Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 1, 2011

Antara Insan TERPENTING Dalam Hidup Aku...

Benar kata pepatah...kalau nak hidup berjaya kena pandai memilih kawan...Alhamdullilah sebab aku telah tergolong diantara yang PANDAI memilih kawan (ataupun sebenarnya mereka2 ini yang sudi memilih aku)...hehehhe

Ajal, Maut, Jodoh & Pertemuan kuasa Allah SWT....kerana KETENTUAN DIA aku telah dipertemukan dengan sahabat di zaman persekolahan yang banyak membentuk aku menjadi siapa aku hari ini. Bermula mengenali mereka sewaktu aku memasuki Tingkatan 4 Ehsan (Account Course), kecuali Nong lah coz aku mula2 kenal dia waktu masuk Darjah 6, tu pun sekejap coz aku kena tukar kelas (sebenarnya turun kelas, maklumlah tak pandai..) tapi nong bukannya ingat aku pun...sedih taau..

Dari Tingkatan 1 hingga 3 aku hanya ditempatkan di kelas yang sederhana, jadinya aku dah biasa berkawan dengan mereka2 yang seangkatan dengan aku...Ntah macam mana selepas keputusan PMR, aku terpilih untuk memasuki kelas 4 Ehsan (waktu aku dulu tak boleh pilih kelas, cikgu yang tentukan mengikut keputusan PMR)

Sedih tak terkata waktu itu sebab aku akan berpisah kelas dan berpisah blok dengan kawan2 aku yang lain...kelas Account & Sains nie terpisah dengan blok bilik guru & makmal sains...aku tetap tak putus asa...tau apa aku buat....

Aku berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Sekolah...buat permohonan untuk tukar kelas...nie serba sedikit dialognya :

Cikgu : Ada apa awak datang jumpa saya ?
Aku : Saya nak buat permohonan untuk tukar kelas cikgu...
Cikgu : Sekarang di kelas mana ?
Aku : 4 Ehsan...
Cikgu : haa okey lah tu...kelas Account...cerah masa depan...senang nak masuk universiti nanti..
Aku : Tapi saya tak minat cikgu, saya minat sastera...saya nak masuk kelas 5 Amanah...
Cikgu : Macam nie lah...selepas 3 bulan..sekolah akan buat ujian tahap pelajar...rombakan kelas akan dibuat selepas keputusan keluar. Kita tengok nanti keputusan awak macam mana.
Aku : Errrmmm baik lah cikgu..

Dalam hati aku bersorak riang....YES !!!! senang je nak gagal kan...tak yah belajar...kita enjooyyy....memang satu apa pun aku tak belajar...tapi itulah kan...faktor rakan2 sekeliling banyak memainkan peranan....selepas 3 bln keputusan aku tetap dianggap bagus dan permohonan aku nak tukar kelas tidak diterima...sedihhh kaannnn....

Tergolong dalam kelas yang pandai2 nie (pandai keee)...yang hampir 90% semuanya berbaju biru (Pengawas) ditambah lagi Ketua & Penolong Pengawas pun didalamnya....kami semua sebenarnya setan2 belaka....hahahahahaha.....

Mula2 aku ingatkan student di kelas tu semuanya ulat buku & serius ned jeee tapi tidaaakkk....cuma cara mereka belajar tu berbeza...tumpuan didlm kelas tu yg lain....akhirnya aku menamatkan 2 tahun di kelas Ehsan dengan 25 Agregat (Pangkat 2)..sipi 1 nombor je utk aku sama2 seperti mereka2 di bawah nie...Pangkat SATU (sama pangkat je lah...agregat tak terkejar aku)...waktu aku amik keputusan SPM tu, aku pun frust juga sebenarnya...mujur mereka dibawah nie lah yang banyak memberikan nasihat dan mengembalikan semangat aku....

Tamat holiday kami hampir 3 bulan, keputusan keluar dan permohonan ke Universiti mula dibuat....aku dibantu mereka bertiga dibawah nie pun sama2 buat permohonan (waktu tu mana ada UPU Online kan)......kami isi borang sama2....bincang course & universiti pilihan....siap aturkan universiti yang sama sebab kami kalau boleh tak nak berpisah....tapi itulah seperti yang dikatakan awal2 tadi...segalanya KETENTUAN DIA....sorang2 mendapat tawaran matriks + universiti...cuma aku je yang tak dapat....Nong ke UUM, Huda ke UMT & Yat ke UM (kalau ada yg silap tu sorry ye)...tinggal lah aku dok mendongak langit bilik tido aku....

Ntah macam mana, dengan keadaan keluarga yang tidak berapa nak senang...masalah keluarga yang berlambak2...aku tekad untuk mencari lokasi belajar yang murah dan paling penting cepat habis....nak kerja cepat nak bantu keluarga...selak2 paper akhirnya aku memilih college swasta...Enterpreneurs Development Institute aka EDI College...bertempat di Tmn Melawati...jadinya aku tak perlu tinggal di asrama so boleh lah bantu mak bapak aku berniaga kan....Kat college tu amik course Sains Secretary yang mana major subjeknya sama dengan Sains Secretary kat UITM (pilih course nie ingatkan senang coz dah malas nak belajar kan...rupanya tidak !!!) di EDI semua course yang ditawarkan hanya mengambil masa 2 tahun untuk Diploma...kenapa pendek sebab cuti sem kami cuma seminggu dan kelas penuh selama 5 hari seminggu....dengan yuran kalau tak silap aku antara RM300-RM400 sebulan....

Aku masih ingat lagi waktu keluarga mengalami masalah kewangan, yuran aku tak berbayar yang menyebabkan aku tidak dibenarkan memasuki exam akhir sem....sedih & malu tau bila diarahkan keluar dari Dewan Peperiksaan....mereka2 yang dibawah nie lah yang membantu aku...mengeluarkan wang pinjaman masing2 membantu aku untuk support belajar...memang dah dijelaskan pun hutang RM tu...tapi hutang budi masih tak terbalas...masuk sem 2 aku memerlukan Typewriter...zaman aku tak top lagi komputer2 nie....kat kelas memang ada tapi aku perlukan kat umah untuk latihan kemahiran typing + paperwork...Alhamdullilah, mereka2 dibawah nie jugalah yang membantu aku...Yat menawarkan aku Typewriter milik mak dia yang katanya dah tak digunakan lagi...mulanya aku berat hati nak terima tapi bila fikir untuk beli sendiri...mampu kah aku....jadi akhirnya aku terima offer yat yang pada mulanya dinggap sebagai pinjaman akhirnya jadi milik sendiri...dengan typewriter tu lah cukup kelengkapan aku untuk belajar....Alhamdullilah...

Mak & Abah aku pernah cakap yang mereka dah anggap Yat, Nong & Huda macam anak2 mereka sendiri (memang pun coz mereka selalu bertanyakan perkembangan dan kehidupan mereka2 dibawah nie) Mungkin sebab mereka tengok anak mereka nie "jadi orang" dengan berkawan dengan mereka2 dibawah nie kot...heheheheh...Di tambah pula mak & abah tahu macam2 jenis pertolongan yang mereka2 dibawah nie selalu bagi pada anaknya ini...

Zaman belajar selepas SPM kami berempat memang terpisah....tapi kami masih lagi berhubung tau....tiap kali mereka2 cuti sem...mereka pasti akan datang lepak kat umah aku...dulu bilik aku tu lah port lepak yang paling popular kan....mulanya dulu aku ingat mereka dah tak nak berkawan dengan aku...maklumlah aku bukan belajar kat Universiti pun...bahasa dan topik sembang mereka bertiga berbeza dengan aku...aku mula rendah diri...aku rasa macam kat bawah sangaatt (bukan sebab aku paling rendah ye)...tapi setelah bertahun2...nyata mereka tak pernah berubah...kami sebenarnya saling memerlukan & saling melengkapi...kenyataan yang tak perlu disangkal ye....

Kini aku mampu tersenyum bila terimbas cerita2 dulu...mungkin ada yang mereka sendiri pun dah tak ingat tapi segalanya masih terukir bersih dalam ingatan aku ini. Masalah keluarga masing2 yang tersimpan dalam hati ini, perjalanan kehidupan masing2 yang memberikan semangat untuk aku....dan memori kenangan manis masing2 yang sentiasa boleh buat aku senyum sorang2....

Alhamdulillah, hari ini kami berempat masing2 telah mempunyai kerjaya dan keluarga masing2...semuanya bahagia dengan cara masing2...tapi kami masih kekal bersama...

"Ya Allah, aku bermohon agar Kau kekalkan lah keakraban kami...kuatkan kasih sayang antara kami...jauhkan kami dari perselisihan atau salah faham yang akan menjadi asid dalam hati kami...aminnn..."

Norharyati Elias @ Yat : Terlalu banyak budi kau yang tak terbalas oleh aku...kemurahan hati kau dari segalanya termasuk kewangan telah memberi aku peluang untuk sama2 mengecapi alam remaja seperti yang lain...kau lah yang selalu belanja aku makan...teman kau pergi shopping...belikan aku baju yang memang time tu tak mampu aku nak beli...bagi aku pakai perfume ko yang mahal2 tu...lepak2 kat umah kau....terima kasih yat kerana telah luangkan segalanya untuk aku...

Irni Sazira Ibrahim @ Nong : Kau umpama kakak sulong aku...dari dulu kau selalu sudi mendengar segala masalah aku...dari masalah aku zaman remaja sampai lah dah tua nie...kau juga yang memberi aku nafas waktu sesak zaman belajar dulu...bercerita dengan kau memberi satu kelegaan untuk aku...dan aku tahu kau seorang yang amat mengambil berat....

Nurulhuda Juhuri @ Huda : Kawan ketawa yang tak boleh cerita bab sedih aku kat dia....sebab dia seorang yang terlalu perisau...jadi untuk tidak susahkan hati dia...kebanyakkan cerita2 happy je aku sampai kat dia...sorry ye huda...tapi best berkongsi pendapat dengan dia...dari zaman belajar sampai sekarang..kau lah yang selalu memberi semangat dalam ayat2 kau yang sentisa membuat hati aku terbuka + minda aku berfikir....
Haaaaa...korang berempat...masih ingat gambar kita berempat nie...gambar nie masih kekal tersimpan dalam wallet aku tau..walaupun aku dah bertukar wallet lebih dari 3 kali...korang lak cam ner...masih ada lagi gambar nie...mesti tak de dah kan...jadi terbukti kasih sayang aku lebih kuat dari korang...heheheheh

Akhir sekali aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang teramat sangat buat korang bertiga....hanya Allah SWT yang akan membantu aku membalas segala budi & pertolongan korang terhadap aku...teruskan membimbing & menegur aku dalam setiap langkah aku....apa pun yang berlaku...korang kena ingat bahawa AKU SAYAAANGGG KORAANGGG TAAUUUU....

TERLALU BANYAK BUDI KALIAN YANG MASIH & TAK KAN BOLEH TERBALAS

Monday, January 10, 2011

PERLUKAH SEGALANYA AKU BONGKARKAN ?

Perlu atau tidak…jenuh aku berfikir….samada perlu atau tidak segala yang aku ketahui aku bongkarkan….tapi apa faedahnya…semata2 untuk memperbetulkan keadaan atau untuk membersihkan segala tohmahan….

Aku sedih…sedih bukan atas segala perkataan yang dilemparkan tapi sedih melihat kerakusan & sikap gelojoh tanpa usul periksa sepenuhnya....hanya dengan sebelah pihak dah bersorak riang menjulang piala menjaja seluruh dunia....

Andai segalanya aku bongkarkan…andai segala aduan yang pernah sampai ke telinga ini aku ceritakan….andai segala rungutan yang telah dingomelkan ini aku sampaikan…andai segala kebenaran dari hati masing2 aku paparkan…pasti segalanya tak jadi begini….

Yang luar bertepuk bersorak yang dalam bercerai berai...yang dalam luaran saja kelihatan tenang tapi didalam bergolak lava yang telah lama mendidih...

Usah berlagak menjadi hero kerana sekeliling yang disangka memuja sebenarnya hanya berpura2...tanya dari hati mereka masing2...siapa yang mereka sendiri tidak pernah kata....siapa yang pernah 100% memuaskan hati mereka...aku sendiri tak mampu berkata YA...kerana aku tahu MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA...tapi kenapa meraka yang tidak sempurna itu kini berlagak umpama kesilapan aku tidak pernah dilakukan oleh mereka....

Singkap semula sejarah lama, kenapa ada yang pernah bermasam muka....kenapa ada saja cerita yang terluka....siapa pula raja yang bermuka2....rasanya kalau ada mesin mengesan pembohongan pasti ramai yang lari kerana takut rahsia sebenar terbongkar...takut undi yang dihulur sebenarnya DUSTA....kerana mereka sendiri pernah mengata dan kini mereka pula ingin memuja....

Kalau dari dulu aku tidak bersikap menyimpan segala rahsia...pasti pelbagai jenis pertelingkahan akan berlaku...tapi biarlah hati seorang dibunuh demi nyawa semua yang lain...dari dulu lagi pelbagai jenis cerita & jarum yang menyusuk telinga ini...aku hanya mendengar...mungkin kalau orang lain dah lama bertegang leher....dululagi aku telah dinasihatkan bahawa orang itu begini...orang ini begitu...tapi aku diamkan kerana yang berkata itu hanya diluar...biarlah aku sebagai pemain memainkan peranan didalam game aku sendiri...

Kini aku sedang mencari benarkah BERDIAM ITU LEBIH BAIK....benarkah...BERDIAM TIDAK BERERTI KALAH.....tapi rasanya bukan itu sebab aku berdiam...itu semua tidak penting...

Aku berdiam kerana aku menghormati....aku berdiam kerana aku menyanyangi...aku berdiam kerana aku tahu Allah Itu Adil.....

Moga suatu hari nanti kebenaran akan terbukti....moga suatu hari nanti ada jua insan yag akan berkongsi merasa apa yang telah aku lalui....

Aku kan terus bersabar selagi termampu....INSYAALLAH....

Thursday, January 6, 2011

2011

Alhamdullilah kerana aku masih lagi bernafas dan bernyawa sehingga tahun 2011. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih mempunyai keluarga yang sempurna dan suami yang sentiasa memberi sokongan. Terima Kasih Ya Allah atas segala limpahan rezeki mu keatas kami sekeluarga....

Sepanjang tahun 2010, pelbagai perkara yang telah aku lalui. Bila diimbas kembali agenda aku tahun 2010 nie penuh dengan bercuti makan angin je rasanya...banyak negeri yang aku lawati (dalam Malaysia dululah kan)....eermmm agenda lain yang besar untuk tahun 2010 rasa nya tak der kot...dari January hingga December....sekejap sungguh masa berlalu...12 bulan dah rasa macam 12 hari pulak....

Bercerita tentang dugaan dan kenangan di tahun 2010....

Memang ada kenangan pahit yang menyakitkan hati tapi lebih banyak yang manis sehingga boleh menutup kepahitan tu...lagipun pahit tu kan ubat...kalau tak nak telan...minum racun....terus tak rasa apa2 dah kan.....

Apa2pun...aku mengharapkan agar 2011 memberi banyak sinar & perubahan baru dalam hidup aku...ditambah lagi tahun nie angka umur aku pun akan bertukar gred....cewaahhhh boleh main gred2 lak umur nie ye....

Azam aku tahun ini ialah untuk merubah diri, merubah sikap agar sekeliling aku pun turut berubah....lihat diri, kenali hati, ubati jiwa baru pikir hal orang lain (kalau tak payah pikir pun boleh kan)......

Azam aku bukan untuk meminta sekeliling aku berubah, bukan untuk menyuruh orang lain membetulkan kain mereka...biarlah mereka...biarkan dengan kain yang senget atau mungkin jarang atau koyak...itu bukan urusan aku...azam aku untuk diri aku...kerana aku kenal siapa aku...

Mungkin segala perubahan tak dapat aku lakukan dengan sepantas kilat tapi aku akan tetap mencuba...aku tak ingin lagi menjadi aku yang dulu...terlalu terbuka, mudah mempercayai, terlalu cepat menyayangi dan yang paling aku kesalkan terlalu pemurah pada yang tidak sepatutnya....

Moga 2011 akan aku lalui dengan keadaan yang cukup sempurna. Moga aku dipentas yang sepatutnya. Selamat Tinggal 2010...memori telah kusemat rapi...kenangan telah aku bukukan...tapi parut luka tetap akan kelihatan kerana aku tak mampu nak buat plastik surgery dan berpura2 umpama luka itu tidak pernah hadir.....

TERIMA KASIH 2010 & SELAMAT DATANG 2011

Wednesday, December 22, 2010

Ada Sesuatu Yang Tak Kena...

Errmmm ntah kenapa semenjak dua menjak nie aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena....terasa rimas yang amat sangat...rasa macam lemas...macam tak bernafas....manusia..manusia....

Kalau dibandingkan manusia dengan haiwan memang banyak perbezaan kan...semua tahu manusia nie berakal...dan haiwan cuma berotak...tapi kadangkala bagus lagi berurusan dengan haiwan..sebab haiwan tak reti nak belit2...apa2 hal semua terkam ajee....

Hanya manusia yang memecah belahkan manusia...berakal tapi tak tahu cara guna...dekat disangka wangi...yang jauh semuanya busuk...tak pernah ke terfikir bahawa yang dekat itu berusaha menjadi wangi kerana ingin menutup busuk mereka sendiri...apa sahaja perkara buruk...semua orang lain yang buat...macamlah mereka sendiri tak pernah buat...hei kawan...tak terasa ke macam diri tu meludah ke langit dan jatuh atas dahi sendiri....

Aku rindu suasana dulu...waktu aku tak tahu semua perkara itu adalah berpura-pura...kadangkala tak tahu tu lagi bagus kan...tak memeningkan kepala...tak menyesakkan minda...tapi kalau tahu benda yang tak betul pun tak guna juga...mulalah bersangka yang bukan2...tarik muka tak semena-mena...menuduh segalanya salah...

Pesanan aku..kita semua dah dewasa...tak salah kan kalau setiap perkara itu dibawa berbincang..bertanya terus dari hati...luahkan segala yang terbuku...mustahil kita akan berganyang bertarik rambut kotttt...bertindaklah guna akal...pandang secara positif...leraikan segala kekusutan...kan lebih baik berbincang depan2 dari bersoal jawab dengan syaitan...selesaikan semua perkara...biar yang berniat buruk tu lari tak cukup tanah....

Aku percaya segala yang berlaku ada pengatur agendanya...ada dendam yang ingin dibuktikannya...sehingga cerita A dengan sendirinya tamat menjadi Z...hebat TUKANG PENGATUR CERITA INI....

Aku akui diri aku pun tak sempurna...banyak kekuranganya...sebab tu aku lebih suka berterus-terang...sebagaimana aku telus dalam berurusan begitu juga lah hendaknya org lain terhadap aku...tak perlu bermuka2...dan tak perlu berselindung...

Diri kita tak sempurna..semua org tahu perkara tu tapi org tak tahu yang ketidaksempurnaan itu bukan boleh diketahui dengan menilai diri sendiri...kita perlukan teguran dan tunjuk ajar dari mereka disekeliling...sebab tu aku selalu ulang...kalau ada yang tak puas hati atau terasa dengan mulut aku yang pedih nie...cakaplah terus terang...tunjukkan mana silapnya...ajarkan mana kurangnya....

Buat mereka yang suka menabur tuba..meracun hati..merosakkan minda orang lain...HENTIKAN LAH....jangan jadi si pengecut yang menyerang hendap dari belakang...Kalau betul berani mari sini kita berdepan....

Apa sahaja yang berlaku segalanya kerana TIDAK KUAT KASIH SAYANG...masih ada HASAD DENGKI dalam tawa seharian...masih ada IRI HATI dalam salam tahniah yang dihulurkan..masih ada NIAT MEMBUNUH dalam kata2 semangat yang diberikan....

Tuesday, December 21, 2010

My Nokia N95



Rasanya nie lah malang yang terakhir di penghujung tahun 2010.....HANDPHONE AKU ROSAK LAH PULAAAAAAAKKKKKKKKKKK......LCDNYA BLANK.......AAAHHHHH TIDDAAAAKKKKK....

Sedih laahhhhh.....walaupun ianya hanya Nokia N95 tapi banyak jasanya...phone tu aku beli waktu awal2 keluarannya...ranaplah hampir RM2500....aku sayang betul phone tu coz cameranya best...kualiti & size gambar yg senang utk didownload....

Apakan daya...hayatnya hanya setakat 20 Dec 2010...kali terakhir dier berjasa adalah last Saturday utk Our Collections (nanti aku citer pasal Our Collections lak ye)...

Paling menyedihkan bila aku ke Nokia Center tadi...anggaran repair dlm RM200++ (okey lagi lah tu) TAPI yang paling tak best...segala nombor2 contact aku tak dapat diselamatkan....nasib baik gambar2 aku dah transfer semua dah...

Sekarang nie aku rasa macam budak baru guna HANDPHONE...semua contact number member2...sedara mara...semua dah HILANG....sakit tul hati...

Sampai hati ko N95...sampai hati buat aku macam nie...ko tak kesian ke kat aku nie...terkontang kanting ko tinggalkan aku...pada siapa lagi aku nak bergantung nasib nie....brand apa pulak yang sanggup berjasa sama seperti ko N95...

Kini yang tinggal hanya kenangan....JASA KO TETAP AKU KENANG...TERIMA KASIH N95!!!

Thursday, December 16, 2010

Ulangtahun Ke-6

3hb December 2010… enam tahun yang lalu…pada hari yang sama (Jumaat) aku sekeluarga sibuk dengan macam2 perkara yang perlu diuruskan…sibuk dengan apa yee…..Sibuk dengan hari pernikahan aku (tengah senyum sorang2 nie)….Jumaat, Sabtu & Ahad (3-5hb Dec 2004)…merupakan tarikh keramat untuk aku & suami…hari yang membahagiakan walaupun sebenarnya meletihkan…dan kalau diberi peluang pun kami tak mahu mengulanginya lagi….mana taknya… kenduri kami 3 hari 2 malam…Tuhan je yang tahu penatnya macam mana….Tapi apapun kami memang bahagia…sokongan, bantuan & doa keluarga, sanak saudara & sahabat handai melancarkan segala-galanya…TERIMA KASIH SEMUA !

Sekeping dua gambar kenangan buat tatapan pembaca (kalau ada yang meluat tu sila tinggalkan laman saya nie yee)

Pernikahan 3hb December 2004
Persandingan 4hb December 2004

Persandingan 5hb December 2004
Abah & Mak

Baba & Mama

Dan Kini

6 tahun memang mematangkan usia perkahwinan kami...walaupun ianya kami lalui tanpa kehadiran putera ataupun puteri...kami redha & tabah...rasanya pasangan yang berusia seperti kami & mempunyai ramai anak pun tak mungkin sekuat kasih sayang kami suami isteri...maklumlah sibuk dengan tugasan & tanggungjawab yang ramai hingga lupa bara cinta yang hampir terpadam...wallahhualam....

Alhamdullilah....dugaan membuatkan kasih kami lebih kuat...kami percaya segalanya ada rahmat...apa yang berlaku itu bersebab...mungkin ada tanggungjawab lain yang perlu kami laksanakan terlebih dahulu...aku yakin Allah SWT itu menyayangi umatnya...Insyaallah...

PASTI HADIR PELANGI BUAT KAMI SUATU HARI NANTI !!!


Setiap tahun kami akan meraikan ulangtahun ini dengan bercuti (meluangkan waktu bersama)...walaupun sebenarnya kami berdua nie memang kaki bercuti tak yah ada sebab pun hehehehe...disebabkan dua2 sibuk denga kerja & bisnes masing2...ditambah lagi dengan cuaca yang banjir sana-sini...kami memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian kami...Walaupun sebenarnya pejam mata pun dah nampak dah Penang tu cam ner kan...tapi lokasi percutian kami bukanlah bandar Penang tu ye...

Golden Sands Shangrila Penang menjadi pilihan destinasi Honeymoon kami.....segalanya best kat situ.... biliknya... pantainya... swimming poolnya... makannya... facilitiesnya...layanan pekerjanya...semua best lah...memang puas hati (tapi Tanjung Aru Shangrila Kota Kinabalu lagi best)....

Nie adalah gambar kenangan sekeping dua buat tatapan & mungkin juga rujukan buat mereka2 yang merancang untuk bercuti di sana....




DOAKAN KEBAHGIAAN KAMI KEKAL SELAMANYA & CEPAT2 DIKURNIAKAN ZURIAT

AMIIINNNNN YA RABBALA'LAMIN....


Monday, November 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Mimy & Megat !!!

26hb November 2010 telah menjadi tarikh keramat buat sahabat ku Norazalimy Abd Hamid (Mimy)...tarikh yang akan disimpan olehnya hingga hujung usia...TARIKH PERNIKAHAN....sekaligus tarikh segala permulaan termasuk statusnya sebagai ISTERI..

Keesokkannya 27hb November 2010 merupakan MAJLIS BERSANDING yang diadakan di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis...meriah yang amat meriah....ditambah pula dengan sentuhan Cleo Studio (mak andam aku waktu majlis besar aku dulu)

Makanannya memang best2 semuanya....

Okey aku citer sikit bagaimana aku mengenali Mimy....Kami sememangnya satu sekolah...tak silap aku dari Form 1 lagi...tapi cuma satu sekolah...tak pernah sekelas pun dan tak pernah bertegur pun...kenal gitu2 je lahhh...waktu sekolah aku mengenali Mimy sebagai salah seorang ahli G19...aku pun secara tak langsung adalah rapat dgn sorang dua ahli dari G19....

Hubungan rakan biasa yang akhirnya bertukar kepada sahabat berlaku sewaktu kami sama2 belajar di EDI...kebetulan course yang diambil pun sama...*Mimy aku tau cerita kau call Huda tanya pasal aku kan...takut ye nak tegur aku dulu...hehehehe

Kami sentiasa bersama...selalunya waktu balik kami naik bus sama...Mimy ko ingat lagi tak bus hijau yang nak tunggu boleh siap tido baring kat bus stop tu...ko ingat tak bus intrakota yang ko tendang tayar busnya sebab ko hampir terjatuh waktu berdegil nak naik masa kat bus stop galeria dulu....ko ingat tak waktu ko selalu je jatuh bila lalu kat Food Court Melawati sekaligus menjatuhkan saham2 kami (aku, Linda, Suzie & Liza)...heheheeh semua tu kenangan manis yang terlalu indah...aku simpan sampai mati tau nie....
Mimy tahu semua pasal aku...walaupun 5 tahun di Sek Men yang sama...kami tak pernah bertegur sapa...tapi hubungan yang rapat selama 2 tahun membuatkan kami saling memahami...Mimy juga tahu agenda awal aku waktu mula2 couple dgn budak Mechanical Engineering dulu kan...(skrg dah jadi suami aku dah).....hehehehe

Mimy juga salah seorang kawan aku yang berada di Majlis Perkahwinan aku dari nikah hingga selesai majlis...sampai skrg aku tak terucap rasa terima kasih....Thanks Mimy Coz U Always With Me....Dalam masa yang sama, Mimy juga salah seorang kawan perempuan aku yang ngam dgn husband aku...memang husband aku pun dah anggap Mimy macam adik dia...kalau tak caya cuba ko ingat balik cam ner husband aku take care ko Mimy...dia memang akan tegur ko secara direct...protect ko....dan husband aku pun happy bila ko mendapat suami yang 100% boleh bahagiakan ko....ingat tak dulu waktu aku mula2 kahwin...hampir setiap hari ko dtg makan malam kat umah kami kan...kalau ko tak datang laki aku mesti tanya...Mimy makan kat ner malam nie...aku suka masak & ko ngan laki aku lak suka makan.....heheheheeh

Semenjak rapat...Mimy banyak ceritakan pada aku lelaki2 yang pernah bergelar kekasihnya (itu dulu ye)....memang aku kesiankan Mimy...kesian sebab dier betul2 ikhlas tapi selalu dipermainkan...macam2 pengalaman & kekecewaan yang dilalui nya....sehinggakan Mimy pernah tak mahu pikirkan soal kahwin lagi....

Akhirnya jodohnya tiba jua...betullah kata pepatah ANDAI DAH JODOH...TAK KEMANA JUA....walaupun tak pernah terfikir hubungan yang pada awalnya aku anggap akan sama seperti hubungan2nya yang lain....aku ingat lagi dulu bila aku pernah sound Mimy...sebab dah terlalu letih dengan cerita2 kisah cintanya yang separuh jalan...sampai pernah ayat nie terkeluar dari mulut aku..."Kisah2 cinta aku tak nak dengar...yang aku nak dengar cuma ko inform yang ko nak tunang/kahwin"...bila fikir balik kejam betul aku...tapi tulah cara utk buat Mimy berfikir tentang matlamat kehidupan dan mencari maksud tujuan sesuatu perhubungan sekaligus cepat menilai tiap lelaki yang dikenalinya.....

Akhirnya Mimy kini bergelar Isteri...SELAMAT DATANG!!!....semoga Megat akan membimbing Mimy untuk menjadi isteri yang solehah & ibu yang penyayang....aku yakin Mimy kini 100% bahagia....sebab aku pun 200% happy utk Mimy & Megat.....

Aku harap bila dah menjadi isteri nie...ko akan kuat semangat, dan bersabar dlm tiap ujiannya...ingat bahawa Syaitan memang sentiasa mengoncang tiang masjid...Syaitan akan bertepuk tangan bila masjid itu roboh....jangan gelogoh dlm tiap apa pun yang dilakukan...tak kiralah keputusan, percakapan mahupun tingkah laku...bila jadi isteri dan menantu nie...kita membawa 2 maruah...pertama maruah suami & kedua maruah keluarga kita....

Apapun aku sentiasa mengharapkan Mimy akan bahagia selamanya....happy selalu...ceria disamping memikul tanggungjawab sepenuhnya...aku tau banyak yang ko tak biasa kan..tapi lama2 nanti mesti ko terrer....belajarlah segalanya pelan2....dulu ko malas nak masak kan...skrg masaklah selalu utk suami...air tangan isteri umpama gari kepada suami tau...hehehehe

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MIMY & MEGAT....
SEMOGA MURAH REZEKI, BAHAGIA & TABAH SELALU....
DUGAAN AKAN SENTIASA MUNCUL...HADAPI DENGAN BERMUAFAKAT...
IKHLAS DARI KAMI SUAMI ISTERI....

WITH PENGANTIN...

PENGANTIN BERARAK MASUK KE PELAMIN....

DI PELAMIN YANG INDAH...MEMOHON RESTU DARI ALLAH SWT

ANTARA RAKAN2 EDI YANG SEMPAT JUMPA...

BUAH TANGAN DARI PENGANTIN...TQ !