Perlu atau tidak…jenuh aku berfikir….samada perlu atau tidak segala yang aku ketahui aku bongkarkan….tapi apa faedahnya…semata2 untuk memperbetulkan keadaan atau untuk membersihkan segala tohmahan….
Aku sedih…sedih bukan atas segala perkataan yang dilemparkan tapi sedih melihat kerakusan & sikap gelojoh tanpa usul periksa sepenuhnya....hanya dengan sebelah pihak dah bersorak riang menjulang piala menjaja seluruh dunia....
Andai segalanya aku bongkarkan…andai segala aduan yang pernah sampai ke telinga ini aku ceritakan….andai segala rungutan yang telah dingomelkan ini aku sampaikan…andai segala kebenaran dari hati masing2 aku paparkan…pasti segalanya tak jadi begini….
Yang luar bertepuk bersorak yang dalam bercerai berai...yang dalam luaran saja kelihatan tenang tapi didalam bergolak lava yang telah lama mendidih...
Usah berlagak menjadi hero kerana sekeliling yang disangka memuja sebenarnya hanya berpura2...tanya dari hati mereka masing2...siapa yang mereka sendiri tidak pernah kata....siapa yang pernah 100% memuaskan hati mereka...aku sendiri tak mampu berkata YA...kerana aku tahu MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA...tapi kenapa meraka yang tidak sempurna itu kini berlagak umpama kesilapan aku tidak pernah dilakukan oleh mereka....
Singkap semula sejarah lama, kenapa ada yang pernah bermasam muka....kenapa ada saja cerita yang terluka....siapa pula raja yang bermuka2....rasanya kalau ada mesin mengesan pembohongan pasti ramai yang lari kerana takut rahsia sebenar terbongkar...takut undi yang dihulur sebenarnya DUSTA....kerana mereka sendiri pernah mengata dan kini mereka pula ingin memuja....
Kalau dari dulu aku tidak bersikap menyimpan segala rahsia...pasti pelbagai jenis pertelingkahan akan berlaku...tapi biarlah hati seorang dibunuh demi nyawa semua yang lain...dari dulu lagi pelbagai jenis cerita & jarum yang menyusuk telinga ini...aku hanya mendengar...mungkin kalau orang lain dah lama bertegang leher....dululagi aku telah dinasihatkan bahawa orang itu begini...orang ini begitu...tapi aku diamkan kerana yang berkata itu hanya diluar...biarlah aku sebagai pemain memainkan peranan didalam game aku sendiri...
Kini aku sedang mencari benarkah BERDIAM ITU LEBIH BAIK....benarkah...BERDIAM TIDAK BERERTI KALAH.....tapi rasanya bukan itu sebab aku berdiam...itu semua tidak penting...
Aku berdiam kerana aku menghormati....aku berdiam kerana aku menyanyangi...aku berdiam kerana aku tahu Allah Itu Adil.....
Moga suatu hari nanti kebenaran akan terbukti....moga suatu hari nanti ada jua insan yag akan berkongsi merasa apa yang telah aku lalui....
Aku kan terus bersabar selagi termampu....INSYAALLAH....
No comments:
Post a Comment