Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 8, 2011

Bekas Telur

Pilihan bekas kaca ini dipilih malah dibeli sendiri oleh MIL & FIL aku....so aku just follow je lah...harga sebiji benda nie kalau tak silap dalam RM1.50 sebiji....dikira2 dari semua kos sampailah dah berisi telur nanti sebiji jatuh dalam RM3....haaa untung saper yang datang kenduri nie nanti tau....

MIL & FIL aku beli bekas nie dalam 1200 pcs. So maknanya ada 1200 pcs bekas yang perlu aku layan sebiji-sebiji...oh ye...semua bekas nie disiapkan oleh aku sekeluarga iaitu aku, my hubby, my mak, my abah & my adik...Alhamdullilah kami amik masa 2 hari (Sabtu & Ahad) utk menyiapkannya...melecur juga lah betis & kaki aku akibat hot gun glue tu menitik...pediihhhh

Operasi sebenarnya bermula 2-3 bulan lepas yang mana aku pelan2 menggunting sticker Terima Kasih yang aku buat sendiri.....kemudian sticker tu akan ditampal pada bekas telur tu...malangnya hanya tangan aku je yang boleh buka sticker tu dengan cepat...maka aku jadilah tukang buka sticker, my abah tukang tampal sticker, my adik tukang gunting sticker, my mak tukang susun, my hubby tukang buka plastik bekas telur. Akhir sekali kena tampal bunga atas bekas telur tu....haaa yg tu pun hanya tangan nie je yang boleh buat...maka mereka2 nie akan susun sepanjang2nya untuk aku menampal bunga...dah macam line kat kilang rasanya....

TAMPAL STICKER TERIMA KASIH

Nie sticker yang aku design sendiri, print sendiri & gunting sendiri

Nie lah kotaknya yg mengandungi 1200 pcs bekas telur

My hubby berusaha buka sticker, susah katanya...tangan nie juga yang cepat....

My mak sedang menampal, bergilir dengan my abah coz abah sakit pinggang duduk lama2

Sebahagian yang dah berjaya ditampal

Nie lah rupanya dari dekat

TAMPAL BUNGA

sebahagian yang dah siap beratur untuk ditampal bunga

barisan yang sedia menanti

dah siap tampal bunga

nie lah rupanya dari dekat...

2 comments:

Mimy Hamid said...

rugi tak dtg ni zura...hehehe...best tuuuuuu

Norazura Zainul said...

jangan lupa datang sefamili ye...