Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 2, 2011

1 Syawal 1432 Hijrah

Syawal ku tahun nie samer saja seperti tahun2 terdahulu...tiada sebarang perubahan atau kelainan...cuti memang panjang 1 minggu tu pun sebab opis tutup...kalau tak tutup memang sanggup aku berada di opis...hehehehe

Seperti biasa, aktiviti di 1 Syawal...selesai Solat Sunat Aidilfitri pastinya acara bersalaman memohon ampun dan maaf. Selepas tu apa lagi, acara mengambil gambar lah kan...

My Small Family

Masih Berdua (7thn)

Keluarga riuh kami



Kemudiannya aktiviti wajib aku dipagi raya iaitu menziarahi kubur arwah adik aku yang telah meninggalkan kami hampir 16 tahun....yang nie memang aktiviti wajib untuk aku bacakan Yasin dan memastikan kubur arwah bersih...tu je hadiah raya utk arwah.....

Moga bahagia selamanya



cantik lak gambar yang adik aku amik nie



kenangan yang tinggal untuk kami

Selesai ke kubur, kami balik ke rumah untuk packing baju2 utk balik kampung belah hubby. Sebelum tu kami ke rumah baru sahabat baik aku...Suhaini yg terletak di Antara Gapi. Familynya berpindah ke sana....selesai beraya dengan Nani & family aku dan hubby terus bertolak balik kampung iaitu di Kuala Kangsar, Perak.

Beginilah rutin harian aku setiap tahun, sebab tu aku dan hubby tak memerlukan sistem giliran atau undi tiap kali sampai Aidilfitri. Adil rasanya kan bila pagi raya bersama family aku kemudian 2 mlm beraya di Kuala Kangsar.

Bilalah agaknya Aidilfitri aku akan seceria keluarga yang lain...tak lagi mengulangi rutin yang sama...tak sabar nak buat tour umah sedara mara utk buat collection Duit Raya utk si kecil...7 tahun dah tiap kali berjalan raya umah sedara mara je buat sakit telinga sakit hati je....huhuhuhu

Semoga Aidilfitri tahun hadapan akan memberi seribu perubahan pada kami sekeluarga...kalau tak berubah juga memang aku lari gi oversea lah kot time2 cuti raya tu hahahahahahaha

Hari raya kedua kami di Kuala Kangsar dimulakan dengan menziarah kubur opah iaitu Mak kepada Mak Mertua ku...hubby aku panggil arwah "Mak" coz dari kecil sampai arwah meninggal die tinggal dengan opahnya (mak)....






Selesai ke kubur, kami terus menziarah keluarga2 terdekat....sampai malam jugak lah baru balik ke rumah....

Hari raya ketiga kami berjalan raya ke Pulau Pinang...hanya berdua dan itu lebih indah & mudah kot.....shopping2 & belanja lah En Hubby makan ice cream....die pilih makan ice cream kat Haagen Dazs...pilih Seven Heaven....layaaannnnn




Kami bertolak balik ke KL pada malam raya ketiga iaitu Khamis malam....maklumlah my Hubby kerja hari Jumaat...bukan tak boleh cuti tapi nak jimat cuti utk program bulan Dec. Dan aku tak sabar balik KL untuk program jalan raya kami hari sabtu & ahad nie...tungguuuu.....

No comments: