Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

Wedding Planner

Ada apa dengan wedding planner ?...okey just nak share lah dengan semua yg aku secara tak rasminya telah dilantik oleh family in law aku untuk menjadi Wedding Planner bagi perkahwinan anak bongsu mereka a.k.a adik ipar (lelaki) aku lah....

Memandangkan dalam FIL aku tak ada anak perempuan...so aku kenalah memainkan peranan yang besar....kebetulan pula tugas2 wedding planner nie memang favorite forever aku lah kan....seronok tau buat persiapan menguruskan perkahwinan nie ditambah pulak modal kewangan telah disediakan, lain masa urus wedding sendiri dulu...terikat dengan budget....Warna tema dipilih oleh MIL aku iaitu Turqoise..memang color yg comand lah kan tapi nak buat cam ne selera org tua...kalau ikut citarasa aku nak je buat warna2 yg terkini...huhuuhuhu


Okey nie check list yang perlu aku siapkan/selesaikan...ada sebahagian darinya dah selesai dah pun kan....aku ada pembantu gak lah dalam menyiapkan semua nie...pembantu paling kuat aku adlh My Mom...memang mak aku nie partner terbaik aku dlm menyediakan kerja2 kahwin nie...dia faham taste & kehendak aku...seterusnya driver merangkap partner bertekak aku ialah My Hubby...bertekak bukan apa, bila taste kami berbeza...mulakan nak menang kan...hehehehe


1. Bunga Penganggah : Dah siap bulan Mac 2011
~ Aku buat sendiri sebab yg dah siap jual tu tak lawa, kecik2 sangat.

2. Bunga Telur : Dah siap bulan April 2011
~ Aku buat dengan mak aku. Ada 2 jenis bunga telur total semua 150 pcs untuk atas pelamin. Idea gubahan sepenuhnya idea aku.

3. Gift utk tetamu : Akan siap next week
~ Gift ni di beli & dipilih oleh MIL & FIL aku...cawan kaca yg diletak dlm kotak treanparents. Perlu tukar tali kpd rantai manik, tampal butterfly atas kotak dan tampal special sticker yg aku buat & print sendiri. Semua kerja2 nie akan disiapkan secara gotong royong next week. Insyaallah.

4. Baju Pengapit : Dah beli awal Oktober 2011
~ Beli warna yg mudah matching dengan color pengantin lah kan.

5. Kad Jemputan Kahwin : Dah tempah awal October 2011
~ Kami pilih kad yang simple dan tak mahal sangat harganya...maklumlah nanti dibuang juga kan...

6. Hantaran Masa Nikah : 3 Bekas
~ Waktu nikah kami bawa Duit Tanda Bertunang + Mas Khawin + Cincin. Duit Tanda Bertunang tu aku gubah bentuk bunga rose. Sekarang nie dlm proses menyiapkan. Yg lain2 tu akan digubah waktu kat Kuching nanti.

7. Hantaran Masa Sanding : 5 Bekas
~ Aku akan guna Dulang Kayu kaki tinggi. Dulang aku sewa kat Kuching. Perancangan awal nak guna Fresh Flower tapi bunga warna biru susah nak dapat kat sana...so terpaksalah guba bunga tipu je kan. Semua nie pun akan aku siapkan disana yg mana aku cuma ada masa lebih kurang 12 jam tu pun tak tido ye....

8. Pakej Perkahwinan/Mak Andam : Cleo Studio
~ Aku pilih mak andam kesayangan aku lah kan KAK WAWA...dia nie memang service yg terbaik + aku boleh dapat harga yang terbaik dari dia...pakej yg diambil adalah Pelamin + Baju Sanding belah lelaki + baju sanding belah perempuan + Meja makan utama pengantin+ Hias bilik pengantin.

9. Kek Hantaran :
~ Aku dah tempah dengan baker kat Kuching. RM140 ye, special kek tau....

10. Kek untuk majlis potong kek :
~ Aku akan tempah kek nie kat kedai kek Hidayah, Tmn Samudra. Setelah survey sana sini nyata kek 3 tinggat nie kosnya pun bertingkat2. Ingat awal bulan depan aku akan buat tempahan.

Rasanya tu je lah kot buat masa nie. Mungkin ada lagi yg tertinggal kot. Lepas nie aku akan buat upload + citer sket yg mana dah siap buat tu ye...

No comments: