Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 13, 2012

Krabi - Hat Yai ~ 26 & 27 Dec 2011

Perjalanan terakhir kami ke destinasi terakhir di Negara Thailand...rasa sedih tapi excited sangat coz Hat Yai ialah destinasi syurga shopping yg menarik...

perjalanan bermula

berhenti utk berehat seketika & melepaskan hajat masing2

yg keletihan pun ramai gak

singboard toilet kat R&R yg kami berhenti

kami sampai kat Hat Yai dalam kul 3++ ptg thai....so sampai je terus pergi makan dulu...

Hotel kami memang betul2 kat town hat yai...so nak kemana2 memang just jalan kaki je. Banyak kedai muslim yg popular kat Hat Yai nie macam kedai Salmah & kedai Hamid. Di Hat Yai memang terasa betul2 macam kat Malaysia coz memang ramai pelancong Malaysia kat situ. Percakapan pun ramai yg boleh ckp melayu ditambah dgn duit RM kita memang laku kat sana.

Trafic Light dalam kedai

After makan..geng kami yg terdiri dari 3 family nie buat keputusan utk pergi massage & sebagainya.....foot massage kat sini best sebab dia akan urur tangan, bahu & kepala sekali

ada juga yg buat facial RM50 sahaja ye

Padicure & Manicure hanya RM15 sahaja ye

Selesai memanjakan diri kami semua decide utk balik ke bilik & mandi utk siap jalan2 kat night market pulak...

nie bilik kami di Hat Yai

Gajah betul tau...kat pekan Hat Yai memang ada je gajah2 nie

ada shopping mall...ada night market...rambang mata dah nie

T shirt memang murah2 kat sini

menyelerakan...kat sini boleh makan coz bnyk kedai muslim

nie lah durian siam

Esok paginya kami ada agenda yg dipecahkan kepada 2 jantina. Kaum lelaki nak pergi kedai brg2 keta & kaum wanita akan shopping kat market. Tetapi disebabkan aku nie dah biasa shopping with hubby ditambah pulak aku dah mula tak sihat (demam), maka my hubby je lah lelaki yg follow kaum wanita nie. Thanks hubby coz memahami....

pagi nie kaim jalan jauh sikit utk makan pagi...nama kedainya Kedai Kelantan

Nasi kerabu & Nasi kukus

selesai makan pagi, semua berhimpun di depan hotel utk meneruskan agenda kaum masing2

kami naik tut tut utk ke market

meeting utk janji jumpa balik kat tempat nie kul bape

kedai baju...muraaahhh

kedai handbag lagi muraahhh

gudang kasut....lagi laaahhh murrraaahhh

org yg gile kasut jumpa syurga kasut

okey nie 1st round shopping utk baju & kasut2 sahaja

sebab brg2 banyak sangat sampai tak terpegang sedangkan bnyk kedai lagi tak pergi. So aku & hubby decide utk amik tut2 dan hantar semua brg2 ke kereta dulu then kami ke market semula...sampai kami kena perli lah...2 trip ke market utk pagi tu sahaja

antara bahan masakan yang kami jumpa di pasar basah




selesai shopping kami terus kemas brg2 kat kereta

cam biasa my hubby tak suka kemas brg last minute...so waktu org semua sibuk gi makan kami kemas brg2. Sebab tu ramai yg tanya kereta mendap tapi tak nampak pun beli brg apa....hehehehe kami segan sebenarnya

after kemas brg...kami makan tengahari kat kedai hamid pulak

after makan kami gi jalan2 kat mall pulak

Malam tu kami jalan2 & makan2 kat night market yg sama...memang banyaklah kedai makan nya....Esoknya awal pagi aku breakfast with hubby & 2 org laki kawan rapatnya...disebabkan aku nie suka dgn kedai2 accesories 4x4 nie so aku ngekor je lah...memang best lah pusing2 town...

gambar depan hotel waktu pagi kami nak check out...anda nilaikan lah ye

kat depan hotel

New Season Hotel, Hat Yai

~ Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai adalah 284 km ~

No comments: