Tahniah & Syabas buat KRU kerana telah menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa satu PERUBAHAN kepada Industri Filem Malaysia...
Rasanya daripada buat citer Cicakman yang tak masuk akal tu...baik buat citer2 sejarah macam nie kan...usah kata budak2...aku sendiri pun malas nak baca buku2 sejarah tu...jadi elok sangat rasanya cerita2 sejarah ni diubah menjadi bahan tontotan hiburan sekaligus dapat menambah pengetahuan...biasa2 citer sejarah hanya akan ditayangkan sebagai teater...tapi tiket teater tu mahal sangat...
So buat KRU...teruskan mengilhamkan cerita2 hebat begini...muak dah dengan citer2 propa yang kononnya FILEM tapi hanya layak dok kat Drama TV je....
Tanpa disangka-sangka aku mendapat VIP Ticket percuma utk ke Konsert Hore Hore Aznil…kalau ikutkan memang teringin nak pergi tapi kekangan masa & kewangan membuatkan aku membatalkan hasrat hati…
Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang...kakak ipar Uda menawarkan kami tiket VIP PERCUMA...saper tak nak pergi kan...
Malam tu aku pergi dengan hubby (of courselah kan), Huda & anak2 yang sibuk sangat nak jumpa Uncle Aznil nya...dari dalam kereta lagi dah macam2 skrip dihafalnya....macam sungguh2 nak berjumpa depan2 kan...hehehehe
Walaupun ambil masa yang lama utk memulakan konsert...sampai adik (Aqiel) cakap ¨Uncle Anil balik umah makan nasi dulu nie¨....mungkin ini kan konsert pertama Aznil...apa2 pun SYABAS buat Pak Nil kerana berjaya menghiburkan semua peminatnya dari kanak-kanak hingga lah makcik2 & pakcik2....
Kali pertama aku dengar Pak Nil nak buat konsert...aku dah boleh agak yang pastinya konsert Pak Nil nanti akan dipenuhi dengan lagu2 Allahyarham Sudirman....sebagaimana peminat2nya amat menyanjungi beliau...begitulah juga Pak Nil menyanjungi idolanya...
Awal permulaan konsert Pak Nil terus mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua peminat2nya...ternyata beliau benar2 menghargai dan yakin bahawa kedudukannya kini adalah kerana peminat2nya sentiasa menyokong semua impiannya....Kalau Pak Nil berusaha bagai nak rak tapi tak der peminat yang nak tengok atau menghargai pun tak guna gak kan....aku ingat lagi ayat dia " Anda semua yang meletakkan dimana saya berada kini...terima kasih yang tak terhingga buat semua !"
Aku bukanlah peminat tegar beliau...tapi aku menyanjungi usaha gigihnya dari awal penglibatan beliau...orang kita nie selalunya bila tengok orang lain maju mulalah keluar macam2 statement kan...bawa2lah berubah yeee....
Hj Aznil Hj Nawawi...membuktikan bahawa dunia Pengacaraan akan menjadi satu kerjaya yang setaraf dgn kerjaya lain didunia...beliau bukan seorang artis yang otak kosong ye...beliau berkelulusan tinggi...jadi kepada yang berminat dunia seni nie...contohilah beliau...dengan kelulusan barulah bakat kita dihargai & setiap pandangan kita menjadi bernilai....
Kejayaan Pak Nil sekarang bukan sesuatu yang mudah dimiliki..beliau telah melalui pelbagai kepayahan dan kerana itu beliau terlalu menghargai apa yang dimiliki kini....benar kata orang...kalau sesuatu itu diperolehi dengan mudah, memang payah utk menghargai....
Apapun aku betul2 enjoy dengan konsert Pak Nil...aku mengagumi semangat nya yang tak pernah kenal erti kalah hingga beliau kini berjaya dan bernilai tinggi...cita2 Pak Nil insyaallah akan tercapai...aku tahu beliau ingin di ingati dan dikenali sepanjang zaman sebagaimana kita semua mengingati P Ramlee & Sudirman ! Teringat dulu, aku pernah sembang2 dgn hubby...untung Pak Nil...bila dia meninggal nanti banyak sedekah Al-Fatihah yang akan dia dapat...ramai yang sayang dia...dari kanak2 seusia 2 thn hingga makcik2 & pakcik2....
Biar apa orang nak kata Pak Nil...yang penting...Hanya Ko Yang Ado...hehehehe
Aku dah tak mampu dan tak berdaya lagi...kusut utk aku rungkaikan. Terlalu perit untuk aku kupas satu persatu. Andai punya kuasa aku ingin keluar dari kotak yang amat sesak ini.
Dari dulu sampai kini aku sering merasakan ada benda yang tak kena. Tapi aku tak diberi hak untuk membetulkan apa2. Yang berkuasa dikerusi tahta tak mahu langsung memberi peluang. Ego melebihi segala hingga dia terlupa bahawa nakhoda kapal tak kekal org yg sama. Belajarlah menerima kenyataan bahawa anda kini dikapal milik orang lain kerana kapal anda sendiri telah tergadai atas kecuaian dan kegagalan anda mengemudinya dgn baik.
Apa yang amat aku harapkan sekarang semoga segalanya akan berlalu pergi dan pulih seperti biasa...walaupun luka masih bernanah bersama bisa yang tak kan pernah hilang...biarlah kerana itu semua hanya aku yang merasanya dan telah biasa aku lalui dari kecil lagi.... aku akan terus bernyala..memberi sinar pada yang perlu dan jika cahaya aku terpadam...seruan semangat dari kawan2 sudah mampu membantu aku bercahaya kembali......
Pelbagai tafsiran tentang mimpi...ada yang kata mimpi itu mainan tidur...ada juga yang kata mimpi itu mainan syaitan...ada juga yang percaya mimpi itu mempunyai maksud dan petunjuk kepada sesuatu perkara dalam hidup kita...
Pernah juga aku terbaca fakta mengatakan "Otak manusia ini umpama pita rakaman...apabila kita terlalu memikirkan sesuatu perkara itu...pita rakaman akan memainkannya semula sewaktu didalam tidur kita"...betul ke ?
Aku sendiri sukar utk memilih yang mana benar...tapi kalau dikaji 1001 macam tafsir mimpi nie...ada macam2 jenis mimpi...yang paling popular "Mimpi dipatuk ular"....ada ke yang tak pernah dapat mimpi tu....jangan risau ye...bukanlah bermaksud tak dapat mimpi tu maknanya tak de jodoh tau...kembalilah kepada ayat bahawa "Mimpi Itu Mainan Tidur"...
Semua orang pernah bermimpi kan...tapi biarlah mimpi dalam lena...kalau bermimpi waktu terjaga...susah juga tu...lama2 boleh jadi Mat/Minah Jenin nanti....kalau mimpi yang indah, tersedar dari tidur pun rasa bersemangat je kan...tapi kalau mimpi yang menyedihkan atau yang menyeramkan....rasa macam ingin segera bangun dari tidur yang terasa panjang tu....
Kenapa aku bercerita pasal mimpi...baru2 nie aku bermimpi sesuatu yang terlalu MENYEDIHKAN. Yang paling best bila tersedar dari mimpi tu aku ingatkan ianya kenyataan...memang tak terasa yang aku nie bermimpi...rasa macam realiti berada di saat itu.......rasanya seumur hidup inilah mimpi yang paling menakutkan aku....
Aku bermimpi melalui saat yang paling getir dalam hidup aku....kehilangan insan yang amat aku sayangi & bermakna buat selama-lamanya...NAUZUBILLAH....Yang menghairankan, aku betul2 merasai bagaimana keadaan aku pada waktu itu...betapa terasa hidup aku sia2...tiada makna dah siapa pun disisi aku...dan aku terjaga waktu bibir ini berkata "apa guna aku bernyawa lagi...biarlah aku pun pergi juga!"
Bila tersedar...aku termenung kemudian terus menangis...jenuh jugalah laki aku nak memulihkan semangat aku...hehehehehe
Apapun aku akan tetap ingat bagaimana perasaan aku sewaktu dalam mimpi tu....perasaan yang amat susah yang tak pernah aku alami dalam hidup nie seumur hidup aku (walaupun aku dah lalui pelbagai jenis kesusahan sejak dari kecil lagi kan)...dan aku yakin pada tafsir mimpi bahawa bermimpi kematian membawa maksud "Panjang Umur" aaminnn....
Aku jarang bermimpi...tapi rasanya IMPIAN aku yang lebih banyak dari mimpi kan...aku berdoa moga impian akan jadi kenyataan...berdoa moga tiap kali tersedar dari lena aku akan mampu dapat melihat IMPIAN nie menjadi nyata disisi aku...INSYAALLAH...
Sekadar berkongsi lagu yang menyentuh hati. Cerita nie memang aku follow dari drama lagi (walaupun aku bukan peminat heroinnya)....tak lama lagi akan keluar panggung...aku pasti gi tengok...tak de org teman gi sorang2 pun tak pe...hehehehe
Hayati lirik & lagunya....enjoyyy...
Lewat ini ku rasakan Kasih kian ku dambakan Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan
Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran
Nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana masih Mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci yang abadi
Ooo kasih Nur kasih Oh nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana Masih mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih Nur ya nur kasih Nur nur kasih
Tak terucap kata2 utk menggambarkan perasaan aku pada hari ini....bersyukur yang amat sangat kerana telah dikurniakan sahabat2 yang terbaik disekeliling ku....Mereka lah peneman & pendengar segala rintihan aku....
Sedikit bingkisan (walaupun bukan "Freindship Day" kan) buat sahabat yang benar2 bermakna dalam kehidupan aku...anda tahu siapa anda & tak perlu aku perkenalkan lagi....
Benar kata pepatah...kalau nak hidup berjaya kena pandai memilih kawan...Alhamdullilah sebab aku telah tergolong diantara yang PANDAI memilih kawan (ataupun sebenarnya mereka2 ini yang sudi memilih aku)...hehehhe
Ajal, Maut, Jodoh & Pertemuan kuasa Allah SWT....kerana KETENTUAN DIA aku telah dipertemukan dengan sahabat di zaman persekolahan yang banyak membentuk aku menjadi siapa aku hari ini. Bermula mengenali mereka sewaktu aku memasuki Tingkatan 4 Ehsan (Account Course), kecuali Nong lah coz aku mula2 kenal dia waktu masuk Darjah 6, tu pun sekejap coz aku kena tukar kelas (sebenarnya turun kelas, maklumlah tak pandai..) tapi nong bukannya ingat aku pun...sedih taau..
Dari Tingkatan 1 hingga 3 aku hanya ditempatkan di kelas yang sederhana, jadinya aku dah biasa berkawan dengan mereka2 yang seangkatan dengan aku...Ntah macam mana selepas keputusan PMR, aku terpilih untuk memasuki kelas 4 Ehsan (waktu aku dulu tak boleh pilih kelas, cikgu yang tentukan mengikut keputusan PMR)
Sedih tak terkata waktu itu sebab aku akan berpisah kelas dan berpisah blok dengan kawan2 aku yang lain...kelas Account & Sains nie terpisah dengan blok bilik guru & makmal sains...aku tetap tak putus asa...tau apa aku buat....
Aku berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Sekolah...buat permohonan untuk tukar kelas...nie serba sedikit dialognya :
Cikgu : Ada apa awak datang jumpa saya ? Aku : Saya nak buat permohonan untuk tukar kelas cikgu... Cikgu : Sekarang di kelas mana ? Aku : 4 Ehsan... Cikgu : haa okey lah tu...kelas Account...cerah masa depan...senang nak masuk universiti nanti.. Aku : Tapi saya tak minat cikgu, saya minat sastera...saya nak masuk kelas 5 Amanah... Cikgu : Macam nie lah...selepas 3 bulan..sekolah akan buat ujian tahap pelajar...rombakan kelas akan dibuat selepas keputusan keluar. Kita tengok nanti keputusan awak macam mana. Aku : Errrmmm baik lah cikgu..
Dalam hati aku bersorak riang....YES !!!! senang je nak gagal kan...tak yah belajar...kita enjooyyy....memang satu apa pun aku tak belajar...tapi itulah kan...faktor rakan2 sekeliling banyak memainkan peranan....selepas 3 bln keputusan aku tetap dianggap bagus dan permohonan aku nak tukar kelas tidak diterima...sedihhh kaannnn....
Tergolong dalam kelas yang pandai2 nie (pandai keee)...yang hampir 90% semuanya berbaju biru (Pengawas) ditambah lagi Ketua & Penolong Pengawas pun didalamnya....kami semua sebenarnya setan2 belaka....hahahahahaha.....
Mula2 aku ingatkan student di kelas tu semuanya ulat buku & serius ned jeee tapi tidaaakkk....cuma cara mereka belajar tu berbeza...tumpuan didlm kelas tu yg lain....akhirnya aku menamatkan 2 tahun di kelas Ehsan dengan 25 Agregat (Pangkat 2)..sipi 1 nombor je utk aku sama2 seperti mereka2 di bawah nie...Pangkat SATU (sama pangkat je lah...agregat tak terkejar aku)...waktu aku amik keputusan SPM tu, aku pun frust juga sebenarnya...mujur mereka dibawah nie lah yang banyak memberikan nasihat dan mengembalikan semangat aku....
Tamat holiday kami hampir 3 bulan, keputusan keluar dan permohonan ke Universiti mula dibuat....aku dibantu mereka bertiga dibawah nie pun sama2 buat permohonan (waktu tu mana ada UPU Online kan)......kami isi borang sama2....bincang course & universiti pilihan....siap aturkan universiti yang sama sebab kami kalau boleh tak nak berpisah....tapi itulah seperti yang dikatakan awal2 tadi...segalanya KETENTUAN DIA....sorang2 mendapat tawaran matriks + universiti...cuma aku je yang tak dapat....Nong ke UUM, Huda ke UMT & Yat ke UM (kalau ada yg silap tu sorry ye)...tinggal lah aku dok mendongak langit bilik tido aku....
Ntah macam mana, dengan keadaan keluarga yang tidak berapa nak senang...masalah keluarga yang berlambak2...aku tekad untuk mencari lokasi belajar yang murah dan paling penting cepat habis....nak kerja cepat nak bantu keluarga...selak2 paper akhirnya aku memilih college swasta...Enterpreneurs Development Institute aka EDI College...bertempat di Tmn Melawati...jadinya aku tak perlu tinggal di asrama so boleh lah bantu mak bapak aku berniaga kan....Kat college tu amik course Sains Secretary yang mana major subjeknya sama dengan Sains Secretary kat UITM (pilih course nie ingatkan senang coz dah malas nak belajar kan...rupanya tidak !!!) di EDI semua course yang ditawarkan hanya mengambil masa 2 tahun untuk Diploma...kenapa pendek sebab cuti sem kami cuma seminggu dan kelas penuh selama 5 hari seminggu....dengan yuran kalau tak silap aku antara RM300-RM400 sebulan....
Aku masih ingat lagi waktu keluarga mengalami masalah kewangan, yuran aku tak berbayar yang menyebabkan aku tidak dibenarkan memasuki exam akhir sem....sedih & malu tau bila diarahkan keluar dari Dewan Peperiksaan....mereka2 yang dibawah nie lah yang membantu aku...mengeluarkan wang pinjaman masing2 membantu aku untuk support belajar...memang dah dijelaskan pun hutang RM tu...tapi hutang budi masih tak terbalas...masuk sem 2 aku memerlukan Typewriter...zaman aku tak top lagi komputer2 nie....kat kelas memang ada tapi aku perlukan kat umah untuk latihan kemahiran typing + paperwork...Alhamdullilah, mereka2 dibawah nie jugalah yang membantu aku...Yat menawarkan aku Typewriter milik mak dia yang katanya dah tak digunakan lagi...mulanya aku berat hati nak terima tapi bila fikir untuk beli sendiri...mampu kah aku....jadi akhirnya aku terima offer yat yang pada mulanya dinggap sebagai pinjaman akhirnya jadi milik sendiri...dengan typewriter tu lah cukup kelengkapan aku untuk belajar....Alhamdullilah...
Mak & Abah aku pernah cakap yang mereka dah anggap Yat, Nong & Huda macam anak2 mereka sendiri (memang pun coz mereka selalu bertanyakan perkembangan dan kehidupan mereka2 dibawah nie) Mungkin sebab mereka tengok anak mereka nie "jadi orang" dengan berkawan dengan mereka2 dibawah nie kot...heheheheh...Di tambah pula mak & abah tahu macam2 jenis pertolongan yang mereka2 dibawah nie selalu bagi pada anaknya ini...
Zaman belajar selepas SPM kami berempat memang terpisah....tapi kami masih lagi berhubung tau....tiap kali mereka2 cuti sem...mereka pasti akan datang lepak kat umah aku...dulu bilik aku tu lah port lepak yang paling popular kan....mulanya dulu aku ingat mereka dah tak nak berkawan dengan aku...maklumlah aku bukan belajar kat Universiti pun...bahasa dan topik sembang mereka bertiga berbeza dengan aku...aku mula rendah diri...aku rasa macam kat bawah sangaatt (bukan sebab aku paling rendah ye)...tapi setelah bertahun2...nyata mereka tak pernah berubah...kami sebenarnya saling memerlukan & saling melengkapi...kenyataan yang tak perlu disangkal ye....
Kini aku mampu tersenyum bila terimbas cerita2 dulu...mungkin ada yang mereka sendiri pun dah tak ingat tapi segalanya masih terukir bersih dalam ingatan aku ini. Masalah keluarga masing2 yang tersimpan dalam hati ini, perjalanan kehidupan masing2 yang memberikan semangat untuk aku....dan memori kenangan manis masing2 yang sentiasa boleh buat aku senyum sorang2....
Alhamdulillah, hari ini kami berempat masing2 telah mempunyai kerjaya dan keluarga masing2...semuanya bahagia dengan cara masing2...tapi kami masih kekal bersama...
"Ya Allah, aku bermohon agar Kau kekalkan lah keakraban kami...kuatkan kasih sayang antara kami...jauhkan kami dari perselisihan atau salah faham yang akan menjadi asid dalam hati kami...aminnn..."
Norharyati Elias @ Yat : Terlalu banyak budi kau yang tak terbalas oleh aku...kemurahan hati kau dari segalanya termasuk kewangan telah memberi aku peluang untuk sama2 mengecapi alam remaja seperti yang lain...kau lah yang selalu belanja aku makan...teman kau pergi shopping...belikan aku baju yang memang time tu tak mampu aku nak beli...bagi aku pakai perfume ko yang mahal2 tu...lepak2 kat umah kau....terima kasih yat kerana telah luangkan segalanya untuk aku...
Irni Sazira Ibrahim @ Nong : Kau umpama kakak sulong aku...dari dulu kau selalu sudi mendengar segala masalah aku...dari masalah aku zaman remaja sampai lah dah tua nie...kau juga yang memberi aku nafas waktu sesak zaman belajar dulu...bercerita dengan kau memberi satu kelegaan untuk aku...dan aku tahu kau seorang yang amat mengambil berat....
Nurulhuda Juhuri @ Huda : Kawan ketawa yang tak boleh cerita bab sedih aku kat dia....sebab dia seorang yang terlalu perisau...jadi untuk tidak susahkan hati dia...kebanyakkan cerita2 happy je aku sampai kat dia...sorry ye huda...tapi best berkongsi pendapat dengan dia...dari zaman belajar sampai sekarang..kau lah yang selalu memberi semangat dalam ayat2 kau yang sentisa membuat hati aku terbuka + minda aku berfikir....
Haaaaa...korang berempat...masih ingat gambar kita berempat nie...gambar nie masih kekal tersimpan dalam wallet aku tau..walaupun aku dah bertukar wallet lebih dari 3 kali...korang lak cam ner...masih ada lagi gambar nie...mesti tak de dah kan...jadi terbukti kasih sayang aku lebih kuat dari korang...heheheheh
Akhir sekali aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang teramat sangat buat korang bertiga....hanya Allah SWT yang akan membantu aku membalas segala budi & pertolongan korang terhadap aku...teruskan membimbing & menegur aku dalam setiap langkah aku....apa pun yang berlaku...korang kena ingat bahawa AKU SAYAAANGGG KORAANGGG TAAUUUU....
TERLALU BANYAK BUDI KALIAN YANG MASIH & TAK KAN BOLEH TERBALAS