Akhirnya tarikh 18 December 2011 (Ahad) telah pun tiba....setahun rancang akhirnya ianya menjadi kenyataan. Bermulanya perjalanan kami dengan berhimpun pada jam 8 pagi di R&R Rawang....malam tu tido pun tak berapa nak lena lah...excited !!!!
Sehari sebelum bertolak, aku dgn hubby memang sibuk packing segala macam barang yang nak dibawa...yang utamanya barang2 utk stock makanan lah kan....maklumlah lokasi yang kami nak pergi nie susah sikit nak dapat makanan halal. Makanan apa sangat yg boleh bawa pun kan melain tidak makanan dalam tin je lah....dan yg telah membantu menaikkan selera aku ialah Daging Dendeng & Sambal Tumis Ikan Bilis Mak Yang aku....thanks Mak Yang coz sudi masakkan untuk kami.....
11 biji 4WD telah berhimpun di R&R Rawang...walaupun kebanyakkan nya janji melayu 8 pagi kan...tapi alhamdullilah jumlah yang dijanjikan sampai jua....1 biji lagi dah pun menanti kami di sempadan Thailand.....
Beginilah rupa kenderaan kami waktu bertolak...
kami dah ready...
sebahagian kenderaan yg dah sampai....
taklimat pertama sebelum bertolak...
muka kami yg amatlah excited nya...
last isi minyak di Malaysia = Petronas Changlun
dimana2 sahaja mesti ada opis...senang nak simpan segala dokumen
tak sia2 bawa orang keje bank nie...lepas je tukar duit terus dia kira....
1st time pegang duit baht nie...
kamilah jutawan baht
kami selamat masuk Thailand dlm pukul 6.00 petang Thai (waktu Thailand lewat 1 jam dari waktu Malaysia TETAPI 6.00 pagi Thai dah terpacak matahari & 6.00 petang Thai dah gelap macam nie lah)
Nie lah rupa hotel kami yang pertama
sampai je terus masak nasi, tak sabar nak makan daging dendeng
geng yang lain sibuk ajak makan kat luar, agak payah nak cari makanan muslim sebab kedai2 kat sana kul 9.00 malam tu dah tutup semuanya....nasib baik ada satu nie buka lagi...
nie lah namanya tut-tut...kenderaan kami malam tu utk mencari makan...
ngam2 muat satu tut-tut
lepas makan kami merayau ke 7-Eleven...kat Thailand memang banyak 7-Eleven tetapi berbeza sikit dgn 7-Eleven kita....kira kat sana lebih kurang sama dgn Mini Supermarket lah...memang harga barang2 semua murah2 yang amat...keje kitaorg tengok perbezaan harga barang je lah....
Inilah Hotel Pavilion Songkla
keesokkannya kami dah ready utk next Jurney ke Suratthani...
~ Perjalanan dari KL ke Songkla adalah 492 km ~
No comments:
Post a Comment