Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 16, 2011

Failing System

Hari menyiapkan kerja yang tertangguh...lama sungguh tangguh sampai dah berlonggok2...Tak tahu lah family yg lain tapi aku dari mula2 khawin lagi memang mengamalkan rekod & failing....

Semua bil2 & pembayaran hutang + dokumen2 berkaitan akan disimpan didalam fail yang telah dikhaskan mengikut kategori...kenapa aku buat semua nie....nie kot sebab2nya :

1. Memudahkan aku/suami utk mencari dokumen2 tertentu apabila perlu.
2. Manalah tau tiba2 aku lesap atau hilangkan, so senanglah laki aku nak mencari apa2 dokumen yang diperlukan...
3. Aku tak suka benda yang berkecamuk....so semua mesti dalam keadaan yang kemas + teratur

So, memandangkan dah lama sangat tertangguh...belambak lah yang nak kena di sort kan....punch kemudian baru boleh masuk fail.....sampah sarap yang perlu dibuang pun belambak




Kepada yang tak pernah mengamalkan, sila lah belajar2 sebab ianya pastinya menyenangkan anda....

Monday, July 11, 2011

Gunting Dalam Lipatan


Dalam kehidupan ini kita akan berjumpa dan diduga dengan macam2 jenis manusia...ada yang meletihkan, memualkan, menguntungkan, menggembirakan dan ada juga yang kalau boleh tak mahu kenal langsung.

Kita semua bebas...bebas untuk menilai apa sahaja tentang seseorang itu...tapi ingat kita tak bebas untuk menghukum....tafsiran dan penilaian kita tidak semestinya tepat....bila tersalah tafsir maka ianya akan menjadi fitnah & tuduhan....yang nie memang digemar oleh syaitan....

Apabila hati dah syak wasangka, maka mulalah meragui dan menuduh itu ini...paling bagus bila tak nak pulak datang bertanya secara terus & telus....berlakulah buruk sangka...


Aku kesian tengok sesetengah manusia nie suka buat tuduhan melulu...menghukum tanpa bukti...sedangkan yang ditatang adalah GUNTING DALAM LIPATAN....kalau semua nie aku bongkarkan pastinya selepas ini berjalan pun tak berani nak memandang ke langit dah rasanya....

Apa guna dihadapan bermanis muka kalau dibelakang seribu duka...tak perlu dilakukan kalau tak ikhlas...kesian....

Saturday, July 9, 2011

Wajah Baru

Apa yg wajah baru....eerrrmm....my blog dah berwajah baru...yeyeyeye akhirnya dapat gak gambar sendiri kat header blog aku.....

Thanks to my ADIK....bukan tak pandai tapi tak kuasa nak buat sendiri...memandangkan aku tau die suka bab2 menggodeh-godeh nie makanya dilantiklah sebagai editor design blog aku....

Next time kalau ada rasa nak tukar apa2 lagi akak minta tolong lagi ye....

Monday, July 4, 2011

CONGRATULATION MIMY & MEGAT


Hari nie dapat berita gembira & best dari my BFF...kawan yang banyak berkongsi suka duka waktu zaman belajar kat college dulu...seorang kawan yang mampu menduga tiap satu respons aku terhadap sesuatu perkara itu....


Tahniah Mimy....u are going to be a MUMMY.....seronok aku dengar...walaupun tak pernah merasa tapi aku yakin itulah perkara yang paling membahagiakan dalam hubungan rumahtangga kan....umpama macam jenuh study then dapat best result utk final exam....hahahaaha


Alhamdullilah, aku tumpang gembira atas satu lagi pencapaian ko dalam hidup nie...setelah bergelar isteri ko bakal bergelar mummy pulak...bestnya kan....aku doakan kesihatan ko dan baby sihat walafiat...jaga diri, jaga makan & jaga mood....enjoy ur pregnancy moment....

Tuesday, June 28, 2011

Pedih + Perit = SAKIT

Sakit yang amat sangat...sakit apa ye....bukan sakit yang boleh disembuhkan oleh doktor2 pakar atau sakit yang bomoh sahaja boleh pulihkan....ianya sakit dalaman...sakit mainan perasaan...


Detik2 kesakitan itu makin hampir...bakal menghancurkan hati dan perasaan aku...mampukah aku hadapi....boleh bertahankah aku....?


Ya Allah, kuatkan lah semangat aku agar aku mampu menghadapi semua ini. Aku sanggup mempertaruhkan diri ini demi seukir senyuman dibibir insan2 sekeliling ku....Berikan aku ketabahan agar kesakitan ku tak terserlah dilihat jelas oleh mereka2...bantu aku Ya Allah....

Sunday, June 26, 2011

Mandikan Bulat

Setelah banyak kali ditangguh akhirnya tiba juga hari ini....

HARI MEMANDIKAN BULAT...

Saper Bulat ? Mesti ramai yang tanya kan tapi aku rasa ramai juga yang dah tau pun sape tu Bulat...Bulat ialah My Darling....My Special Gift from Allah.....hehehehee Kucing laaaaahhhhh....

Umurnya dah hampir 4 tahun dah rasanya, berat pulak dah hampir2 7kg....berat kan...makan tido je kejenya kannn...

Bulat nie lah peneman tido bila Hubby out station...maklumlah dalam seminggu 3 hari mesti kena tido sorang2 kan....Kalau nak tengok koleksi gambar2 posingnya boleh tengok kat FB ye....Bulat nie pantang pegang camera je...mesti pose nya...walaupun pegang phone menghadap die pun pasti die akan pose...yg best tu lepas je bunyi snap die akan tukar posing...pendek kata kalau dulu2 guna kodak 36 tu semua boleh habis kat dier lah.....

LANGKAH-LANGKAH MEMANDIKAN BULAT

Basahkan air dengan menggunakan tangan dahulu...

Kemudian dah boleh siram sehingga basah keseluruhan, pastikan hingga ke kulit

Gunakan shampoo khas kucing dan gosok ke seluruh badan

Tonyoh macam mana kita shampoo rambut kita tu

Bilas dengan air sehingga hilang kesan shampoo, pastikan betul2 bersih

bungkuskan dengan tuala sebab dah mula menggigil dah

Keringkan dengan tuala sehingga kering bulunya

Dah siap...Bulat berdoa untuk kesejahteraan tuannya pulak

YA ALLAH, KAYAKAN LAH TUAN AKU SUPAYA AKU BOLEH TIDO DI TILAM YANG EMPUK DAN MAKAN YANG SEDAP2 SETIAP HARI.....

p/s : Doa nie nenek aku yg citer kat aku, katanya kucing memang doakan utk tuannya...Wallahualam

Friday, June 24, 2011

SEPAH MAHARAJA LAWAK


Semua mesti follow rancangan nie kan....MAHARAJA LAWAK !!!

Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk Akademi Fantasia sekaligus juga merupakan tahun pertama untuk Maharaja Lawak…terus terang lah nak bagitau yang aku langsung tak tengok pun Akademi Fantasia tu TETAPI setiap Jumaat aku mesti pastikan tiada episode yang aku terlepas….

Kenapa rancangan nie aku minat gila…bak kata adik aku….Akademi Fantasia hanya fantasi semata-mata & Maharaja Lawak pastinya akan buat anda ketawa !!!! Satu-satunya rancangan yang 100% akan buat aku ketawa walaupun seminggu sekali je kan….

Sebenarnya setelah diumumkan peserta YANG AKAN MASUK KE FINAL….senarai nama2 tu dah dapat diduga pun…rasanya semua yang follow rancangan nie pun dah boleh baca kan….semenangnya mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik….

Dan yang lebih menggembirakan aku…SEPAH telah menjadi JUARA untuk MAHARAJA LAWAK musim pertama ini…..ALHAMDULLILAH !!!! Mesti ada yang sokong JOZAN, NABIL dan mungkin juga JAMBU…Pada aku semuanya layak menjadi juara…bukan mudah nak buat orang ketawa tau…nak buat orang menangis ramai dah yang terrer….ada yang terasa ke…..hehehehehe

Nie blog peribadi aku kan…so suka hati aku lah nak bagi pendapat/comment macam mana kan….kenapa aku nak SEPAH JUARA….nie lah antara sebab2nya :

NABIL : Rasanya cukup2 dah rezeki yang dia dah dapat setakat nie…lagipun aku bimbang kalau dia dapat banyak lagi akan lebih menghancurkan dia nanti. Mungkin dia berdoa untuk hidup mewah tapi apa guna kemewahan kalau bakal menghancurkan hidup dia nanti…..Apa2pun YOU BEST BRO !!!!

JOZAN : Pada aku kedua2 nama besar nie dah banyak job kot kat luar…dah ada rancangan sendiri…dah bergelar lebih dari satu P (Pelawak/Pelakon/Pengacara/Penyanyi)…..Memang mereka berdua nie hebat tapi bukan rezeki kot…

JAMBU : Aku percaya mereka nie tak berharap langsung untuk menang…dapat masuk ke Final pun dah satu Anugerah yang paling hebat dalam kerjaya mereka…sekurang2nya lepas nie senang sikit nak dapat job kan…..semoga bertambah murah lagi rezeki….

SEPAH : Memang setiap episode aku berdoa mereka2 inilah juara….nak tau sebab apa…sebab lawak2 mereka nie mengingatkan aku pada lawak2 zaman dulu2…Lawak zaman Badul & Ar Tompel…lawak2 sebenar masyarakat melayu…senang cakap lawak TULEN Malaysia lah….

TAHNIAH SEPAH…walaupun aku tau mustahil untuk SEPAH baca blog aku nie kan tapi tetap juga aku nak tujukan page nie khas utk mereka…peduli apa aku…nie blog aku kan…aku punya suka lah…..

Kerana SEPAH aku rasa berbaloi bayar kat ASTRO….Semoga bertambah2 jayanya dan jangan mudah mabuk dengan kemewahan & kesenangan & keglamoran & puji2an…jadilah diri anda yang sebenar selamanya…..

Akhir kata sentiasa lah pastikaaannnnnnn……

MANISNYA KURMA INI……HHAAAAHHHH