Aku dah tak mampu dan tak berdaya lagi...kusut utk aku rungkaikan. Terlalu perit untuk aku kupas satu persatu. Andai punya kuasa aku ingin keluar dari kotak yang amat sesak ini.
Dari dulu sampai kini aku sering merasakan ada benda yang tak kena. Tapi aku tak diberi hak untuk membetulkan apa2. Yang berkuasa dikerusi tahta tak mahu langsung memberi peluang. Ego melebihi segala hingga dia terlupa bahawa nakhoda kapal tak kekal org yg sama. Belajarlah menerima kenyataan bahawa anda kini dikapal milik orang lain kerana kapal anda sendiri telah tergadai atas kecuaian dan kegagalan anda mengemudinya dgn baik.
Apa yang amat aku harapkan sekarang semoga segalanya akan berlalu pergi dan pulih seperti biasa...walaupun luka masih bernanah bersama bisa yang tak kan pernah hilang...biarlah kerana itu semua hanya aku yang merasanya dan telah biasa aku lalui dari kecil lagi.... aku akan terus bernyala..memberi sinar pada yang perlu dan jika cahaya aku terpadam...seruan semangat dari kawan2 sudah mampu membantu aku bercahaya kembali......
No comments:
Post a Comment