Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 7, 2011

Aidiladha 2011

Aidiladha menjelma lagi...kali ini di tahun 2011....tiada apa2 perbezaan dalam diari harian di pagi raya kerana jumlah yang menziarah pusara Arwah adik ku Norazlan Zainul tetap serupa huhuhu....

Alhamdulillah aktiviti wajib aku di pagi raya masih lagi mampu aku tunaikan hingga ke tahun 2011....pada aku ini adalah tanggungjawab aku pada arwah adik aku....pejam celik rupanya hampir 16 tahun arwah adik meninggalkan kami...kenapa aku panggil dia adik...eerrmm sebab dia adalah anak ke 2 dalam kami 3 beradik...beza usia aku dan arwah hanya 1 tahun manakala beza usia aku dgn adik ke 3 aku ialah 10 tahun...haaa jauh kaaannn....so lama gak lah aku dah biasa panggil adik kedua aku nie dengan panggilan adik....

Arwah meninggalkan aku waktu usia aku 14 tahun...dari kecik kami nie macam anjing dengan kucing...hari2 tak pernah amanlah kalau tak de adegan drama gaduh kami berdua....bila menganjak ke sekolah menengah barulah dua hati nie nak ngam...tapi apakan daya Allah penentu segala-galanya...arwah pergi buat selama-lamanya....

Selesai balik dari menziarah kubur, tiada aktiviti kemana-mana dah. Keletihan memasak sampai tido pun 2-3 jam je. So sementara menunggu kawan2 & family yg datang menziarah..aku pun guling2 lah lepak2 dalam bilik....rehat seketika....

Oh ye...menu yang aku & mak masak sempena Aidiladha kali ni ialah Laksa Penang, Rendang Ayam, Kuah Lontong, Kuah Kacang, Nasi Impit, Butter Cake & Cake Sarang Semut. Lemang kami beli je tapi lemang yg terbaaiikk laahhh....nyummy....

Nie adalah beberapa gambar waktu menziarah kubur arwah...thanks to adik yg take this picture...nice....

Pusara Allahyarham Norazlan Zainul


Doa dari abah buat arwah


Bacaan Yassin dari mak & kakak

Hadiah buat mu adik...


Sampai bersua nanti....

~ Al-Fatihah ~

Friday, November 4, 2011

Kad Jemputan Khawin

Hari nie nak bercerita berkenaan Kad Jemputan Khawin....haaa yang nie betul2 aku dan hubby rasa macam jadi pengantin balik lah kan...mana taknya kami berdua yang pergi ke kedai kad, pilih design, pilih warna dan follow up everything....

Aku memilih http://www.kadkahwin.com/ untuk tempah kad khawim BIL aku nie...kenapa aku pilih kat sini sebab mudah & cepat....kalau nak lebih canggih boleh je terus tempah secara online...pilih design & email segala maklumat...buat bayaran online dan segalanya siap...

Tapi disebabkan tak puas hati kalau tak dapat pegang dan rasa jenis2 kad yg ada kan...maka aku dan hubby pun pergilah ke kedai card Kanda Dinda nie yang bertempat di Puchong....memang ramai bakal2 pengantin yang sedang memilih kad dan kami antara "bakal pengantin" yang paling cepat berurusan hahahahaha

Kenapa cepat ??? sebab segalanya aku dah type siap2...ayat2 jemputan kedua dua belah aku yang karang dan type siap2...pelan ke rumah kenduri belah lelaki pun aku dah siap buatkan...so tak perlulah aku nak isi form apa bagai kan....

Harga untuk sekeping kad jemputan nie ialah RM0.89 sekeping. Untuk Envelope aku pilih printed gold yang ada tulis nama pengantin & tarikh majlis so kena tampah lagi RM50. Disebabkan sekeping kad yang di print depan belakang + ada 2 map maka kena tambah lagi RM50. Kat sini pun disediakan pakej tempahan banner sekali, 2 pcs cuma tambah RM80. So aku pun tempahkan sekali untuk dua2 belah pihak. Jumlah pcs kad yang aku tempah ialah 700 pcs. Bak kata MIL aku nanti kalau lebih membazir, so ikut aje lah kan......

Nie design yang kami pilih, cincin utk jemputan perempuan & keris utk jemputan lelaki

Nie warna yang kami pilih Biru utk lelaki & coklat utk perempuan

Nie draft yang pertama, setelah aku semak ada sedikit pembetulan yg perlu dilakukan

Apabila si cerewet nie yang check maka banyaklah conteng2 nya kan...

Sekarang nie tengah tunggu Kad Jemputan Khawin nie siap dan boleh lah diedarkan....kepada yang berkenaan tu tunggu kad nie sampai ye.... :p

Wednesday, November 2, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Jangan mudah tertipu dengan senyuman di bibir sahabat mu...siapa tahu senyuman itu sekadar hanya untuk menutup duka dihatinya....dia berusaha untuk tabah agar bisa luka tidak mengalir di hujung matanya yang tak mampu untuk berselindung lagi.....

Monday, October 31, 2011

Bunga Telur

Okey hari nie kita bercerita tentang Bunga Telur pulak...warnanya of coz lah sama dengan Bunga penanggah kan kalau tak sama nanti carca marba pulak kan.....

Masih menggunakan kristal sebagai bunga utama...aku menggabungkan antara kristal, paper, organza, riben dan sedikit manik....rekaan nie namanya suai padan hahahaha

Pada mulanya aku buat bunga telur nie 100 pcs sahaja coz tujuannya hanya untuk letak kat pelamin....tapi disebabkan ada barang2 yg balance, so aku beli bunga yang glamour sket + lip lap lip lap sket so tambah lagi 50pcs....

Tunggak utama untuk bunga telur nie ialah mak aku coz dia lah yang membuatnya sehari hari...aku nie tukang design dan last touch up je...agak cepat juga kami menyiapkan bunga telur nie...tak silap tak sampai sebulan dah siap 150pcs cucuk Bunga Telur.....okeylah kan...waktu aku khawin dulu mak aku buatkan 400pcs bunga telur tau...harga pasaran bunga telur aku waktu tu RM12 satu cucuk...waaahhhh

Untuk Bunga Telur ini cost untuk sekuntum dalam RM8 sekuntum....okeylah kan. Memang ramai yang suka beli yang dah siap sebab lebih murah. Tapi macam biasa yang murah tu pastinya tak menepati citarasa aku. Mana tak nya, sekuntum bunga ketot kat hujung bunga telur then gantung telur terkontang kanting....kuncup je...tak berseri.....hehehehe

Mula2 kena siapkan bahan2nya sebelum dicantumkan menjadi Bunga Telur

My mom memang pro bab2 mencantum nie, aku nie fail bab guna pelilit bunga tu

Last touch up iaitu untuk tampal bunga kristal kat tempat masukkan telur dan repair sket2 mana2 yg senget benget tu....

Kebetulan MIL aku datang umah, so dapat kerja lah kan....alah kerja ringan je susun Bunga Telur dalam kotak...

Nie rupa sekuntum Bunga Telur

Bersungguh-sungguh bekerja menyiapkan

Cantik pulak bila dalam janbangan macam nie kan...(perasan lak)

Dah siap packing untuk disimpan ketepi dahulu

Yang nie tambahan 50pcs

So inilah serba sedikit cerita pembikinan Bunga Telor...eermm lepas nie nak citer apa lagi ye....tungggguuuuuu ;D

Monday, October 24, 2011

Bunga Penanggah

Mula mula sekali kita bercerita pasal Bunga Penanggah dulu ye...sebab yg nie lah yang mula mula sekali aku siapkan...tak silap awal April dah siap dah....pada awalnya ingat nak beli yang ready made tapi setelah di usha sana sini...tak cantik lah walaupun murah....MIL aku nak buh duit RM5, so tak kan riben or bunga tu kecik je kan. So aku design lah sendiri. Segalanya dibuat sendiri with my partner (my mom).

Bunga Penanggah nie akan diberikan kepada pekerja2 gotong royong sewaktu majlis kenduri tu nanti. Total yang MIL aku nak 70 pcs utk 70 pekerja katanya, tapi aku tambahkan lah kepada 80 pcs...bantu lah sket2 kan....yang paling azab buat Bunga Penanggah nie ialah melipat duit RM5. Seksa sebab duit tu bukan kertas, yang mana bila kita lipat mudah terlepas dan susah nak terbentuk kalau tangan yg melipat nie jenis lembut. Kedua azabnya ialah nak membentuk riben organza menjadi riben. Organza tu nipis yg amat, bila guna hot gam tu memang mudahlah terkena jari...so mulalah oh sana oh sini heheeee Jom layan gambar....

Yang penting bahan2 diasingkan dalam bekas masing2, nampak tak duit dalam bekas hijau tu....

Operasi mencantum segala bahan2. Untuk mencantum nie tak lama tapi nak menyediakan bahan2 nie yg jenuh tu....

Nie lah rupanya lebih kurang, aku guna bunga kristal utk mengglamourkan lagi baju2 penanggah di majlis kenduri tu nanti.....

Gini lah rupanya bila dah tersemat kat baju nanti

Akhirnya dah siap 1 tupperware, tak nak bubuh dalam kotak coz nanti cari susah nak jumpa hehehehe

Tuesday, October 18, 2011

Wedding Planner

Ada apa dengan wedding planner ?...okey just nak share lah dengan semua yg aku secara tak rasminya telah dilantik oleh family in law aku untuk menjadi Wedding Planner bagi perkahwinan anak bongsu mereka a.k.a adik ipar (lelaki) aku lah....

Memandangkan dalam FIL aku tak ada anak perempuan...so aku kenalah memainkan peranan yang besar....kebetulan pula tugas2 wedding planner nie memang favorite forever aku lah kan....seronok tau buat persiapan menguruskan perkahwinan nie ditambah pulak modal kewangan telah disediakan, lain masa urus wedding sendiri dulu...terikat dengan budget....Warna tema dipilih oleh MIL aku iaitu Turqoise..memang color yg comand lah kan tapi nak buat cam ne selera org tua...kalau ikut citarasa aku nak je buat warna2 yg terkini...huhuuhuhu


Okey nie check list yang perlu aku siapkan/selesaikan...ada sebahagian darinya dah selesai dah pun kan....aku ada pembantu gak lah dalam menyiapkan semua nie...pembantu paling kuat aku adlh My Mom...memang mak aku nie partner terbaik aku dlm menyediakan kerja2 kahwin nie...dia faham taste & kehendak aku...seterusnya driver merangkap partner bertekak aku ialah My Hubby...bertekak bukan apa, bila taste kami berbeza...mulakan nak menang kan...hehehehe


1. Bunga Penganggah : Dah siap bulan Mac 2011
~ Aku buat sendiri sebab yg dah siap jual tu tak lawa, kecik2 sangat.

2. Bunga Telur : Dah siap bulan April 2011
~ Aku buat dengan mak aku. Ada 2 jenis bunga telur total semua 150 pcs untuk atas pelamin. Idea gubahan sepenuhnya idea aku.

3. Gift utk tetamu : Akan siap next week
~ Gift ni di beli & dipilih oleh MIL & FIL aku...cawan kaca yg diletak dlm kotak treanparents. Perlu tukar tali kpd rantai manik, tampal butterfly atas kotak dan tampal special sticker yg aku buat & print sendiri. Semua kerja2 nie akan disiapkan secara gotong royong next week. Insyaallah.

4. Baju Pengapit : Dah beli awal Oktober 2011
~ Beli warna yg mudah matching dengan color pengantin lah kan.

5. Kad Jemputan Kahwin : Dah tempah awal October 2011
~ Kami pilih kad yang simple dan tak mahal sangat harganya...maklumlah nanti dibuang juga kan...

6. Hantaran Masa Nikah : 3 Bekas
~ Waktu nikah kami bawa Duit Tanda Bertunang + Mas Khawin + Cincin. Duit Tanda Bertunang tu aku gubah bentuk bunga rose. Sekarang nie dlm proses menyiapkan. Yg lain2 tu akan digubah waktu kat Kuching nanti.

7. Hantaran Masa Sanding : 5 Bekas
~ Aku akan guna Dulang Kayu kaki tinggi. Dulang aku sewa kat Kuching. Perancangan awal nak guna Fresh Flower tapi bunga warna biru susah nak dapat kat sana...so terpaksalah guba bunga tipu je kan. Semua nie pun akan aku siapkan disana yg mana aku cuma ada masa lebih kurang 12 jam tu pun tak tido ye....

8. Pakej Perkahwinan/Mak Andam : Cleo Studio
~ Aku pilih mak andam kesayangan aku lah kan KAK WAWA...dia nie memang service yg terbaik + aku boleh dapat harga yang terbaik dari dia...pakej yg diambil adalah Pelamin + Baju Sanding belah lelaki + baju sanding belah perempuan + Meja makan utama pengantin+ Hias bilik pengantin.

9. Kek Hantaran :
~ Aku dah tempah dengan baker kat Kuching. RM140 ye, special kek tau....

10. Kek untuk majlis potong kek :
~ Aku akan tempah kek nie kat kedai kek Hidayah, Tmn Samudra. Setelah survey sana sini nyata kek 3 tinggat nie kosnya pun bertingkat2. Ingat awal bulan depan aku akan buat tempahan.

Rasanya tu je lah kot buat masa nie. Mungkin ada lagi yg tertinggal kot. Lepas nie aku akan buat upload + citer sket yg mana dah siap buat tu ye...

Thursday, October 13, 2011