Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk Akademi Fantasia sekaligus juga merupakan tahun pertama untuk Maharaja Lawak…terus terang lah nak bagitau yang aku langsung tak tengok pun Akademi Fantasia tu TETAPI setiap Jumaat aku mesti pastikan tiada episode yang aku terlepas….
Kenapa rancangan nie aku minat gila…bak kata adik aku….Akademi Fantasia hanya fantasi semata-mata & Maharaja Lawak pastinya akan buat anda ketawa !!!! Satu-satunya rancangan yang 100% akan buat aku ketawa walaupun seminggu sekali je kan….
Sebenarnya setelah diumumkan peserta YANG AKAN MASUK KE FINAL….senarai nama2 tu dah dapat diduga pun…rasanya semua yang follow rancangan nie pun dah boleh baca kan….semenangnya mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik….
Dan yang lebih menggembirakan aku…SEPAH telah menjadi JUARA untuk MAHARAJA LAWAK musim pertama ini…..ALHAMDULLILAH !!!! Mesti ada yang sokong JOZAN, NABIL dan mungkin juga JAMBU…Pada aku semuanya layak menjadi juara…bukan mudah nak buat orang ketawa tau…nak buat orang menangis ramai dah yang terrer….ada yang terasa ke…..hehehehehe
Nie blog peribadi aku kan…so suka hati aku lah nak bagi pendapat/comment macam mana kan….kenapa aku nak SEPAH JUARA….nie lah antara sebab2nya :
NABIL : Rasanya cukup2 dah rezeki yang dia dah dapat setakat nie…lagipun aku bimbang kalau dia dapat banyak lagi akan lebih menghancurkan dia nanti. Mungkin dia berdoa untuk hidup mewah tapi apa guna kemewahan kalau bakal menghancurkan hidup dia nanti…..Apa2pun YOU BEST BRO !!!!
JOZAN : Pada aku kedua2 nama besar nie dah banyak job kot kat luar…dah ada rancangan sendiri…dah bergelar lebih dari satu P (Pelawak/Pelakon/Pengacara/Penyanyi)…..Memang mereka berdua nie hebat tapi bukan rezeki kot…
JAMBU : Aku percaya mereka nie tak berharap langsung untuk menang…dapat masuk ke Final pun dah satu Anugerah yang paling hebat dalam kerjaya mereka…sekurang2nya lepas nie senang sikit nak dapat job kan…..semoga bertambah murah lagi rezeki….
SEPAH : Memang setiap episode aku berdoa mereka2 inilah juara….nak tau sebab apa…sebab lawak2 mereka nie mengingatkan aku pada lawak2 zaman dulu2…Lawak zaman Badul & Ar Tompel…lawak2 sebenar masyarakat melayu…senang cakap lawak TULEN Malaysia lah….
TAHNIAH SEPAH…walaupun aku tau mustahil untuk SEPAH baca blog aku nie kan tapi tetap juga aku nak tujukan page nie khas utk mereka…peduli apa aku…nie blog aku kan…aku punya suka lah…..
Kerana SEPAH aku rasa berbaloi bayar kat ASTRO….Semoga bertambah2 jayanya dan jangan mudah mabuk dengan kemewahan & kesenangan & keglamoran & puji2an…jadilah diri anda yang sebenar selamanya…..
Akhir kata sentiasa lah pastikaaannnnnnn……
MANISNYA KURMA INI……HHAAAAHHHH
1 comment:
semputtttttt ..tanjat boboi..hahah aku pun sokong SEPAH...puas hati menang..tp betul kata ko JOZAN dah banyak peluang
Post a Comment