Tanpa disangka-sangka aku mendapat VIP Ticket percuma utk ke Konsert Hore Hore Aznil…kalau ikutkan memang teringin nak pergi tapi kekangan masa & kewangan membuatkan aku membatalkan hasrat hati…
Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang...kakak ipar Uda menawarkan kami tiket VIP PERCUMA...saper tak nak pergi kan...
Malam tu aku pergi dengan hubby (of courselah kan), Huda & anak2 yang sibuk sangat nak jumpa Uncle Aznil nya...dari dalam kereta lagi dah macam2 skrip dihafalnya....macam sungguh2 nak berjumpa depan2 kan...hehehehe
Walaupun ambil masa yang lama utk memulakan konsert...sampai adik (Aqiel) cakap ¨Uncle Anil balik umah makan nasi dulu nie¨....mungkin ini kan konsert pertama Aznil...apa2 pun SYABAS buat Pak Nil kerana berjaya menghiburkan semua peminatnya dari kanak-kanak hingga lah makcik2 & pakcik2....
Kali pertama aku dengar Pak Nil nak buat konsert...aku dah boleh agak yang pastinya konsert Pak Nil nanti akan dipenuhi dengan lagu2 Allahyarham Sudirman....sebagaimana peminat2nya amat menyanjungi beliau...begitulah juga Pak Nil menyanjungi idolanya...
Awal permulaan konsert Pak Nil terus mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua peminat2nya...ternyata beliau benar2 menghargai dan yakin bahawa kedudukannya kini adalah kerana peminat2nya sentiasa menyokong semua impiannya....Kalau Pak Nil berusaha bagai nak rak tapi tak der peminat yang nak tengok atau menghargai pun tak guna gak kan....
Aku bukanlah peminat tegar beliau...tapi aku menyanjungi usaha gigihnya dari awal penglibatan beliau...orang kita nie selalunya bila tengok orang lain maju mulalah keluar macam2 statement kan...bawa2lah berubah yeee....
Hj Aznil Hj Nawawi...membuktikan bahawa dunia Pengacaraan akan menjadi satu kerjaya yang setaraf dgn kerjaya lain didunia...beliau bukan seorang artis yang otak kosong ye...beliau berkelulusan tinggi...jadi kepada yang berminat dunia seni nie...contohilah beliau...dengan kelulusan barulah bakat kita dihargai & setiap pandangan kita menjadi bernilai....
Kejayaan Pak Nil sekarang bukan sesuatu yang mudah dimiliki..beliau telah melalui pelbagai kepayahan dan kerana itu beliau terlalu menghargai apa yang dimiliki kini....benar kata orang...kalau sesuatu itu diperolehi dengan mudah, memang payah utk menghargai....
Apapun aku betul2 enjoy dengan konsert Pak Nil...aku mengagumi semangat nya yang tak pernah kenal erti kalah hingga beliau kini berjaya dan bernilai tinggi...cita2 Pak Nil insyaallah akan tercapai...aku tahu beliau ingin di ingati dan dikenali sepanjang zaman sebagaimana kita semua mengingati P Ramlee & Sudirman ! Teringat dulu, aku pernah sembang2 dgn hubby...untung Pak Nil...bila dia meninggal nanti banyak sedekah Al-Fatihah yang akan dia dapat...ramai yang sayang dia...dari kanak2 seusia 2 thn hingga makcik2 & pakcik2....
No comments:
Post a Comment