Seperti yang telah diceritakan sebelum nie, Hantaran Turqoise nie adalah untuk BIL aku yang bernikah di Kuching, Sarawak.
Aku sampai Kuching tengahari Jumaat. Sampai je kat Airport terus amik van yg disewa. Nasib baik my hubby ada contact sewa kenderaan, kalau harapkan cakap2 yang kononnya dah saip2 confirm booking dari KL tu memang buang masa lah aku kat airport tu...lepas je dapat van aku terus mencari buah untuk dibuat hantaran & fresh flower utk buat sireh junjung. Mujur Allah mempermudahkan, cekup aje apa yg jumpa. Kemudian aku mencari pulak rumah tempat aku sewa dulang hantaran ingatkan rumah taman tapi rupanya rumah kampung. Mujur aku & hubby jenis yang mudah ingat walaupun pernah datang sekali je ke tempat tu. Elok2 siap mengangkut 9 dulang hantaran masuk dalam van, hujan yg amat lebat pun turun.
Selesai semua yg sepatutnya & kemudian misi mencari homestay yang disewa oleh MIL aku. Dukacitanya tak de sapa pun yg nak call + amik tau kitaorg nie jumpa atau tak homestay tu. Tapi aku yakin Allah mempermudahkan urusan aku, tanpa sesat or buang masa kami terus jumpa je jalan yg dimaksudkan walaupun berbeza dari alamat yg diberi. Aku masuk homestay dalam kul 5ptg, so perkara utama ialah menyiapkan 2 hantaran (Duit Tanda Bertunang + Cincin & Gelang Hantaran + Cek Hantaran) untuk dibawa malam nikah tu...
Sebelum nie aku pernah berbincang dgn MIL aku bertanyakan nak bawa hantaran waktu bila. Mula2 dia kata nak bawa semua hantaran waktu malam nikah. Awal2 aku inform yg memang tak sempat utk aku siapkan 9 dulang tu melainkan aku sampai Kuching satu malam sebelum majlis nikah. So aku bagi pilihan pada MIL aku utk tempah je semua hantaran kat Kuching memandangkan aku pun baru je dapat kenalan mak andam dari sana. Tapi MIL aku tak nak tempah org, nak juga buat sendiri. So aku cakap kalau nak buat sendiri, hanya hantaran yg wajib je bawa waktu nikah...7 yg lain bawa waktu sanding. Aku pun banyak kali pesan dgn MIL aku nie utk berbincang dgn keluarga belah perempuan. Biar pihak sana tahu apa yang dirancang.
Malangnya waktu nak gerak pergi nikah, BIL aku cakap belah pompuan suruh bawa semua hantaran. Aku heran lah...apa cerita nie. Dengan tenang MIL aku cakap hantaran tak sempat siap. Tak boleh nak bawa malam nie. Haaaiii bukan ke dah bincang sebelum nie ??? Aku call pengantin perempuan dan yg paling best dia kata dia tak tau apa2 dan tak de cara lain memang kena bawa hantaran malam tu juga. Mulalah angin aku mula naik, MIL aku dok lah ulang yg hantaran tak sempat siap...tak sempat siap tu maksudnya AKU tak sempat siapkan hantaran !!! Sedangkan aku dah plan & susun semuanya mengikut perancangan yg MIL aku sendiri setuju sebelum nie...waktu tu memang aku angin + rasa nak balik KL je. Nak tinggalkan je semua...paling aku tak suka bila nak buat sesuatu tu tak de perancangan. Hidup kenalah ada jadual + perancangan, haiwan je yg hidup berterabur nie....
So malam tu memang aku berkeras, apa nak jadi..jadilah. Aku yg decide utk follow je apa yag dirancang awal2. Kalau belah pompuan bagi hantaran diaorg, kita amik je. Hantaran lelaki tetap dihantar waktu sanding esoknya. Waktu majlis pernikahan tu pun MIL aku duk lah ulang hantaran tak sempat siap...menyirap gak aku kan...tapi sabar je laahhhh. Lepas je majlis nikah tu belah pompian tak keluarkan pun hantaran diaorg. Maknanya boleh pun buat cam tu kan. Benda bab2 barang hantaran nie bukan nya wajib pun, boleh je nak bertolak ansur kan...saje jeeee
So nie lah hantaran yang disiapkan dalam keadaan jiwa berdarah...cewaaahh ayat aku kan...nak tau tak...banyak benda yg sepatutnya aku bubuh tapi tertinggal/terlupa. Balik dari majlis sanding baru aku kemas2 area aku buat hantaran tu then terjumpa lah burung, butterfly + mutiara yg sepatutnya aku plan nak bubuh. Hehehehe hentam saje lah...aku siap buat hantaran dgn mak aku dibantu oleh cousins aku lebih kurang kul 4 pagi. Last sekali buat sireh junjung, so aku bagi nama sireh junjung nie Sireh Junjung 4 Pagi...hehehehehe
Cek Mas Khawin + Cincin + Rantai Tangan
Duit Tanda Bertunang
Jam Tangan
Pakaian
Tafsir Al-Quran
Telekung + Sejadah
Buah
Cake
Sireh Junjung 4 Pagi