Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

Pedih + Perit = SAKIT

Sakit yang amat sangat...sakit apa ye....bukan sakit yang boleh disembuhkan oleh doktor2 pakar atau sakit yang bomoh sahaja boleh pulihkan....ianya sakit dalaman...sakit mainan perasaan...


Detik2 kesakitan itu makin hampir...bakal menghancurkan hati dan perasaan aku...mampukah aku hadapi....boleh bertahankah aku....?


Ya Allah, kuatkan lah semangat aku agar aku mampu menghadapi semua ini. Aku sanggup mempertaruhkan diri ini demi seukir senyuman dibibir insan2 sekeliling ku....Berikan aku ketabahan agar kesakitan ku tak terserlah dilihat jelas oleh mereka2...bantu aku Ya Allah....

Sunday, June 26, 2011

Mandikan Bulat

Setelah banyak kali ditangguh akhirnya tiba juga hari ini....

HARI MEMANDIKAN BULAT...

Saper Bulat ? Mesti ramai yang tanya kan tapi aku rasa ramai juga yang dah tau pun sape tu Bulat...Bulat ialah My Darling....My Special Gift from Allah.....hehehehee Kucing laaaaahhhhh....

Umurnya dah hampir 4 tahun dah rasanya, berat pulak dah hampir2 7kg....berat kan...makan tido je kejenya kannn...

Bulat nie lah peneman tido bila Hubby out station...maklumlah dalam seminggu 3 hari mesti kena tido sorang2 kan....Kalau nak tengok koleksi gambar2 posingnya boleh tengok kat FB ye....Bulat nie pantang pegang camera je...mesti pose nya...walaupun pegang phone menghadap die pun pasti die akan pose...yg best tu lepas je bunyi snap die akan tukar posing...pendek kata kalau dulu2 guna kodak 36 tu semua boleh habis kat dier lah.....

LANGKAH-LANGKAH MEMANDIKAN BULAT

Basahkan air dengan menggunakan tangan dahulu...

Kemudian dah boleh siram sehingga basah keseluruhan, pastikan hingga ke kulit

Gunakan shampoo khas kucing dan gosok ke seluruh badan

Tonyoh macam mana kita shampoo rambut kita tu

Bilas dengan air sehingga hilang kesan shampoo, pastikan betul2 bersih

bungkuskan dengan tuala sebab dah mula menggigil dah

Keringkan dengan tuala sehingga kering bulunya

Dah siap...Bulat berdoa untuk kesejahteraan tuannya pulak

YA ALLAH, KAYAKAN LAH TUAN AKU SUPAYA AKU BOLEH TIDO DI TILAM YANG EMPUK DAN MAKAN YANG SEDAP2 SETIAP HARI.....

p/s : Doa nie nenek aku yg citer kat aku, katanya kucing memang doakan utk tuannya...Wallahualam

Friday, June 24, 2011

SEPAH MAHARAJA LAWAK


Semua mesti follow rancangan nie kan....MAHARAJA LAWAK !!!

Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk Akademi Fantasia sekaligus juga merupakan tahun pertama untuk Maharaja Lawak…terus terang lah nak bagitau yang aku langsung tak tengok pun Akademi Fantasia tu TETAPI setiap Jumaat aku mesti pastikan tiada episode yang aku terlepas….

Kenapa rancangan nie aku minat gila…bak kata adik aku….Akademi Fantasia hanya fantasi semata-mata & Maharaja Lawak pastinya akan buat anda ketawa !!!! Satu-satunya rancangan yang 100% akan buat aku ketawa walaupun seminggu sekali je kan….

Sebenarnya setelah diumumkan peserta YANG AKAN MASUK KE FINAL….senarai nama2 tu dah dapat diduga pun…rasanya semua yang follow rancangan nie pun dah boleh baca kan….semenangnya mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik….

Dan yang lebih menggembirakan aku…SEPAH telah menjadi JUARA untuk MAHARAJA LAWAK musim pertama ini…..ALHAMDULLILAH !!!! Mesti ada yang sokong JOZAN, NABIL dan mungkin juga JAMBU…Pada aku semuanya layak menjadi juara…bukan mudah nak buat orang ketawa tau…nak buat orang menangis ramai dah yang terrer….ada yang terasa ke…..hehehehehe

Nie blog peribadi aku kan…so suka hati aku lah nak bagi pendapat/comment macam mana kan….kenapa aku nak SEPAH JUARA….nie lah antara sebab2nya :

NABIL : Rasanya cukup2 dah rezeki yang dia dah dapat setakat nie…lagipun aku bimbang kalau dia dapat banyak lagi akan lebih menghancurkan dia nanti. Mungkin dia berdoa untuk hidup mewah tapi apa guna kemewahan kalau bakal menghancurkan hidup dia nanti…..Apa2pun YOU BEST BRO !!!!

JOZAN : Pada aku kedua2 nama besar nie dah banyak job kot kat luar…dah ada rancangan sendiri…dah bergelar lebih dari satu P (Pelawak/Pelakon/Pengacara/Penyanyi)…..Memang mereka berdua nie hebat tapi bukan rezeki kot…

JAMBU : Aku percaya mereka nie tak berharap langsung untuk menang…dapat masuk ke Final pun dah satu Anugerah yang paling hebat dalam kerjaya mereka…sekurang2nya lepas nie senang sikit nak dapat job kan…..semoga bertambah murah lagi rezeki….

SEPAH : Memang setiap episode aku berdoa mereka2 inilah juara….nak tau sebab apa…sebab lawak2 mereka nie mengingatkan aku pada lawak2 zaman dulu2…Lawak zaman Badul & Ar Tompel…lawak2 sebenar masyarakat melayu…senang cakap lawak TULEN Malaysia lah….

TAHNIAH SEPAH…walaupun aku tau mustahil untuk SEPAH baca blog aku nie kan tapi tetap juga aku nak tujukan page nie khas utk mereka…peduli apa aku…nie blog aku kan…aku punya suka lah…..

Kerana SEPAH aku rasa berbaloi bayar kat ASTRO….Semoga bertambah2 jayanya dan jangan mudah mabuk dengan kemewahan & kesenangan & keglamoran & puji2an…jadilah diri anda yang sebenar selamanya…..

Akhir kata sentiasa lah pastikaaannnnnnn……

MANISNYA KURMA INI……HHAAAAHHHH

Thursday, June 23, 2011

Biarkanlah....

Kelakar bila gurauan kita dipandang serius oleh sesetengah pihak....sengaja mencari bahan untuk menghentam orang lain...jari telunjuk tu gatal sangat nak menuding ke arah orang lain hingga terlupa empat lagi jari menghala ke arah diri sendiri...

Benarlah kata2 yang pernah aku dengar dulu...Manusia mudah lupa....memang betul pun...nyanyuk sebelum usia....waktu mereka menghentam, mengutuk dan menghina orang lain tu....apa pulak kategorinya...tak kiralah dilakukan pada atasan atau bawahan...tapi yang nyata perkara yang sama dilakukan juga kan....

Bawalah siasat dulu bila mendapat apa2 info...jangan main dengar je dari tukang penyampai....banyak sangat benda dah aku tengok...pandai2 sangat buat tafsiran sendiri...mudah sangat menuduh hingga menimbulkan fitnah....kalau nak tahu cerita sebenar, bertanyalah....kesian tengok manusia-manusia jahil yang berlagak pandai nie....

BIAR TERSALAH AMPUN DARI TERSALAH HUKUM


Dunia nie bulat...satu hari nanti aku pasti ianya akan berulang dan waktu tu kepedihan yang sama akan ko rasa.....

Ya Allah, jauhi aku dari sifat dendam. Hanya pada Kau aku berserah...permudahkan segala urusankan Dunia & Akhirat....

Friday, June 17, 2011

Happy Birthday Hubby !!!


Alhamdullilah 30 tahun sudah usia hubby aku...syukur kerana dipanjangkan umur, sihat dan dimurahkan rezeki...

Seperti biasa, aku akan cuba mengaturkan lokasi percutian untuk Birthday hubby aku kali nie....maklumlah my hubby nie suka berjalan kan....disebabkan cuti yang terhad aku memilih lokasi yang berdekatan & simple....buat booking tanpa pengetahuan hubby aku...just inform die untuk amik cuti 17hb June tu ye....

Aku memilih Port Dickson...lama juga tak pergi sana...hampir 5 tahun rasanya....sampai je kat Port Dickson hubby tanya hotel mana....aku cakap hotel biasa2 je....sampai je simpang 3 Port Dickson, aku suh hubby masuk kiri & jalan teruuuussss jeeee.....

Akhirnya kami sampai ke hotel yang nak disuprisekan untuk hubby aku... Avillion Admiral Cove. Kenapa aku pilih hotel nie coz my hubby suka sangat dengan kapal2 besar....tempatnya pun best...relax & tenang je.....nyata memang my hubby suka....boleh dikatakan camera sentiasa kat die je lah.....





Sampai rumah sebenarnya dah ready dah suprise present untuk hubby...Beg Laptop yang dah lama die nak...Dueter yang harganya boleh lah tahan...suka giler dier dapat hadiah tu.....


So layanlah sekeping dua gambar yang dapat dimuatkan. Selebihnya kat FB ye...

To my hubby : Happy Birthday....ayang doakan moga abang sentiasa diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki, dan happy selalu...tiada apa yang mampu ayang beri hanya kegembiraan yang termampu.....love u forever.....

Tuesday, June 14, 2011

Lost Everything !!!!



Selepas menghadiri Majlis Perkahwinan kawan college kami, apalagi tak sabar2 nie nak tengok KL Gangster.....ticket pun dah booking kat TGV Wangsa Walk...

Disebabkan masih awal lagi, kami jalan2 kat area phone sambil pujuk hubby untuk tukar phone baru untuk dia...kita nak belanja pun susah...ada je alasan die...akhirnya dia bersetuju...aku pun gi lah keluarkan duit di ATM berhampiran....

Kami terus ke kedai yang memberikan harga yang terbaik...BB Bold utk my hubby...tiba2 terfikir tentang contact number kat phone lama...cina tu pulak cakap dari nokia tak boleh transfer ke BB...apalagi....laki aku bab hilang contact number nie memang confirm akan sawan lah....terus hubby aku kuar skrip nie " tak pe lah, saya mau tengok wayang dulu....nanti saya datang balik"

Aku pun masam lah muka sekejap...orang nak belikan phone baru pun tak nak....ada je alasan....huh....kami pergilah tengok wayang...

Selepas tengok wayang, kami terus ke Sweet Bowl...nak makan laksa...sembang2 + makan2...lepas makan aku nak bayar lah coz hubby tak de cash lak....tiba2 tersedar yang 2nd wallet aku hilang...dah lah duit yg kuarkan 1k tadi ada dalam tu...selalunya dalam tu cuma duit note kecik2 je...tapi kononnya tadi nak beli phone baru kan....

Menggelabah aku, punggah habis semua barang & memang confirm dah tak de dalam handbang...kali terakhir aku pegang...waktu nak beli popcorn sebelum masuk panggung...lepas tu aku masukkan dalam handbang balik....sedihnyaaaa....antara yang ada dalam tu :

IC + DRIVING LICENSE + ATM BANK CARD (4 BANK) + 1 CREDIT CARD + DUIT CASH 1K++

terus ke Balai Polis & buat report...esoknya terus uruskan semua dokumen2 yang hilang tu...denda hilang IC RM110, yang lain2 tu caj dalam account bank....ranap duit aku lagi.....

Yang paling aku sedih duit yang aku kumpul sikit2 untuk hadiahkan hubby aku phone baru hilang begitu sahaja....sedih sampai aku kena migraine lah nie....dok teringat2...

Mungkin bukan rezeki aku, tapi rasa terkilan tu susah nak dipadamkan.....frust huhuhuhuhuu

Selamat Pengantin Baru Kak Lin & Amy

Last Sunday aku menghadiri satu majlis perkahwinan yang telah lama dinanti...akhirnya dapatjuga tengok Kak Lin & Amy bersanding dipelamin yang indah....mereka nie pasangan bercinta dari zaman college lagi...samer lah dengan aku kan...cuma jodoh aku awal 7 tahun dari mereka....

Apa pun tahniah diucapkan...percintaan kalian yang hampir 10 tahun itu diharapkan berkekalan selamanya hingga akhir usia...semoga manis yang dikecapi di sisip bersama tabah & sabar untuk terpaksa menelan kepahitan sekali sekala ye....

Layan gambar sekitar majlis....

Pengantin sama cantik sama padan...

Cantik sungguh kak lin

Bersanding di pelamin yang indah

Moga berkekalan ke akhir usia & cepat2 dapat baby ye...

Us with Pengantin

Gift from pengantin...TQ

Friday, June 10, 2011

Jerat Percintaan & Tak Mungkin Kerna Sayang


Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan


Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya



Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tuesday, June 7, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]



Lirik : POKOK

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai? luruh

[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [*]

Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…

Kau masih ada ulang 2x
Kau masih adaaa… ooooooooo!

Ulang [**]

Tanya sama pokok…

Remarks : Best lagu nie, 1st time dengar terus jatuh cinta. Thanks Ikbal (jiran meja kat opis) kenalkan lagu nie...!!!!

Dia Bukan Dari Rahim Ku

Last week aku balik kampung belah mertua...mana lagi kalau bukan balik Kati, Kuala Kangsar. Balik sebab ada jemputan kenduri kahwin kat Parit Buntar....sambil tu melawatlah sedara mara....

Kat sana, aku terjumpa baby yang comel sangat...mulanya tak nak dukung die pun...buat2 tak tau je sebab aku perasan bila tiap kali aku dukung baby, mulalah macam2 statement kuar dan air muka sedih & kesiankan aku pun terpancarlah sorang2....

Aku perasan bila jumpa dengan baby, mata mereka seolah2 memahami batin dalaman aku...maklumlah mereka nampak segala2nya kan...dari jauh baby tu asyik dok tengok je kat aku....kesian kat die...aku pun amiklah dukung...pastu dengan saper pun tak nak gi dah....semua cakap muka dier seiras dengan aku, mata yang sama, rambut yang sama, pipi yang sama...malah kami samer2 tembam...heheheehe....Mak mertua aku sampai kuar statement "Nie kalau ko cakap anak ko, memang orang percaya"

Tapi apakan daya, kami hanya seiras & die lahir dari rahim orang lain...kalaulah die dari rahim ku...