Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

Hadir

Alhamdullilah aku masih lagi mampu melahirkan ilham untuk menggarang puisi...sebenarnya aku aktif mengarang puisi, cerpen dan sajak sejak dari Tingkatan 1. Namun hobi yang merupakan medan meluahkan rasa ini terpaksa aku tinggalkan apabila masuk ke Tingkatan 4. Tumpuan lebih untuk spm kan....

Mulanya idea terbit hanya untuk 4 baris pertama...tanpa disedari ilham telah mengubah huruf melengkapkan rangkap menjadi puisi luahan rasa hati..


Tajuk : Hadir

Dari dulu hingga kini
Kau masih setia ku nanti
Sampai bila aku tak pasti
Air mata membasahi pipi

Dari harapan tinggal kenangan
Dalam ingatan kau bersemadi
Dengan impian dan kecekalan
Kau ku harapkan hadir di sisi

Beri aku peluang
Beri aku kesempatan
Agar dapat aku merasa
Senyum tawa tangis bersama

Hadirlah sayang
Hadirlah jiwa
Hanya engkau pengubat luka

2 comments:

Charm6781_Yatie said...

mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk 'Dia' hadir disisi kau. Yang aku tahu, jika 'Dia' hadir suatu hari nanti...kau adalah ibu terbaik yang aku kenal (other than my mom la). Banyakkan bersabar sahabatku.

Norazura Zainul said...

benarkah aku akan menjadi ibu terbaik andai nanti aku tak mampu bersamanya disisi hingga dia pula memiliki cahaya mata nanti....