Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 11, 2011

Gunting Dalam Lipatan


Dalam kehidupan ini kita akan berjumpa dan diduga dengan macam2 jenis manusia...ada yang meletihkan, memualkan, menguntungkan, menggembirakan dan ada juga yang kalau boleh tak mahu kenal langsung.

Kita semua bebas...bebas untuk menilai apa sahaja tentang seseorang itu...tapi ingat kita tak bebas untuk menghukum....tafsiran dan penilaian kita tidak semestinya tepat....bila tersalah tafsir maka ianya akan menjadi fitnah & tuduhan....yang nie memang digemar oleh syaitan....

Apabila hati dah syak wasangka, maka mulalah meragui dan menuduh itu ini...paling bagus bila tak nak pulak datang bertanya secara terus & telus....berlakulah buruk sangka...


Aku kesian tengok sesetengah manusia nie suka buat tuduhan melulu...menghukum tanpa bukti...sedangkan yang ditatang adalah GUNTING DALAM LIPATAN....kalau semua nie aku bongkarkan pastinya selepas ini berjalan pun tak berani nak memandang ke langit dah rasanya....

Apa guna dihadapan bermanis muka kalau dibelakang seribu duka...tak perlu dilakukan kalau tak ikhlas...kesian....

No comments: