Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Thursday, September 29, 2011

Renungan Buat Semua...


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti..


Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Wednesday, September 28, 2011

Selamat Tinggal Syawal 1432 Hijrah

Ntah kenapa tahun nie rasa sayu untuk membiarkan Ramadhan & Syawal berlalu meninggalkan diri ini. Terasa sayu…sayu sungguh…terasa seperti aku akan merinduinya….

Walaupun Syawal ku tidak pernah berubah seperti tahun2 terdahulu…meraikan dengan jumlah insan2 yang sama seperti sebelum2 nie…tapi jiwa aku tetap terasa sayu…

Seperti tahun2 yang biasa, aku meraikan Syawal bersama keluarga ku di pagi Syawal dan tengaharinya bertolak balik ke Kuala Kangsar (kampong mak mertua)…hingga raya ke 3 kami kembali balik ke KL semula….kemudian setiap hujung minggu memenuhi jemputan Open House kawan2 terdekat….hingga lah Open House yang terakhir malam semalam iaitu rumah Director company aku bekerja…

Seronok meraikan Open House nie sebab dapat berjumpa kawan2 lama, xx bos lama, musuh2 lama hehehehe cuma yang tak pernah jumpa kekasih2 lama huhuhuhuu

Syawal kini berlalu pergi
Meninggalkan jiwa sepi sendiri
Mungkinkan nanti akan kutemu
Syawal yang baru 1433 Hijrah

Okey, aktiviti selepas nie ialah menurunkan berat badan setelah berkoyan2 asyik makan dan juga menumpukan perhatian semula pada kerja & bisnes sambilan.....

Tengah berfikir item2 baru untuk dijadikan jualan bisnes nie...eermmm belum dapat idea yang tetap lagi nie....

So pada semua, terima kasih kerana sudi meraikan Syawal bersama2 ku...sudi menceriakan hari2 ku dengan gurau, usikan, sumpahan, & kejian mu.....

Siapapun kamu, ketahuilah aku tetap menyanyangi kamu kerna aku tahu Allah tahu apa yang telah direncanakan untuk diriku...

Sampai ketemu semula kita di cerita Syawal 1433 Hijrah, Insyaallah jika Allah izinkan aku kembali meraikannya lagi.....Wallalhua’lam...


Monday, September 19, 2011

Mari Main Masak-Masak

Jom main masak-masak...wahhh macam masa kanak-kanak dulu lak rasanya...aku memang suka memasak....amat suka masak dan suka mencuba macam2 jenis resepi....tapi kalau tak de orang makan pun tak best juga kan....

Memasak nie bagus untuk hilangkan stress dan salah satu cara untuk menghappykan diri...ini cara aku tapi kalau ada yang nak cuba tu dipersilakan....rasa puas hati bila segala masakan yang dirancang siap dengan jayanya....

Okey, menu aku kali nie ialah Nasi Biryani + Ayam Masak Merah Madu + Acar Timun Tumis + Dalca Sayur.....Nasi Biryani nie dah banyak kali aku masak dah cuma sebelum2 nie dengan lauk yang berbeza macam Masak Kurma Ayam lah, Ayam Masak Merah Lah, Kari Kambing lah....So kali nie aku mencuba resepi2 baru lak....

Layan gambar je lah ye....

mula-mula sekali aku masak Ayam Masak Merah Madu

dah siap & rasanya superb jadi....

1st time masak Acar Timun Tumis, asyik makan kat kedai mamak je....

dah siap & menjadi nya...ramai yang suka coz ranggup

Bahan2 tumisan & rempah ditumis dalam kuali pastu masuk dalam Rice Cooker

Nasi Biryani dah siap....guna beras Basmathi ye...

Dalca Sayur : Kentang + Carrot + Terung + Cili Hijau + Kacang Dal

Alhamdullilah, mereka2 yang menikmatinya suka dengan menu cubaan pertama aku nie...boleh masak lagi lepas nie...kalau datang mood rajin lah ye...

Wednesday, September 7, 2011

Snowy Dah Balik Rumah...horeeyyy

Ye ye...my snowy dah balik umah....

Disebabkan tak de cahaya mata nak ditumpukan persiapan raya, makanya raya tahun nie aku dengan rela hati membelanjakan cost2 yang sepatutnya utk membarukan my snowy...

Kebetulan dengan kemalangan/lecederaan snowy last week puasa hari tu...maka aku & hubby decide utk tukar segalanya yg problem...cat satu body baru...tukar bumper depan belakang...tukar radio baru...speaker baru.....repair power window passenger...eermm tu je lah kot....

Setelah hampir 2 minggu tinggal nie salon (cewah salon keta ye) maka nie lah hasilnya....layan lah gambar2 proses pembikinan dan latest of my snowy.....walaupun die kecil tapi banyak jasanya....sentiasa teman aku dalam segala urusan terutamanya urusan2 cari duit tambahan lah ye....

waktu mula2 snowy kena gosok

tulang hadapan yang bengkok

kesian tengok snowy nie


gosok lagi

gosok & siram...hingga betul2 licin

setelah 4-5 hari baru dicat...

80% hampir siap

frame lampu yang telah di repair

waahh dah cantik daahhh




snowy dah balik umah...

dengan big brother kat sebelah

plate number baru utk snowy

SYUKUR ALHAMDULLILAH, AFTER THIS JANGAN NOTTY2 YE SNOWY....

Monday, September 5, 2011

Jalan Raya 2011 ~ Cameron Highland

Alhamdulilah akhirnya yang dirancang menjadi nyata....percutian ringkas + singkat kami ke Cameron Highland....walaupun mungkin ada yang kata lokasinya amatlah low kelas tapi apa kami kesah kan...yang penting kami betul2 enjoy dan happy....

Bertolak pada pagi 3hb Sept (sabtu)...bermula dengan kutip sekor2, sarapan pagi dulu kemudian perjalanan kami bermula ke CAMERON HIGHLAND....


Kami memilih utk naik ke Cameron melalui Tapah...tak tau lah pulak Cik Huda kita nie mabuk jalan pusing2...apa lagi Minyak Cap Kapak menjadi peneman setia lah...kami berhenti makan durian pun die tak nak turun lah....




Alhamdullilah kami selamat sampai di Tanah Rata lebih kurang dalam kul 1ptg cam tu kot....aku awal2 dah buat reservation penginapan kat Rosa Pasadena, lokasi betul2 kat bandar Brinchang...memandangkan uda yang dah mabuk, kami memilih utk check in dahulu...baring2 & kemas2 barang jap kemudian keluar utk lunch....




After lunch, aku decide utk terus ke Boh Plantation di Sungai Palas....jalannya memang adventure....selesai merayap kat sana laki aku sibuk nak bawa huda & yat ke kaki Gunung Brinchang....sejuk gile kat sana...berkabus jeeee









Disebabkan hujan renyai2...aku mulalah rimas nak mandi....so kami terus balik bilik untuk mandi. Yang best tu Cik Uda & Cik Yat sempat tido lagi tu, sampai kena dikejutkan lah...after maghrib kami keluar jalan ke pasar malam...jalan jalan cari makan....


Esoknya breakfast di hotel dan terus check out... jalan2 + shopping2....orang yang kononnya kata tak nak beli apa2 akhirnya sampai tak cukup duit belanja....hehehehehe








Kami turun dari Cameron Highland dalam kul 3++ptg...sengaja turun awal coz dah agak jalan akan jammed...kami balik ikut jalan lama..seronok gak sambil layan pemandangan kampung kan...




Sampai KL dalam jam 11++ mlm...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....tak de yang kempunan atau tak sempat lah kan...semoga dapat jalan2 macam nie lagi next time...Insyaallah