Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 7, 2011

Aidiladha 2011

Aidiladha menjelma lagi...kali ini di tahun 2011....tiada apa2 perbezaan dalam diari harian di pagi raya kerana jumlah yang menziarah pusara Arwah adik ku Norazlan Zainul tetap serupa huhuhu....

Alhamdulillah aktiviti wajib aku di pagi raya masih lagi mampu aku tunaikan hingga ke tahun 2011....pada aku ini adalah tanggungjawab aku pada arwah adik aku....pejam celik rupanya hampir 16 tahun arwah adik meninggalkan kami...kenapa aku panggil dia adik...eerrmm sebab dia adalah anak ke 2 dalam kami 3 beradik...beza usia aku dan arwah hanya 1 tahun manakala beza usia aku dgn adik ke 3 aku ialah 10 tahun...haaa jauh kaaannn....so lama gak lah aku dah biasa panggil adik kedua aku nie dengan panggilan adik....

Arwah meninggalkan aku waktu usia aku 14 tahun...dari kecik kami nie macam anjing dengan kucing...hari2 tak pernah amanlah kalau tak de adegan drama gaduh kami berdua....bila menganjak ke sekolah menengah barulah dua hati nie nak ngam...tapi apakan daya Allah penentu segala-galanya...arwah pergi buat selama-lamanya....

Selesai balik dari menziarah kubur, tiada aktiviti kemana-mana dah. Keletihan memasak sampai tido pun 2-3 jam je. So sementara menunggu kawan2 & family yg datang menziarah..aku pun guling2 lah lepak2 dalam bilik....rehat seketika....

Oh ye...menu yang aku & mak masak sempena Aidiladha kali ni ialah Laksa Penang, Rendang Ayam, Kuah Lontong, Kuah Kacang, Nasi Impit, Butter Cake & Cake Sarang Semut. Lemang kami beli je tapi lemang yg terbaaiikk laahhh....nyummy....

Nie adalah beberapa gambar waktu menziarah kubur arwah...thanks to adik yg take this picture...nice....

Pusara Allahyarham Norazlan Zainul


Doa dari abah buat arwah


Bacaan Yassin dari mak & kakak

Hadiah buat mu adik...


Sampai bersua nanti....

~ Al-Fatihah ~

2 comments:

Mimy Hamid said...

adik dah pandai snap suasana lawa...Alfatihah

Norazura Zainul said...

thanks mimy...