Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 18, 2012

Lagu Teman Pengganti


Pertama kali dengar lagu  nie, hati aku tersentuh bila dengar corus yg Black lantunkan...kena dengan luahan hati + liriknya....aku terus cari lirik penuh lagu nie....memang betul2 menyentuh !!!!

Mungkin tak macam orang lain, aku jenis yang suka meneliti alunan muzik & bait lirik lagu...semua jenis muzik aku suka....tapi bukan semata2 kerana muzik....aku mudah jatuh hati pada lirik lagu yang menarik macam contoh lagu nie lah....Kagum aku pada Malique yang cukup bijak menyusun kata menjadikan lagu ini benar2 bermakna pd yg tahu menghargai....tak semestinya lagu cinta sahaja yang boleh dijual okey.....

Pertama kali dengar lagu nie, aku rasa macam dah lama kenal dengan lagu nie....jenuh ulang banyak kali sebab muzik intronya buat aku teringatkan satu lagu lama...abih satu opis nie aku paksa carikan aku lagu lama tu lagu apa hanya berbekalkan irama...akhirnya dapat juga aku lagu tu...Thanks abg Nizam yg dengan sekelip mata je terus bagi aku tajuk lagu plus dgn nama penyanyi lagi.....

Lirik lagu Teman Pengganti yg memang terbaaiikkkk.....yg aku bold tu memang menyentaappp laahhh

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah

Aku sembunyikan gulana-gundah

Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini

Telah lama aku pendamkan

Tiba masanya

Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi

Cincin, kunci, dompet dalam laci

Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti






Kat bawah nie pulak lagu lama yg aku rasa mungkin sebagai sumber inspirasi utk cipta irama lagu baru nie....Muzik awal lagu Teman Pengganti nie adalah irama lagu lama nie....


1 comment:

nelly said...

Terima kasih ye utk info lagu ni, first time dgr lagu ni pun dh dpt detect, rase mcm pernah dgr je bait2 dlm lagu ni di ambil dri lagu lama ^__^