Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

Hadir

Alhamdullilah aku masih lagi mampu melahirkan ilham untuk menggarang puisi...sebenarnya aku aktif mengarang puisi, cerpen dan sajak sejak dari Tingkatan 1. Namun hobi yang merupakan medan meluahkan rasa ini terpaksa aku tinggalkan apabila masuk ke Tingkatan 4. Tumpuan lebih untuk spm kan....

Mulanya idea terbit hanya untuk 4 baris pertama...tanpa disedari ilham telah mengubah huruf melengkapkan rangkap menjadi puisi luahan rasa hati..


Tajuk : Hadir

Dari dulu hingga kini
Kau masih setia ku nanti
Sampai bila aku tak pasti
Air mata membasahi pipi

Dari harapan tinggal kenangan
Dalam ingatan kau bersemadi
Dengan impian dan kecekalan
Kau ku harapkan hadir di sisi

Beri aku peluang
Beri aku kesempatan
Agar dapat aku merasa
Senyum tawa tangis bersama

Hadirlah sayang
Hadirlah jiwa
Hanya engkau pengubat luka

Wednesday, March 23, 2011

Happy 30th Birthday Azura !!!

Mesti ramai yang hairan kan....apa kena nie...silap tarikh ke....okeylah...sememangnya IC number aku 810321-10-5220 so membuktikan bahawa tarikh kelahiran aku adalah pada 21st Mac 1981.... Entry nie terlewat atas faktor2 kesihatan & kesibukkan....hadiah paling besar untuk Birthday tahun nie ialah 2 Days Medical Certificate dari Klinik Sri Indah....Demam teruk daaaa....Membuktikan bahwa BADAN AKU TAK DAPAT MENERIMA ANGKA BARU AKU...

Alhamdullilah & syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi dapat bernafas dan mengecapi dunia ciptaanNya ini...sehingga ke umur ini, telah banyak perubahan kehidupan yang aku lalui walaupun banyak juga dugaan yang seolah2 ingin menjemput aku berpatah balik ke belakang... 30 tahun umur aku kini...tiada perbezaan kerana aku masih lagi bergelar anak kepada kedua ibubapa & isteri kepada suami...cuma yang menyedihkan aku masih lagi bergelar pekerja kepada majikan & belum lagi bergelar ibu....hhuuuwaaaaa....sedih tul....cita2 masih tak tercapai.... Kesempatan ini juga, aku mengucapkan Berbanyak2 Terima Kasih kepada semua yang wish & mendoakan kesejahteraan diri ini....hadiah istimewa rasanya tak der maklumlah angka pun dah tak best kan....lainlah kalau yang ke -3.....hahahahaha

Hadiah yang terlalu aku hargai...sebagai tanda menghargai...aku paparkan di blog kesayangan aku nie...kalau ada yang terasa macam aku nie nak menayang...sila tinggalkan blog yang cute nie ye...

Thanks To All yang memberi sebagai tanda Hadiah Hari Kelahiran Ku....

From MIL & Best Friend (Huda Husin)

Semenjak anak2 dah pandai menulis...tiap2 tahun pasti dapat kad

Tulisan Kakak & Adik

Ibu Sayang Sangat Kakak & Adik

Birthday Card From My BFF : Aznurulhuda Husin

Terima Kasih atas ucapan & doa ikhlas mu Huda...

Seperti selalu....duit poket from my Boss..

Antara yang dibeli dengan Duit Birthday...

Satu untuk saya & satu lagi utk Birthday Boy bulan April nie...

Yang nie wajib setiap tahun ye...

Oh ye...ada satu lagi hadiah yang belum ada kesempatan untuk dituntut...Special Present From Cleo Studio...Gunting + Colour + Treatment my hair...amat2lah sangat memerlukannya...hampir 3 bulan tak buat apa2...dah ghupa rambut Hantu Kak Limah Balik Umah dah nie....Thanks Kak Wawa...nanti zura datang kedai yeee.....

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Tahniah & Syabas buat KRU kerana telah menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa satu PERUBAHAN kepada Industri Filem Malaysia...

Rasanya daripada buat citer Cicakman yang tak masuk akal tu...baik buat citer2 sejarah macam nie kan...usah kata budak2...aku sendiri pun malas nak baca buku2 sejarah tu...jadi elok sangat rasanya cerita2 sejarah ni diubah menjadi bahan tontotan hiburan sekaligus dapat menambah pengetahuan...biasa2 citer sejarah hanya akan ditayangkan sebagai teater...tapi tiket teater tu mahal sangat...

So buat KRU...teruskan mengilhamkan cerita2 hebat begini...muak dah dengan citer2 propa yang kononnya FILEM tapi hanya layak dok kat Drama TV je....

Konsert Hore Hore Aznil



Tanpa disangka-sangka aku mendapat VIP Ticket percuma utk ke Konsert Hore Hore Aznil…kalau ikutkan memang teringin nak pergi tapi kekangan masa & kewangan membuatkan aku membatalkan hasrat hati…


Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang...kakak ipar Uda menawarkan kami tiket VIP PERCUMA...saper tak nak pergi kan...



Malam tu aku pergi dengan hubby (of courselah kan), Huda & anak2 yang sibuk sangat nak jumpa Uncle Aznil nya...dari dalam kereta lagi dah macam2 skrip dihafalnya....macam sungguh2 nak berjumpa depan2 kan...hehehehe



Walaupun ambil masa yang lama utk memulakan konsert...sampai adik (Aqiel) cakap ¨Uncle Anil balik umah makan nasi dulu nie¨....mungkin ini kan konsert pertama Aznil...apa2 pun SYABAS buat Pak Nil kerana berjaya menghiburkan semua peminatnya dari kanak-kanak hingga lah makcik2 & pakcik2....


Kali pertama aku dengar Pak Nil nak buat konsert...aku dah boleh agak yang pastinya konsert Pak Nil nanti akan dipenuhi dengan lagu2 Allahyarham Sudirman....sebagaimana peminat2nya amat menyanjungi beliau...begitulah juga Pak Nil menyanjungi idolanya...



Awal permulaan konsert Pak Nil terus mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua peminat2nya...ternyata beliau benar2 menghargai dan yakin bahawa kedudukannya kini adalah kerana peminat2nya sentiasa menyokong semua impiannya....Kalau Pak Nil berusaha bagai nak rak tapi tak der peminat yang nak tengok atau menghargai pun tak guna gak kan....aku ingat lagi ayat dia " Anda semua yang meletakkan dimana saya berada kini...terima kasih yang tak terhingga buat semua !"


Aku bukanlah peminat tegar beliau...tapi aku menyanjungi usaha gigihnya dari awal penglibatan beliau...orang kita nie selalunya bila tengok orang lain maju mulalah keluar macam2 statement kan...bawa2lah berubah yeee....


Hj Aznil Hj Nawawi...membuktikan bahawa dunia Pengacaraan akan menjadi satu kerjaya yang setaraf dgn kerjaya lain didunia...beliau bukan seorang artis yang otak kosong ye...beliau berkelulusan tinggi...jadi kepada yang berminat dunia seni nie...contohilah beliau...dengan kelulusan barulah bakat kita dihargai & setiap pandangan kita menjadi bernilai....


Kejayaan Pak Nil sekarang bukan sesuatu yang mudah dimiliki..beliau telah melalui pelbagai kepayahan dan kerana itu beliau terlalu menghargai apa yang dimiliki kini....benar kata orang...kalau sesuatu itu diperolehi dengan mudah, memang payah utk menghargai....



Apapun aku betul2 enjoy dengan konsert Pak Nil...aku mengagumi semangat nya yang tak pernah kenal erti kalah hingga beliau kini berjaya dan bernilai tinggi...cita2 Pak Nil insyaallah akan tercapai...aku tahu beliau ingin di ingati dan dikenali sepanjang zaman sebagaimana kita semua mengingati P Ramlee & Sudirman ! Teringat dulu, aku pernah sembang2 dgn hubby...untung Pak Nil...bila dia meninggal nanti banyak sedekah Al-Fatihah yang akan dia dapat...ramai yang sayang dia...dari kanak2 seusia 2 thn hingga makcik2 & pakcik2....


Biar apa orang nak kata Pak Nil...yang penting...Hanya Ko Yang Ado...hehehehe

Friday, March 11, 2011

SEDIH SANGAT SANGAT....


Aku dah tak mampu dan tak berdaya lagi...kusut utk aku rungkaikan. Terlalu perit untuk aku kupas satu persatu. Andai punya kuasa aku ingin keluar dari kotak yang amat sesak ini.

Dari dulu sampai kini aku sering merasakan ada benda yang tak kena. Tapi aku tak diberi hak untuk membetulkan apa2. Yang berkuasa dikerusi tahta tak mahu langsung memberi peluang. Ego melebihi segala hingga dia terlupa bahawa nakhoda kapal tak kekal org yg sama. Belajarlah menerima kenyataan bahawa anda kini dikapal milik orang lain kerana kapal anda sendiri telah tergadai atas kecuaian dan kegagalan anda mengemudinya dgn baik.

Apa yang amat aku harapkan sekarang semoga segalanya akan berlalu pergi dan pulih seperti biasa...walaupun luka masih bernanah bersama bisa yang tak kan pernah hilang...biarlah kerana itu semua hanya aku yang merasanya dan telah biasa aku lalui dari kecil lagi.... aku akan terus bernyala..memberi sinar pada yang perlu dan jika cahaya aku terpadam...seruan semangat dari kawan2 sudah mampu membantu aku bercahaya kembali......