Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 25, 2012

Alhamdullilah, Rezeki Allah


Alhamdullilah, hari  nie Chairman Executive kami announce untuk salary revise starting this month. Setelah hampir 2 tahun tiada apa2 perubahan dalam slip gaji kami semua.

Alhamdullilah, aku anggap ianya rezeki dari Allah SWT dan mereka2 yang menyampaikan ini adalah wakil yang berkongsi rezeki bersama2 di bumi Allah ini.

Apapun harapan terbesar aku untuk tahun ini ialah BONUS tahunan yang biasanya kami dapat sebelum Aidilfitri....hope sangat2 ianya menjadi nyata...sekurang2nya lepas untuk aku belikan laptop atau senjata perang baru untuk adik aku.....makbulkan doa aku ini Ya Allah......amiinnnnnn

Friday, June 1, 2012

HAPPY BIRTHDAY SAHABAT

Buat ke sekian kalinya aku masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang sahabat yg aku kenal semenjak usia 13 tahun.....dan kini sahabat aku itu meraikan ulangtahun kelahirannya yg ke 31.....wah macam kena je dua angka tu kan.....

Mungkin kerana usia persahabatan yg hampir 18 tahun ini membuatkan aku tak tahu apa hadiah birthday yg sesuai buat sahabat kali ini. Fikir punya fikir akhirnya aku pilih untuk membelikan sahabat bahan bacaan yg mungkin amat berguna untuknya....

Thanks juga buat semua rakan perempuan kat ofic nie yang telah berkongsi  modal untuk membelikan surprise cake buat sahabat.....
 Birthday Card from us
 My simple birthday present for Sahabat
 Orang kuat yang uruskan surprise cake
 SURPRISE !!!!
 Tiup lilin dulu...
 Okey, dah boleh potong cake
Diharap buku ini mampu menjadi pengubat jiwa dikala hilangnya semangat yg selama ini gagah bertahan



Tiada lain yg ternilai hadiah buat sahabat selain dari doa dan harapan agar sahabat diberi kesihatan yg sempurna, dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat...aminnn

Tuesday, April 24, 2012

Bestnya kalau aku boleh....

Haaaa tengok tajuk tu pun mesti ada yg tertanya apalah agaknya kan....sebenarnya banyak benda tapi entry kali nie kita focuskan ke satu topik je dulu ye...apa benda ye...eerrmmmm

Bendanya ialah hobi atau minat atau sesuatu yg apabila aku selesai buat aku akan rasa segala2nya tenang dan semua keadaan kembali pulih....apa benda tu...buat mereka2 yang dah pernah kenal aku mesti tau...tambah2 yg dah kenal aku sejak dari sekolah...yg paling kenal dan selalu menyaksikan ragam aku dgn minat aku tu ialah huda sebab dialah yg selalu menjadi saksi dan pengkritik dalam tiap hasilan aku....

Tak silap aku dari umur 13thn aku dah minat utk menulis atau senang citer berkarya cewaaahhh...tak tau dari mana datangnya kebolehan nie mungkin dari pengalaman atau sikap aku yg suka bersendiri kot...masa sekolah2 dulu aku siap ada satu buku log khas untuk entry semua karya tulisan aku...maklumlah zaman tu mana ada blogspot nie kan.....yg paling banyak aku buat ialah puisi, sajak, madah kata dan ada juga cerpen pendek. Cuma hobi aku tu terhenti bila aku mula sambung belajar kat EDI College. Atas faktor sibuk + nak hilangkan tumpuan pada memory lama a.k.a 1st love aku terus tinggalkan hobi aku tu. Sebab selalunya bila aku mula menulis je, mesti idea aku adalah dtg bila teringatnya memory lama...jadi utk hentikan semua tu aku amik keputusan utk hentikan segala yang berkaitan....

Tapi sejak beberapa tahun nie aku kembali berkarya...tambah2 semenjak ada status FB nie lagi membuak2 hasil idea aku (walaupun bnyk yg aku x sharekan dan aku simpan utk simpanan peribadi je)....aku lebih suka merealisasikan sesuatu perasaan sendiri atau orang lain dengan menghasilkan perkataan2 indah. Aku suka mengolah dan mengkaji sesuatu keadaan itu maka terhasillah macam2 ayat yang kadang2 tu pening gak bila org baca kan....satu lagi yang paling aku idamkan nak buat ialah menghasilkan lirik lagu....tapi tak reti lah....maklumlah waktu jiwa bergolak nak belajar dulu aku terpaksa lupakan semua hobi & minat utk tumpukan perhatian pada pelajaran dan cepat2 kerja untuk bantu keluarga...

Malu nak citer nie, kadang2 tu aku ada juga terkeluar idea irama2 baru yg aku cuma mampu hurming je lah kan maklumlah buta alat music...cuma belum cuba buat lirik lak....best kan kalau semua tu aku boleh buat....kadang2 tu aku rasa semua nie mungkin aku minat je coz minat tak semestinya berbakat....eerrrmmm (jari kat dagu mata kedip2 pandang atas)

Mungkin aku hanya mampu berkarya dengan menggubah puitis kata dari gejolak rasa dan amukkan jiwa dari mereka yang sering meluah rasa bercerita bergundah pada aku yang senantiasa sudi mendengar. Tapi aku bangga sebab ada seorang dalam ahli keluarga aku yg mampu buat apa yg aku suka sangat nak buat. Sape lagi kalau bukan adik aku yg sorang tu lah kan. Dia boleh main alat music + buat lagu + buat lirik. Mungkin masih dalam tempoh belajar tapi aku percaya bakat kalau diasah satu hari nanti tajam gak. Cuma jangan sampai lalai pejaran dik ye....nie aku sharekan lagu terbaru dia yg aku dapat dengar...banyak kali gak lah aku ulang dengar....menarik coz iramanya mudah melekat kat hati...tak tau lah orang lain kan...apa2pun congrats dik !


KADANGKALA APABILA SESUATU RASA ITU DIKELUARKAN MAKA AKAN TERHASILNYA HURUF LALU MENJADI PERKATAAN YANG AKAN MENCIPTAKAN AYAT AYAT INDAH, TIADA SIAPA MENDUGA OLAHAN ITU MAMPU MENGELUARKAN SEGALA RASA SAKIT DIDALAM JIWA DAN MENJAUHKAN KITA DARI MENJADI MANUSIA BERDENDAM.....



Monday, April 9, 2012

Happy 21st Birthday Adik !!!

Buat ke sekian kalinya tarikh 9th April tidak pernah aku lupakan....Tarikh lahir satu2nya adik aku...sebab satu tu yg wajib ingat....kalau ramai ? eermmmm ingat juga kot....

Sebulan sebelum tarikh nie lagi aku dah berfikir nak buat sesuatu kelainan yg tak kan terduga oleh adik aku...lagipun dia meraikan birthday yang ke 21 thn nie. Maka setelah dicongak2 + difikir2.... aku memilih utk buat Birthday Party Suprise utk dia...lagi pun kalau tak silap aku last buat birthday party die waktu umur die 12 thn kot itupun aku ingat coz waktu majlis tu berlakunya kejadian aku terpotong jari aku sendiri waktu nak buka plastik ice batu...sampai sekarang ada parut ye...tu yg tambah ingat tu...

Disebabkan adik aku belajar di Melaka, maka lokasi suprise tu kena lah diadakan disana ye...aku melantik BFF adik aku iaitu Mirul (yg sentiasa disisi adik aku dlm gambar kat bawah) utk menjadi master mind bagi mencari lokasi yg sesuai + menjemput kwn2 rapat adik aku. Keadaan agak payah utk berhubung dgn Mirul coz HP die hilang lah pulak so kami berdua hanya berhubung guna msg FB shj lah. Tapi atas faktor diaorg2 skrg nie sibuk nak exam final sem ditambah dgn projek yg belambak2 maka memang agak susah juga Mirul nak membantu aku....tapi apa pun terima kasih banyak2 lah mirul coz berjaya juga menjayakan suprise nie utk Wady...hargai sangat bantuan dari mirul dan sebab tu akak reward mirul dgn top up prepaid sebagai upah bertugas hehehehe......

Perancangan awal sebenarnya nak masak dari rumah coz aku kan lebih suka menjamu atau belanja sesuatu yg aku masak sendiri. Tapi atas sebab2 tiada lokasi yg bersesuaian maka ubahlah utk mencari lokasi makan yang lain. Jenuh juga mencari2 lokasi makan tengahari yg mudah + selesai utk party di melaka nie. Bincang2 dgn mirul pun jenuh gak kami nak buat keputusan. Awalnya aku pilih nak buat di Chicken Rice Shop kat Jusco baru melaka...tapi teringat pulak abah yg dah lama nak makan KFC & siap demand nak makan kat kedai KFC juga....so apa lagi sepantas kilat aku mencari website KFC utk google KFC Melaka yg ada Party Room. Akhirnya hanya KFC di Jusco Ayer Keroh je yg ada...


Mencari cake gitar pun satu hal juga...tak semua kedai ada coz nak mendapatkan acuan tu susah...ada yg satu tu tapi terlalu besar sangat utk 15 org makan....so pilih lah yg comel nie....dibawah khas dari KL ke Melaka ye utk Guitar Boy....

Muffin Blueberry & Coklat yg aku buat sendiri ye

Hadiah & Cake menanti birthday boy

waiting master mind bawa Birthday Boy....hampir 2 jam okey

muka adik aku macam dalam mimpi je katanya

aminnn for whatever doa u wish adik

suka dengan cake gitar nya

Alhamdullilah menjadi juga perancangan aku & mirul. Terbukti adik aku langsung tak dapat mengesan/menghidu perancangan kami selama nie. Dalam masa yg sama aku seronok sangat dapat belanja kawan2 adik aku yg banyak membantu dia selama ini.

Pejam celik pejam celik dah 21 tahun umur adik aku. Dia adalah adik yg aku lihat sendiri membesar depan mata aku. Oleh kerana beza umur kami 10 tahun maka secara automatiknya aku juga merupakan pengasuhnya yg melayan karenah dia dari baby lagi. Ragam dia dari kecil hingga lah dah 21 tahun nie insyaallah aku mampu memahaminya. Persamaan antara kami pun terlalu banyak. Menulis, membaca, bersendiri, berfikir, music, haiwan, seni !

Adik, akak harapkan satu hari nanti apa sahaja yang adik impikan akan menjadi kenyataan. Semoga bintang itu milik adik & akak percaya adik mampu menggapainya dgn usaha adik selama ini.

Mungkin ada ketidaksempurnaan dalam tempoh/waktu ini. Percayalah akak dulu lebih teruk dari apa yg adik lalui kini. Hargai kawan2 yg berharga dalam hidup kita sebab akak dulu pun kalau tak kerana bantuan pinjaman PTPTN dari kawan (Yat & Nong) tak mungkin akak akan menamatkan pembelajaran akak dgn sempurna. Akak faham betapa sakitnya apabila sesuatu yg diperlukan agak susah utk dimiliki. Akak dulu pun belajar dgn ehsan org (i.e : kak yat bagi guna type writer).

Apapun satu perkara yg adik perlu bersyukur. Akak dulu sendiri, susah senang waktu belajar tetap sendiri. Bagaimana adik yg kadangkala tak sampai hati nak buka mulut minta itu ini dgn mak abah, macam tu juga lah akak dulu. Tapi Alhamdullilah mak & abah tak seperti dulu lagi. Pemikiran mereka pun tak sama seperti masa akak belajar dulu. Yang paling utama akak pernah berazam dulu utk menjadi seorang kakak yg berfungsi utk adiknya. Mungkin tak banyak yg akak boleh membantu tapi akak janji utk bantu selagi termampu.

Akak bangga kerana kita punya ketabahan & kesabaran yg sama. Rasanya tu bakat dari mak kot kan hehehehehe. Tak sabar nak tunggu adik tamat belajar dgn jayanya. Kalau boleh sambung belajar lagi tau. Penuhi angan2 akak dulu yg teringin nak belajar kat universiti. Tapi sebab nak cepat kerja + tolong mak abah akak terpaksa tolak tawaran dari UTM. So kalau adik berjaya sambung belajar masuk U maka akak akan anggap impian akak pun terlaksana juga.

Akhir kata (kat sini lah akhirnya) hanya doa yang mampu akak panjatkan dalam tiap solat dan ingatan kuat akak buat adik :

"Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran satu-satunya adik ku ini, aku bermohon pada mu agar dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan buatnya. Permudahkan lah segala urusannya dunia akhirat. Berikan kekuatan semangat, ketabahan, kesabaran & petunjuk dalam tiap dugaan yg dihadapinya. Pimpin hatinya menuju masa depan yg cerah dan bahagia seperti yang diimpikannya. Jadikan dia insan yg disenangi dunia & akhirat. Amin, Insyaallah !"

Monday, April 2, 2012

Megat Nufail Anaqi a.k.a FAYEL

Dikesempatan yang tak berapa nak sempat nie nak memperkenalkan Anak Ibu yang terbaru....Megat Nufail Anaqi atau dgn panggilan manjanya FAYEL....bertambah lagi anak ibu...thanks buat sahabat2 yang menghadiahkan anak2 anda untuk aku menumpang kasih...

Semalam akhirnya tercapai juga hasrat nak menjamu makan mama, papa & tok mak Fayel...laku jualan makanan pada hari tersebut.....suka sangat kami sekeluarga bila laku makanan2 yang dimasak....Alhamdullilah seronok memasak ditambah lagi seronok semua suka dengan apa yang dimasak.....

juadah yang dimasak bersama2 dgn mak

siap hidang menanti mama + papa + tok mak Fayel

Walaupun sekejap, seronok dapat tengok wajah comel Fayel...makin tembam dah anak ibu nie....

susukan Fayel

bila agaknya dapat buat kerja nie utk sepenuh masa :D

wajah comel Fayel yg tersengih....comel kan ?

Thank sangat2 to mama & papa (Limy & Megat) yg menghadiahkan Fayel utk jadi anak angkat ibu....semoga kehadiran Fayel akan memberikan satu keajaiban dlm kehidupan aku..

Ibu doakan Fayel membesar dengan sihat dan ceria2 selalu....semoga menjadi anak yang soleh, besar masa depan + dipermudahkan segalanya dunia akhirat....Ammiinnnn

Wednesday, March 21, 2012

Tiga Puluh Satu

Umpama mimpi tapi ianya realiti...rasa macam tak pasti tapi ianya dah terjadi....waaahhh macam lirik lagu....kenyataan yang perlu dihadapi...aku kini sudah berusia 31 tahun !!!

Rasa macam baru kelmarin aku sarung baju sekolah rendah.....baru semalam aku pakai baju sekolah menengah.....tiba2 dah 31 tahun umur aku....

Eerrmm dulu aku pernah berangan...apalah aku akan jadi pada umur 30++ nanti....dimanakah agaknya letak diri aku nie....Alhamdullilah mungkin tidak serupa dengan mereka yang sebaya...mungkin tidak selengkap mereka yg telah punya semua panggilan/tittle...tapi aku bersyukur kerna aku masih sama menjadi diri aku yang sebenar. Yang paling penting dulu aku pernah berazam untuk tidak membiarkan kehidupan aku dan keturunan aku melalui apa yang pernah aku lalui dulu....Alhamdullilah sikit2 dah banyak perubahan yang aku perolehi dalam kehidupan ini.....

Tiada apa yg istimewa sangat utk birthday aku kali nie...sama sahaja macam tahun2 sebelum ni. Cuma aku rasa Allah memakbulkan Nazar aku.....agak hairan tapi ntah kenapa aku mengikut kata hati untuk bernazar awal tahun 2012 dari tidak makan cake sehingga lah cake birthday aku sendiri...mungkin kerana birthday aku tahun lepas langsung tak makan cake kot....

Bermula pada jam 12tgh malam.... surprise cake dari hubby yg balik dari out station....


yang paling best mak lak simpankan aku cili api kembar....


so perut pun lapar terus buat maggie ayam buh cili api lah kan....


bertemankan maggie cili api kembar aku potong kek jam 12 tgh malam



Esoknya di pagi hari dipejabat...yang kononnya staff2 kat opis nie nak buat surprise kat aku tapi terserempak lak dgn yang tengah bawa cake....elok masing2 tengah berjalan menuju pantry....cantik cup cake dari mereka....thanks all....




Kul 11 cam tu lak dapat lagi sepotong cake dari boss aka Director...


Time lunch lak...waktu turun nak gi lunch terserempak lagi dengan surprise tak menjadi....Yat yg kononnya nak surprise hantar birthday cake aku ke opis....terharu sangat2...die katanya mewakili huda juhuri yang tak berkesempatan nak joint sekali....then on my birthday aku lunch with my 2 BFF....Yat + Huda Husin...


Sememangnya Birthday aku nie dipenuhi dengan cake je kan...apapun senyuman aku utk hari Birthday terhenti bila petang tu seseorang menyampaikan berita yg mungkin padanya amat membahagiakan hingga terlupa ianya umpama satu simbahan asid dalam diri ini....berita yang aku tahu dia sendiri telah simpan berminggu lamanya... sesuatu yang telah lama aku pujuk hati utk bersedia tabah menghadapi....tapi aku tersilap kerana hati aku hanya bersedia menerima berita itu dan aku terlupa untuk bersedia menerima cara dan hari berita itu disampaikan....terbukti dia yang aku letakkan setaraf dengan insan yang melahirkan aku tidak benar2 memahami perasaan dan prihatin dengan remuknya hati aku bila berita itu disampaikan pada hari birthday aku....Why must on my Birthday sedangkan ianya boleh disampaikan sebelum atau mungkin sehari selepas birthday aku....rasanya tidak membawa apa2 kesan pun kan.....

Di hari ulangtahun aku yang ke 31 aku belajar sesuatu yang baru....tidak semua mereka yang mendengar, melihat, dan melalui bersama2 segala susah payah kehidupan akan benar2 memahami hati dan perasaan kita...pilih dahan yang tepat utk kita berpaut kerana takut nanti dahan itu akan patah pada masa kita benar2 tiada peluang yang lain....

Dan yang terakhir buat my BFF yang telah aku anggap saudara satu darah : Aznurulhuda Husin...thanks sangat2 coz hanya kau yang benar2 memahami segala perasaan aku tanpa perlu aku keluarkan dengan perkataan...buat anak2 ibu Kakak & Adik.....Ibu Sayaaannggg kamu berdua.....

Special gift from my BFF on my 31st Birthday.....


Akan aku kenang peristiwa manis dan pahit yang dilimpahkan pada aku pada hari ulangtahun kelahiran ku 21 March 2012....TERIMA KASIH SEMUA.....