Alhamdullilah kerana aku masih lagi bernafas dan bernyawa sehingga tahun 2011. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih mempunyai keluarga yang sempurna dan suami yang sentiasa memberi sokongan. Terima Kasih Ya Allah atas segala limpahan rezeki mu keatas kami sekeluarga....
Sepanjang tahun 2010, pelbagai perkara yang telah aku lalui. Bila diimbas kembali agenda aku tahun 2010 nie penuh dengan bercuti makan angin je rasanya...banyak negeri yang aku lawati (dalam Malaysia dululah kan)....eermmm agenda lain yang besar untuk tahun 2010 rasa nya tak der kot...dari January hingga December....sekejap sungguh masa berlalu...12 bulan dah rasa macam 12 hari pulak....
Bercerita tentang dugaan dan kenangan di tahun 2010....
Memang ada kenangan pahit yang menyakitkan hati tapi lebih banyak yang manis sehingga boleh menutup kepahitan tu...lagipun pahit tu kan ubat...kalau tak nak telan...minum racun....terus tak rasa apa2 dah kan.....
Apa2pun...aku mengharapkan agar 2011 memberi banyak sinar & perubahan baru dalam hidup aku...ditambah lagi tahun nie angka umur aku pun akan bertukar gred....cewaahhhh boleh main gred2 lak umur nie ye....
Azam aku tahun ini ialah untuk merubah diri, merubah sikap agar sekeliling aku pun turut berubah....lihat diri, kenali hati, ubati jiwa baru pikir hal orang lain (kalau tak payah pikir pun boleh kan)......
Azam aku bukan untuk meminta sekeliling aku berubah, bukan untuk menyuruh orang lain membetulkan kain mereka...biarlah mereka...biarkan dengan kain yang senget atau mungkin jarang atau koyak...itu bukan urusan aku...azam aku untuk diri aku...kerana aku kenal siapa aku...
Mungkin segala perubahan tak dapat aku lakukan dengan sepantas kilat tapi aku akan tetap mencuba...aku tak ingin lagi menjadi aku yang dulu...terlalu terbuka, mudah mempercayai, terlalu cepat menyayangi dan yang paling aku kesalkan terlalu pemurah pada yang tidak sepatutnya....
Moga 2011 akan aku lalui dengan keadaan yang cukup sempurna. Moga aku dipentas yang sepatutnya. Selamat Tinggal 2010...memori telah kusemat rapi...kenangan telah aku bukukan...tapi parut luka tetap akan kelihatan kerana aku tak mampu nak buat plastik surgery dan berpura2 umpama luka itu tidak pernah hadir.....
TERIMA KASIH 2010 & SELAMAT DATANG 2011
No comments:
Post a Comment