Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 28, 2012

Katak Bawah Tempurung




Seperti Katak Bawah Tempurung....mungkin ramai yang lebih tahu maksud peribahasa nie...lebih menjurus kepada JANGAN JADI MACAM KATAK BAWAH TEMPURUNG...yang mana pengetahuan & mindanya tidak terbuka disebabkan dirinya yang tak mahu keluar dari tempurung tu.

Dari segi cara berfikir & kemajuan diri, ada benarnya maksud peribahasa nie...tetapi pernahkah kita terfikir dari sudut yang lain....ramai yang hanya pandai menunding jari menyatakan cara katak ini salah...dia sepatutnya keluar dan duduk diatas tempurung supaya pemikiran & pemandangannya sentiasa update.

Setiap yang buruk pasti ada baiknya & setiap yg baik tak kan lengkap tanpa buruknya....kenapa tajuk ini yang aku pilih utk article aku kali nie setelah sekian lama senyap, bisu & sepi sahaja. Jujur aku akui, dalam tempoh aku senyap, bisu & sepi ini aku memilih untuk buat apa yang katak itu buat. Tinggal dalam tempurung seorang diri. Bukan sengaja memilih tetapi mengikut kata hati yang membawa aku untuk bertindak demikian.

Hampir 1 bulan aku menyepi tanpa bergaul dengan sesiapa pun. Dunia aku hanya family (rumah) & office. Setiap hari itu sahaja yang aku ulang. Tiada lagi aktiviti aku dengan kawan2, bercampur dalam agenda ahli keluarga/sanak saudara apatah lagi untuk berhubung dengan sesiapa pun dgn cara komunikasi tercanggih kini.

Apa faedahnya ??? Aku memperolehi ketenangan & kekuatan semangat. Mungkin kerana dari cara ini aku perlu menelan sendiri setiap apa yang aku rasa, aku perlu belajar utk lalui juga dan terus habiskan 24 jam sehari walaupun kadangkala rasanya ingin pejam terus di saat itu jua.

Maaf andai ada yang terasa dgn pilihan aku untuk terus mendiamkan diri dan hidup dengan cara pilihan aku sendiri. Rasanya sudah cukup aku membebankan kamu2 semua dan sentiasa membuat kamu2 semua rasa bersalah dengan setiap kata/rancangan aku yang sukar utk di bangkang. Betul kan ?

Aku dah letih untuk terus hipokrit seperti apa yang kamu2 semua lakukan terhadap aku. Aku dah jemu utk mengetahui betapa selama ini aku dikelilingi oleh mereka2 yang mendambakan balasan dalam perkara yang dilakukan. Aku keliru utk menilai yang mana ikhlas yang mana palsu.

Aku dah mula faham betapa tenang & amannya dunia katak dibawah tempurungnya itu. Sekurang2nya dia tak kan menyakitkan hati sesiapa. Dan yang paling utama katak itu tak perlu untuk berdepan dengan :

~ Talam yang mempunyai 2 muka
~ Pisau yang mempunyai 2 belah mata
~ Duri yang suka tinggal dalam daging secara sembunyi2
~ Beruk yang bangga bila dapat bunga & menghancurkan bunga itu tanpa sedar
~ Kacang yang tak pernah ingat akan kulit yang dulu melindunginya

Walau hanya 5 jenis sahaja tapi dah cukup buat katak ini hidup tenang, aman & bahagia.


Thursday, October 4, 2012

Aku Juga Punya Hati !!!



Jgn pernah ambil kisah kenapa mereka tak pernah jaga hati kita KERANA mereka tak pernah ambil kisah bahawa kita juga punya hati !


Tuesday, September 25, 2012

Raya Aku 2012

Assalamualaikum semua,

Yang nie confirm cerita basi...tapi aku punya sukalah kan nak tulis apa pun...blog aku...apa jadi pun...dah lambat mana pun...aku tetap nak tulis juga....

Aidilfitri 1433 Hijrah masih sama seperti raya aku macam tahun2 yang lepas...jumlah keluarga pun masih tetap sama lagi...insyaallah tahun hadapan ada rezeki bertambah kot.....aammmiiinnnnn

Agenda & aktiviti pun tetap sama...cuma jumlah hari yang berbeza sebab aku hanya berada di Malaysia sampai hari raya ke empat....jadinya kenalah aturkan perjalanan ke semua lokasi dengan sebaik2nya.....

Raya pertama seperti biasa agenda wajib keluarga aku yang mana dah banyak keluarga tak buat dah termasuklah yang tuuutttttt.....berhimpun satu keluarga untuk acara bersalam-salaman...walaupun jumlah keluarga tak ramai hanya kami berlima tapi pada aku itulah yang paling bermakna....selesai bersalaman & bermaafan satu lagi acara wajib ialah bergambar keluarga....senang nak kesan perubahan setiap tahun ;p

Acara wajib yang Alhamdullilah kami masih mampu mengekalkannya ialah menziarah pusara arwah adik aku di pagi Aidilfitri...mungkin banyak pendapat yg aku dengar...macam2 komen dah sampai kat telinga....ada yang kata bukannya wajib menziarah kubur nie....setakat doa dgn baca Yassin kat umah pun boleh....TAPI aku punya prinsip aku sendiri...selagi aku mampu & diizinkan Allah SWT aku akan menziarah pusara adik aku pada setiap pagi raya. Pada aku itulah satu2nya masanya & tanda kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama kenangan arwah adik...rindu sangat pada dia....kalau dia masih bernyawa pastinya keluarga aku bertambah meriah....mesti dah khawin dah and aku pun dah bergelar Mak Long kot....eermmm indahnya.....

Untuk tahun nie kami sekeluarga decide utk terus pulang ke kampung setelah selesai menziarah pusara arwah adik....jadinya siap2 bawa barang & kemas rumah untuk ditinggalkan.....dan seperti tiap2 tahun setelah hampir 8 tahun aku berumahtangga...lokasi pertama raya aku ialah pulang ke kampung belah suami dahulu di Kuala Kangsar....kami memang tak de sistem giliran macam orang lain atau sistem undi apa bagai...tiap2 tahun nie lah acara wajibnya....senang kan....dua2 dapat bersama keluarga pada hari raya pertama !!

Sampai sahaja ke kampung suami di Kuala Kangsar kami terus melawat pusara arwah mak suami...eh jangan silap faham pulak...sebenarnya arwah MAK tu ialah NENEK suami aku...maklumlah semenjak lahir die dijaga oleh neneknya maka panggilan pun ikut sama macam 2 orang mak saudaranya yang masih tinggal dengan Neneknya waktu tu....Untuk tahun ini juga kami decide untuk masukkan acara nie dalam agenda wajib aku & suami...sebelum2 nie asyik nak tunggu orang lain lah...tunggu nak pergi sekali lah...last2 macam2 alasan keluar...jadi seperti yang aku cakap dengan suami aku...tak perlu tunggu sape2...kita nak pergi kita pergi je...yang lain terseeeraaahhhhh........

Selesai menzirah teruslah pulang ke rumah Opah yang mana sebenarnya ialah Moyang Tiri suami ku....rumah dialah tempat kami berhimpun maklumlah belah suami aku dah tak de sape2....so acara wajib kat Kuala Kangsar nie ialah masak dan masak....makan dan makan....sampaikan tak sempat langsung nak tengok rancangan raya apa yang best kat TV hahahahahaha......

Petang raya kedua kami bertolak untuk ke kampung aku pulak...acara wajib aku tahun nie ialah nak menziarah 2 orang sepupu rapat aku yang bersalin anak pertama yg mana menunggu zuriat hampir sama macam aku. Kemudian nak menziarah 2 orang Tok (nenek) aku. Yang belah abah memang sakit dah lama, yang belah mak Alhamdullilah masih sihat. Acara wajib side aku tak de masak dan masak...tak de makan dan makan.....kami memang setiap tahun penuhkan dengan menziarah sanak saudara....jumpa mak2 saudara yang mana merupakan adik beradik abah & mak aku....setahun sekali dapat berjumpa kan.....

Waktu nie juga aku dapat lah melepaskan rasa teringin & rindu kat Pasembor Padang Kota dan Nasi Kandar Line Clear...nyum nyum....malamnya layan bunga api lak..maklumlah umah Tok aku nie tengah2 sawah bendang...makanya memanglah lapaaannggg.....

Pagi raya ke empat kami bertolak balik ke KL dah...OTW tu kami singgah jap kat umah ATOK kesayangan suami ku...hehehehe Dato X YDP MPS.....kampung belah isterinya di Taiping...dia dah ada rumah sendiri pun kat sana....persinggahan yang sekejap tak menjadilah bila dah dihidangkan dengan Nasi Minyak bagai & sembang lepas satu topik ke satu topik....

Dengan jalan yang amatlah sesaknya...kami sampai KL dalam kul 1 pagi....yang mana kami perlu berada di Airport jam 5 pagi....kain baju yang balik kampung tu nak kena basuh dulu...nanti sakit nak mendobi baju berlonggok....nak kena packing untuk holiday 4 hari 3 malam kami lagi...makanya tak tidolah utk hari itu.....

Kemana kami pergi....yang tu kena tunggguuuuu.....buat masa nie layanlah gambar raya yang lebih kurang same je setiap tahun nie ye.....

Mak & Abah

Kami 4 Beranak

 Kami Sekeluarga

 Masih Berdua

 Mahligai yang kudoakan menjadi Syurga hingga Akhirat...amminnnn

 Tahun nie kami balik dengan keta ATOK...kereta suami ku rosak huhuhu
Pusara arwah adik....Al-Fatihah buat Norazlan Bin Zainul

kat umah tok aku di tengah sawah bendang.....

Insyaallah panjang umur murah rezeki ketemu lagi di Aidilfitri tahun hadapan......ammiiinnnnnn


Sunday, September 16, 2012

Merai VS Sendiri


Hari ini mereka2 sibuk bertungkus lumus merai dan aku akan terus bersendiri. Biarlah segalanya aku tanggung sendiri dengan cara dan dunia ku sendiri.

Tidak sedikit pun aku berkecil hati, makan hati apatah lagi berdengki dengan kegembiraan semua malah aku memanjat syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurniaNya menyempurnakan kehidupan mereka yang lain.

Mungkin sebenar2nya kita tak perlu mengharap insan lain menjaga rapi hati kita kerna yang sebenar2nya tiada siapa pernah peduli bahawa insan lain juga punya hati.

Selagi mampu aku bertahan akan aku teruskan kan lakonan riak wajah ini dan hanya aku yang tahu...

Hati yang gembira akan sentiasa memancarkan wajah yang gembira TETAPI wajah yang gembira tidak sekali-kali menjanjikan hati yang gembira......

Monday, September 10, 2012

Terlalu Banyak Cerita TAPI....

Terlalu banyak cerita yang perlu dicerita tapi tak tercerita....malasnya nak menaip....nak upload gambar pun malas....eermmm Raya 2012....Pukhet.....Open House KJS....future coming Holiday at PD with BFF....tu belum bab yg sentap menyentap lagi.....eermmm

Nantilah ye....satu masa sampai seru menaip lah aku...TUUNNGGUUU






Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH


Insyaallah aku & suami bakal menyambut Aidilfitri bersama utk kali ke 7....dan selama itu jugalah aku perlu melayan pertanyaan wajib saudara mara bila kita berziarah raya nie....bosan aku....

Raya tahun nie aku cuma rancang untuk menziarah mereka2 yang wajib2 sahaja...itupun sekejap2...hari raya ke 5 kami akan terbang bercuti ke Pukhet....wahhh tak sabaarr niee....

Apapun kepada yang follow blog aku nie...kesempatan ini aku ambil untuk memohon Ampun Maaf Zahir Batin buat semua....

Tiada sebarang harapan yang mampu aku letakkan pada Aidilfitri tahun ini kerana segalanya tetap serupa dan  mungkin sekeliling2 sahaja yang telah berubah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
CERIAKAN WAJAH WALAU HATI SELINDUNG DUKA....

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433 Hijrah



Alhamdullilah, buat kesekian kalinya di usia 31 tahun....Insyaallah aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga bulan yang berkat & penuh hikmah ini akan memberikan perubahan yang besar dalam kehidupan ku....

Seperti biasa, seperti tahun2 yang lepas...aku perlu mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk mencari rezeki lebih demi runtutan kehidupan....adalah sket duit utk topup sana sini yang rabak2 tu kan....Bermulalah rutin tak cukup tido aku hehehehehe....Jual kuih & hamper raya.....Semoga rezeki tahun ini akan melimpah ruah.....Amminnnnn

Wednesday, July 18, 2012

Lagu Teman Pengganti


Pertama kali dengar lagu  nie, hati aku tersentuh bila dengar corus yg Black lantunkan...kena dengan luahan hati + liriknya....aku terus cari lirik penuh lagu nie....memang betul2 menyentuh !!!!

Mungkin tak macam orang lain, aku jenis yang suka meneliti alunan muzik & bait lirik lagu...semua jenis muzik aku suka....tapi bukan semata2 kerana muzik....aku mudah jatuh hati pada lirik lagu yang menarik macam contoh lagu nie lah....Kagum aku pada Malique yang cukup bijak menyusun kata menjadikan lagu ini benar2 bermakna pd yg tahu menghargai....tak semestinya lagu cinta sahaja yang boleh dijual okey.....

Pertama kali dengar lagu nie, aku rasa macam dah lama kenal dengan lagu nie....jenuh ulang banyak kali sebab muzik intronya buat aku teringatkan satu lagu lama...abih satu opis nie aku paksa carikan aku lagu lama tu lagu apa hanya berbekalkan irama...akhirnya dapat juga aku lagu tu...Thanks abg Nizam yg dengan sekelip mata je terus bagi aku tajuk lagu plus dgn nama penyanyi lagi.....

Lirik lagu Teman Pengganti yg memang terbaaiikkkk.....yg aku bold tu memang menyentaappp laahhh

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah

Aku sembunyikan gulana-gundah

Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini

Telah lama aku pendamkan

Tiba masanya

Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi

Cincin, kunci, dompet dalam laci

Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti






Kat bawah nie pulak lagu lama yg aku rasa mungkin sebagai sumber inspirasi utk cipta irama lagu baru nie....Muzik awal lagu Teman Pengganti nie adalah irama lagu lama nie....


Friday, July 13, 2012

Chocolate Cip Cup Cake...

Okey kali nie aku buat cake sebab terpaksa....org yg baru belajar piping cream sibuk suh buat cake sebab die dah kemaruk nak piping...boleh macam tu kan...aku pun gunakan je lah apa2 bahan yang ada kat rumah maka jadilah Chocolate Chip Cup Cake (4 C gitu)....

Ingatkan lepas buat cake & cream boleh lah lepas tangan...tapi rupanya anak murid masih perlukan perhatian...akhirnya bunya pink tu kena tangan aku juga yang membuatnya....hehehehehe

cup cake dah siap dibakar...kena pastikan b etul2 sejuk baru boleh letak cream

aku pilih butter cream sebab sedap dan mudah nak di piping...resepi istimewa cream nie coz tak muak.....


jadilah rupa rose sket2 kan.....maklumlah baru belajar

My next trial cake ialah tetap nak cuba Red Velvet sampai dapat rasa yg sepatutnya...bahan2 dah ready kat umah cuma tunggu timing je nak mula buat....Insyaallah sebelum puasa nie aku akan cuba buat....aminnnn

Baking for Birthday Anak2 Ibu....

Sempena Birthday Party anak2 ibu...aku decide utk baking beberapa jenis cake. Warna of coz Hijau utk Aqiel & pink utk Aqielah....Terciptalah 3 jenis cake....

1. Muffin Kiwi



2. Green Angry Bird (Oreo Cup Cake)



3. Mashmellow Pinky (Chocolate Cup Cake)




Dalam menyiapkan semua cake nie aku ada pembantu khas...siapa ye....hehehehe My Hubby...die terlebih excited nak belajar cara2 piping cream...siap google kat Youtube lagi....


Setelah siap perlu simpan dlm peti ais untuk memastikan texture cream kekal cantik...

Red Velvet 2nd Trial

Mesti ada yang kata aku gila kan...hahahahaha esoknya aku tak puas hati...setelah Google & Youtube resepi2 Red Velvet aku decide utk buat sekali lagi cake Red Velvet nie....mesti hairan kenapa aku suka buat dalam cup kan....aku rasa kalau yg dalam cup nie macam comel2 ciut miut je...

Resepi kali nie aku guna yang banyak songeh + banyak undang2...ada tertibnya dalam buat cake nie tau...kalau korang jumpa resepi yang macam susah je...siap ada undang2 cara2 nak masukkan bahan...cubalah resepi tu sebab Insyaallah pastinya terbaik hasilnya......

Bahan kering dan bahan basah yang perlu diadunkan dalam 2 bekas berbeza....kemudian sikit2 masukkan bahan kering ke dalam bahan basah...tapi secara sedikit demi sedikit ye....

kali nie memang confirm RED

nie setelah dibakar....RED kan

Budget kali nie ciput so guna Chocolate Rice warna RED je lah....

Okey dah siap diagihkan....yang nie utk dibawa ke opis....Alhamdullilah ada yg puji resepi kali nie...

Red Velvet 1st Trial

Okey nie cake pertama yang aku buat dgn my new Stand Bowl Mixer....dah lama nak try resepi cake nie...mana dapat resepi & cara2 buat senang je...zaman skrg nie tanya je kat pak cik Google...cuma kena pandai oleh sket2 lah coz tak semua resepi tu sedap....utk yg 1st trial nie aku tak puas hati kat texture cake nya....cream cheese tu memang dah superb...biarlah aku puji diri sendiri...tapi cream t u memang sedap !!!!!

My New Stand Mixer Bowl yg aku beli dgn harga RM99 after sale....diharapkan berbaloi2 lah ye....

pecahkan telor masukkan dlm bowl dulu....

okey perasmian...heheheheh

senang je...hanya perhatikan sekali sekala...kalau sebelum nie aku guna Hand Mixer sampai lenguh2 tangan

my 1st red velvet dah masuk dlm Oven

tak puas hati dgn colour yg tak berapa nak RED tu :(

okey pembikinan Cream Cheese yg pertama...seeeddaaapppp

masukkan dlm piping cone....

Taaaraaaaa.....bersemangat siap buh strawberry lagi tau....

Siap di packing utk diagih2kan....

I Love Baking !

Memasak memang kegemaran aku....tak de lah pandai mana & tak de lah sesedap mana pun...ala kadar sahaja...masih lagi belajar & terus belajar....pendapat peribadi aku kenapa aku suka memasak ialah pada aku memasak nie satu aktiviti terapi yang terbaik untuk menghilangkan tension....tak percaya cuba lah try test hehehehehe....

Selain masak lauk pauk aku paling gemar buat cake....biskut tak minat sgt sebab agak leceh...lagipun Oven aku tu tak lah  besar mana tapi amat berjasa tau....hadiah wedding lagi...dah hampir 9 tahu umurnya...tapi masih berjasa dengan cemerlangnya....

Kalau sebelum2 nie aku guna hand mixer je utk mencuba macam2 jenis resipi cake sampai lenguh tangan2 coz nak memastikan cake yg aku buat menjadi yang terbaik. Zaman skrg nie semua org boleh uat cake tapi tak semua org boleh  buat cake yang mempunyai texture yg berkualiti & cake yg tahan lama....itulah yang aku cari dalam mencuba pelbagai jenis resepi....

Baru2 nie aku beli Stand Mixer Bowl kat Sogo...ada promosi lak tu...macam tak percaya...Jenama Faber dgn harga sale RM99....setelah semak dgn sifu a.k.a Mak Yang...aku pun terus rembat lah kan....

Dah dapat Stand Mixer baru tu exited terus cuba pelbagai jenis resepi cake....seronok dan terasa kepuasan bila dapat cuba macam2 jenis resepi & cream....walaupun aku tak berminat utk makan semua cake yg aku buat tu....tapi seronok sebab dapat edarkan kat mereka2 yang terdekat....walaupun rasa tak seberapa tapi aku bangga gak bila ada yang mencapai tahap yg bagus walaupun percubaan pertama...lebih bersemangat utk terus mencuba sampai dapat texture cake yg berkualiti.....


Sunday, July 1, 2012

A Day With Fayel

Memori yang sungguh indah buat kami suami isteri...menjaga Fayel seharian dengan mak & abah aku balik kampung....memang mengajar kami berdikari...tapi sungguh seronok...

Siapa Fayel...ada gak yang dah mula sibuk bertanya sebab aku selalu upload gambar bersama Fayel dlm FB dan profile pic BBM aku...jawapan standard aku : Anak aku lah....eermmmm anak aku yg no 3....haaaa senang kan jadi aku, tak yah sakit2 badan dah 3 dah anak aku.....tumpang kasih...hehehehe

Acara kami bermula dengan makan tengahari bergilir2...pertama kalinya kami bergilir2 makan kerana seorang baby...its sweet.....then kami decide utk bawa Fayel ke umah Mak Yang hubby kat Wangsa Maju...saja buat suprise dan nak tengok reaksi orang kan....hehehehe senang citer buat survey lah.

Setelah puas Fayel digomol, kami decide utk jalan2 kan Jusco lak....oh ye...kat umah Mak Yang buat pertama kalinya seumur hidup aku memandikan baby dan baby itu adalah Fayel...best sangat sebab Fayel tak banyak ragam dan senang je mandikan dia, siapkan dia....everything easy janji cepat....kat umah Mak Yang juga aku perasan dengan mata Fayel yang tak lepas pandang aku walaupun dipangkuan orang lain. Nampak sangat dia kenal siapa penjaga dia untuk hari ini heerrmmm sedikit keyakinan mula menyerap dalam jiwa aku untuk satu keputusan yang lama aku simpan......

Pilihan jalan2 kat Mall nie my hubby yang decide, aku awal2 dah warning yang Fayel nie 8kg...aku tak larat nak dukung...then my hubby cakap dia sanggup....tapi sanggup dia tak lama coz tak sampai 20 minit hubby dah sibuk suruh gi beli kanggaroo, lama sket leh jalan katanya.....

Kat Jusco kami cuma shopping sket2 baju utk Fayel je....pastu just jln2 round je. Dari Jusco kami balik umah coz aku nak mandikan Fayel, tukar baju tido, bagi minum susu then hantar balik ke mama & papa nya....

OTW to umah Mak Yang..Fayel tido lepas minum susu

1st time aku duduk belakang kerana jaga baby...best

Fayel & abahnya memang ngam je...menangis pun nak abah die je yg pujuk

sama2 asyik tengok TV

kat Jusco, nie lah kangggaro yang dimaksudkan ( sorrylah kalau ada lama lain)

nie dalam keta tunggu ibu go toilet jap...

susukan Fayel sebelum keluar umah gi umah Mak Yang

Keluar dari umah Mak Yang, Fayel  terus lena...

lama gak Fayel lena...kat2 40 minit

Dah nak sampai Jusco nie

Senang je siapkan Fayel lepas mandi...sikit pun tak bunyi atau ngamuk2...

Nie mandi kat umah Ibu...2 kali ibu mandikan Fayel...senang mandi budak kecik nie...

Okey, rasanya nie je kot yang teringat untuk dicatitkan. Apapun ianya pengalaman indah buat Ibu & Abah...Thanks sangat2 buat Limy & Megat sebab sudi kongsikan zuriat kalian untuk mencerikan kehidupan aku suami isteri....Salam sayang pelok gomol buat Fayel...mmuuuaahhhhhh