Hari nie nak bercerita berkenaan Kad Jemputan Khawin....haaa yang nie betul2 aku dan hubby rasa macam jadi pengantin balik lah kan...mana taknya kami berdua yang pergi ke kedai kad, pilih design, pilih warna dan follow up everything....
Aku memilih http://www.kadkahwin.com/ untuk tempah kad khawim BIL aku nie...kenapa aku pilih kat sini sebab mudah & cepat....kalau nak lebih canggih boleh je terus tempah secara online...pilih design & email segala maklumat...buat bayaran online dan segalanya siap...
Tapi disebabkan tak puas hati kalau tak dapat pegang dan rasa jenis2 kad yg ada kan...maka aku dan hubby pun pergilah ke kedai card Kanda Dinda nie yang bertempat di Puchong....memang ramai bakal2 pengantin yang sedang memilih kad dan kami antara "bakal pengantin" yang paling cepat berurusan hahahahaha
Kenapa cepat ??? sebab segalanya aku dah type siap2...ayat2 jemputan kedua dua belah aku yang karang dan type siap2...pelan ke rumah kenduri belah lelaki pun aku dah siap buatkan...so tak perlulah aku nak isi form apa bagai kan....
Harga untuk sekeping kad jemputan nie ialah RM0.89 sekeping. Untuk Envelope aku pilih printed gold yang ada tulis nama pengantin & tarikh majlis so kena tampah lagi RM50. Disebabkan sekeping kad yang di print depan belakang + ada 2 map maka kena tambah lagi RM50. Kat sini pun disediakan pakej tempahan banner sekali, 2 pcs cuma tambah RM80. So aku pun tempahkan sekali untuk dua2 belah pihak. Jumlah pcs kad yang aku tempah ialah 700 pcs. Bak kata MIL aku nanti kalau lebih membazir, so ikut aje lah kan......
Nie design yang kami pilih, cincin utk jemputan perempuan & keris utk jemputan lelaki
Nie warna yang kami pilih Biru utk lelaki & coklat utk perempuan
Nie draft yang pertama, setelah aku semak ada sedikit pembetulan yg perlu dilakukan
Apabila si cerewet nie yang check maka banyaklah conteng2 nya kan...
Sekarang nie tengah tunggu Kad Jemputan Khawin nie siap dan boleh lah diedarkan....kepada yang berkenaan tu tunggu kad nie sampai ye.... :p
No comments:
Post a Comment