Ntah kenapa tahun nie rasa sayu untuk membiarkan Ramadhan & Syawal berlalu meninggalkan diri ini. Terasa sayu…sayu sungguh…terasa seperti aku akan merinduinya….
Walaupun Syawal ku tidak pernah berubah seperti tahun2 terdahulu…meraikan dengan jumlah insan2 yang sama seperti sebelum2 nie…tapi jiwa aku tetap terasa sayu…
Seperti tahun2 yang biasa, aku meraikan Syawal bersama keluarga ku di pagi Syawal dan tengaharinya bertolak balik ke Kuala Kangsar (kampong mak mertua)…hingga raya ke 3 kami kembali balik ke KL semula….kemudian setiap hujung minggu memenuhi jemputan Open House kawan2 terdekat….hingga lah Open House yang terakhir malam semalam iaitu rumah Director company aku bekerja…
Seronok meraikan Open House nie sebab dapat berjumpa kawan2 lama, xx bos lama, musuh2 lama hehehehe cuma yang tak pernah jumpa kekasih2 lama huhuhuhuu
Syawal kini berlalu pergi
Okey, aktiviti selepas nie ialah menurunkan berat badan setelah berkoyan2 asyik makan dan juga menumpukan perhatian semula pada kerja & bisnes sambilan.....
Tengah berfikir item2 baru untuk dijadikan jualan bisnes nie...eermmm belum dapat idea yang tetap lagi nie....
So pada semua, terima kasih kerana sudi meraikan Syawal bersama2 ku...sudi menceriakan hari2 ku dengan gurau, usikan, sumpahan, & kejian mu.....
Siapapun kamu, ketahuilah aku tetap menyanyangi kamu kerna aku tahu Allah tahu apa yang telah direncanakan untuk diriku...
Sampai ketemu semula kita di cerita Syawal 1433 Hijrah, Insyaallah jika Allah izinkan aku kembali meraikannya lagi.....Wallalhua’lam...
No comments:
Post a Comment