Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 9, 2012

Happy 21st Birthday Adik !!!

Buat ke sekian kalinya tarikh 9th April tidak pernah aku lupakan....Tarikh lahir satu2nya adik aku...sebab satu tu yg wajib ingat....kalau ramai ? eermmmm ingat juga kot....

Sebulan sebelum tarikh nie lagi aku dah berfikir nak buat sesuatu kelainan yg tak kan terduga oleh adik aku...lagipun dia meraikan birthday yang ke 21 thn nie. Maka setelah dicongak2 + difikir2.... aku memilih utk buat Birthday Party Suprise utk dia...lagi pun kalau tak silap aku last buat birthday party die waktu umur die 12 thn kot itupun aku ingat coz waktu majlis tu berlakunya kejadian aku terpotong jari aku sendiri waktu nak buka plastik ice batu...sampai sekarang ada parut ye...tu yg tambah ingat tu...

Disebabkan adik aku belajar di Melaka, maka lokasi suprise tu kena lah diadakan disana ye...aku melantik BFF adik aku iaitu Mirul (yg sentiasa disisi adik aku dlm gambar kat bawah) utk menjadi master mind bagi mencari lokasi yg sesuai + menjemput kwn2 rapat adik aku. Keadaan agak payah utk berhubung dgn Mirul coz HP die hilang lah pulak so kami berdua hanya berhubung guna msg FB shj lah. Tapi atas faktor diaorg2 skrg nie sibuk nak exam final sem ditambah dgn projek yg belambak2 maka memang agak susah juga Mirul nak membantu aku....tapi apa pun terima kasih banyak2 lah mirul coz berjaya juga menjayakan suprise nie utk Wady...hargai sangat bantuan dari mirul dan sebab tu akak reward mirul dgn top up prepaid sebagai upah bertugas hehehehe......

Perancangan awal sebenarnya nak masak dari rumah coz aku kan lebih suka menjamu atau belanja sesuatu yg aku masak sendiri. Tapi atas sebab2 tiada lokasi yg bersesuaian maka ubahlah utk mencari lokasi makan yang lain. Jenuh juga mencari2 lokasi makan tengahari yg mudah + selesai utk party di melaka nie. Bincang2 dgn mirul pun jenuh gak kami nak buat keputusan. Awalnya aku pilih nak buat di Chicken Rice Shop kat Jusco baru melaka...tapi teringat pulak abah yg dah lama nak makan KFC & siap demand nak makan kat kedai KFC juga....so apa lagi sepantas kilat aku mencari website KFC utk google KFC Melaka yg ada Party Room. Akhirnya hanya KFC di Jusco Ayer Keroh je yg ada...


Mencari cake gitar pun satu hal juga...tak semua kedai ada coz nak mendapatkan acuan tu susah...ada yg satu tu tapi terlalu besar sangat utk 15 org makan....so pilih lah yg comel nie....dibawah khas dari KL ke Melaka ye utk Guitar Boy....

Muffin Blueberry & Coklat yg aku buat sendiri ye

Hadiah & Cake menanti birthday boy

waiting master mind bawa Birthday Boy....hampir 2 jam okey

muka adik aku macam dalam mimpi je katanya

aminnn for whatever doa u wish adik

suka dengan cake gitar nya

Alhamdullilah menjadi juga perancangan aku & mirul. Terbukti adik aku langsung tak dapat mengesan/menghidu perancangan kami selama nie. Dalam masa yg sama aku seronok sangat dapat belanja kawan2 adik aku yg banyak membantu dia selama ini.

Pejam celik pejam celik dah 21 tahun umur adik aku. Dia adalah adik yg aku lihat sendiri membesar depan mata aku. Oleh kerana beza umur kami 10 tahun maka secara automatiknya aku juga merupakan pengasuhnya yg melayan karenah dia dari baby lagi. Ragam dia dari kecil hingga lah dah 21 tahun nie insyaallah aku mampu memahaminya. Persamaan antara kami pun terlalu banyak. Menulis, membaca, bersendiri, berfikir, music, haiwan, seni !

Adik, akak harapkan satu hari nanti apa sahaja yang adik impikan akan menjadi kenyataan. Semoga bintang itu milik adik & akak percaya adik mampu menggapainya dgn usaha adik selama ini.

Mungkin ada ketidaksempurnaan dalam tempoh/waktu ini. Percayalah akak dulu lebih teruk dari apa yg adik lalui kini. Hargai kawan2 yg berharga dalam hidup kita sebab akak dulu pun kalau tak kerana bantuan pinjaman PTPTN dari kawan (Yat & Nong) tak mungkin akak akan menamatkan pembelajaran akak dgn sempurna. Akak faham betapa sakitnya apabila sesuatu yg diperlukan agak susah utk dimiliki. Akak dulu pun belajar dgn ehsan org (i.e : kak yat bagi guna type writer).

Apapun satu perkara yg adik perlu bersyukur. Akak dulu sendiri, susah senang waktu belajar tetap sendiri. Bagaimana adik yg kadangkala tak sampai hati nak buka mulut minta itu ini dgn mak abah, macam tu juga lah akak dulu. Tapi Alhamdullilah mak & abah tak seperti dulu lagi. Pemikiran mereka pun tak sama seperti masa akak belajar dulu. Yang paling utama akak pernah berazam dulu utk menjadi seorang kakak yg berfungsi utk adiknya. Mungkin tak banyak yg akak boleh membantu tapi akak janji utk bantu selagi termampu.

Akak bangga kerana kita punya ketabahan & kesabaran yg sama. Rasanya tu bakat dari mak kot kan hehehehehe. Tak sabar nak tunggu adik tamat belajar dgn jayanya. Kalau boleh sambung belajar lagi tau. Penuhi angan2 akak dulu yg teringin nak belajar kat universiti. Tapi sebab nak cepat kerja + tolong mak abah akak terpaksa tolak tawaran dari UTM. So kalau adik berjaya sambung belajar masuk U maka akak akan anggap impian akak pun terlaksana juga.

Akhir kata (kat sini lah akhirnya) hanya doa yang mampu akak panjatkan dalam tiap solat dan ingatan kuat akak buat adik :

"Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran satu-satunya adik ku ini, aku bermohon pada mu agar dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan buatnya. Permudahkan lah segala urusannya dunia akhirat. Berikan kekuatan semangat, ketabahan, kesabaran & petunjuk dalam tiap dugaan yg dihadapinya. Pimpin hatinya menuju masa depan yg cerah dan bahagia seperti yang diimpikannya. Jadikan dia insan yg disenangi dunia & akhirat. Amin, Insyaallah !"

No comments: