....tak sabar tunggu  kesudahannya nie....

Wahai pengarah & penulis skrip (walau pun tahu korang tak baca blog aku kan) tolong endingkan cerita ini menjadi satu penyudah kebahagian yang akan aku bawa dalam setiap lena ku.....waaahhhhh aku pun boleh tulis skrip macam nie.....

Tuesday, June 26, 2012

Luahan Rasa Pengajaran Kehidupan

Jangan fikir yang tenang & senyap itu tidak punya masalah kehidupan, cuma mungkin ianya ditanggung sendiri demi ketenangan kehidupan insan lain. Tiada satu pun manusia dalam dunia ini yang terlepas dari ujian hidup !




Monday, June 25, 2012

Alhamdullilah, Rezeki Allah


Alhamdullilah, hari  nie Chairman Executive kami announce untuk salary revise starting this month. Setelah hampir 2 tahun tiada apa2 perubahan dalam slip gaji kami semua.

Alhamdullilah, aku anggap ianya rezeki dari Allah SWT dan mereka2 yang menyampaikan ini adalah wakil yang berkongsi rezeki bersama2 di bumi Allah ini.

Apapun harapan terbesar aku untuk tahun ini ialah BONUS tahunan yang biasanya kami dapat sebelum Aidilfitri....hope sangat2 ianya menjadi nyata...sekurang2nya lepas untuk aku belikan laptop atau senjata perang baru untuk adik aku.....makbulkan doa aku ini Ya Allah......amiinnnnnn

Friday, June 1, 2012

HAPPY BIRTHDAY SAHABAT

Buat ke sekian kalinya aku masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang sahabat yg aku kenal semenjak usia 13 tahun.....dan kini sahabat aku itu meraikan ulangtahun kelahirannya yg ke 31.....wah macam kena je dua angka tu kan.....

Mungkin kerana usia persahabatan yg hampir 18 tahun ini membuatkan aku tak tahu apa hadiah birthday yg sesuai buat sahabat kali ini. Fikir punya fikir akhirnya aku pilih untuk membelikan sahabat bahan bacaan yg mungkin amat berguna untuknya....

Thanks juga buat semua rakan perempuan kat ofic nie yang telah berkongsi  modal untuk membelikan surprise cake buat sahabat.....
 Birthday Card from us
 My simple birthday present for Sahabat
 Orang kuat yang uruskan surprise cake
 SURPRISE !!!!
 Tiup lilin dulu...
 Okey, dah boleh potong cake
Diharap buku ini mampu menjadi pengubat jiwa dikala hilangnya semangat yg selama ini gagah bertahan



Tiada lain yg ternilai hadiah buat sahabat selain dari doa dan harapan agar sahabat diberi kesihatan yg sempurna, dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat...aminnn