Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 4, 2012

Aku Juga Punya Hati !!!



Jgn pernah ambil kisah kenapa mereka tak pernah jaga hati kita KERANA mereka tak pernah ambil kisah bahawa kita juga punya hati !


Tuesday, September 25, 2012

Raya Aku 2012

Assalamualaikum semua,

Yang nie confirm cerita basi...tapi aku punya sukalah kan nak tulis apa pun...blog aku...apa jadi pun...dah lambat mana pun...aku tetap nak tulis juga....

Aidilfitri 1433 Hijrah masih sama seperti raya aku macam tahun2 yang lepas...jumlah keluarga pun masih tetap sama lagi...insyaallah tahun hadapan ada rezeki bertambah kot.....aammmiiinnnnn

Agenda & aktiviti pun tetap sama...cuma jumlah hari yang berbeza sebab aku hanya berada di Malaysia sampai hari raya ke empat....jadinya kenalah aturkan perjalanan ke semua lokasi dengan sebaik2nya.....

Raya pertama seperti biasa agenda wajib keluarga aku yang mana dah banyak keluarga tak buat dah termasuklah yang tuuutttttt.....berhimpun satu keluarga untuk acara bersalam-salaman...walaupun jumlah keluarga tak ramai hanya kami berlima tapi pada aku itulah yang paling bermakna....selesai bersalaman & bermaafan satu lagi acara wajib ialah bergambar keluarga....senang nak kesan perubahan setiap tahun ;p

Acara wajib yang Alhamdullilah kami masih mampu mengekalkannya ialah menziarah pusara arwah adik aku di pagi Aidilfitri...mungkin banyak pendapat yg aku dengar...macam2 komen dah sampai kat telinga....ada yang kata bukannya wajib menziarah kubur nie....setakat doa dgn baca Yassin kat umah pun boleh....TAPI aku punya prinsip aku sendiri...selagi aku mampu & diizinkan Allah SWT aku akan menziarah pusara adik aku pada setiap pagi raya. Pada aku itulah satu2nya masanya & tanda kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama kenangan arwah adik...rindu sangat pada dia....kalau dia masih bernyawa pastinya keluarga aku bertambah meriah....mesti dah khawin dah and aku pun dah bergelar Mak Long kot....eermmm indahnya.....

Untuk tahun nie kami sekeluarga decide utk terus pulang ke kampung setelah selesai menziarah pusara arwah adik....jadinya siap2 bawa barang & kemas rumah untuk ditinggalkan.....dan seperti tiap2 tahun setelah hampir 8 tahun aku berumahtangga...lokasi pertama raya aku ialah pulang ke kampung belah suami dahulu di Kuala Kangsar....kami memang tak de sistem giliran macam orang lain atau sistem undi apa bagai...tiap2 tahun nie lah acara wajibnya....senang kan....dua2 dapat bersama keluarga pada hari raya pertama !!

Sampai sahaja ke kampung suami di Kuala Kangsar kami terus melawat pusara arwah mak suami...eh jangan silap faham pulak...sebenarnya arwah MAK tu ialah NENEK suami aku...maklumlah semenjak lahir die dijaga oleh neneknya maka panggilan pun ikut sama macam 2 orang mak saudaranya yang masih tinggal dengan Neneknya waktu tu....Untuk tahun ini juga kami decide untuk masukkan acara nie dalam agenda wajib aku & suami...sebelum2 nie asyik nak tunggu orang lain lah...tunggu nak pergi sekali lah...last2 macam2 alasan keluar...jadi seperti yang aku cakap dengan suami aku...tak perlu tunggu sape2...kita nak pergi kita pergi je...yang lain terseeeraaahhhhh........

Selesai menzirah teruslah pulang ke rumah Opah yang mana sebenarnya ialah Moyang Tiri suami ku....rumah dialah tempat kami berhimpun maklumlah belah suami aku dah tak de sape2....so acara wajib kat Kuala Kangsar nie ialah masak dan masak....makan dan makan....sampaikan tak sempat langsung nak tengok rancangan raya apa yang best kat TV hahahahahaha......

Petang raya kedua kami bertolak untuk ke kampung aku pulak...acara wajib aku tahun nie ialah nak menziarah 2 orang sepupu rapat aku yang bersalin anak pertama yg mana menunggu zuriat hampir sama macam aku. Kemudian nak menziarah 2 orang Tok (nenek) aku. Yang belah abah memang sakit dah lama, yang belah mak Alhamdullilah masih sihat. Acara wajib side aku tak de masak dan masak...tak de makan dan makan.....kami memang setiap tahun penuhkan dengan menziarah sanak saudara....jumpa mak2 saudara yang mana merupakan adik beradik abah & mak aku....setahun sekali dapat berjumpa kan.....

Waktu nie juga aku dapat lah melepaskan rasa teringin & rindu kat Pasembor Padang Kota dan Nasi Kandar Line Clear...nyum nyum....malamnya layan bunga api lak..maklumlah umah Tok aku nie tengah2 sawah bendang...makanya memanglah lapaaannggg.....

Pagi raya ke empat kami bertolak balik ke KL dah...OTW tu kami singgah jap kat umah ATOK kesayangan suami ku...hehehehe Dato X YDP MPS.....kampung belah isterinya di Taiping...dia dah ada rumah sendiri pun kat sana....persinggahan yang sekejap tak menjadilah bila dah dihidangkan dengan Nasi Minyak bagai & sembang lepas satu topik ke satu topik....

Dengan jalan yang amatlah sesaknya...kami sampai KL dalam kul 1 pagi....yang mana kami perlu berada di Airport jam 5 pagi....kain baju yang balik kampung tu nak kena basuh dulu...nanti sakit nak mendobi baju berlonggok....nak kena packing untuk holiday 4 hari 3 malam kami lagi...makanya tak tidolah utk hari itu.....

Kemana kami pergi....yang tu kena tunggguuuuu.....buat masa nie layanlah gambar raya yang lebih kurang same je setiap tahun nie ye.....

Mak & Abah

Kami 4 Beranak

 Kami Sekeluarga

 Masih Berdua

 Mahligai yang kudoakan menjadi Syurga hingga Akhirat...amminnnn

 Tahun nie kami balik dengan keta ATOK...kereta suami ku rosak huhuhu
Pusara arwah adik....Al-Fatihah buat Norazlan Bin Zainul

kat umah tok aku di tengah sawah bendang.....

Insyaallah panjang umur murah rezeki ketemu lagi di Aidilfitri tahun hadapan......ammiiinnnnnn


Sunday, September 16, 2012

Merai VS Sendiri


Hari ini mereka2 sibuk bertungkus lumus merai dan aku akan terus bersendiri. Biarlah segalanya aku tanggung sendiri dengan cara dan dunia ku sendiri.

Tidak sedikit pun aku berkecil hati, makan hati apatah lagi berdengki dengan kegembiraan semua malah aku memanjat syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurniaNya menyempurnakan kehidupan mereka yang lain.

Mungkin sebenar2nya kita tak perlu mengharap insan lain menjaga rapi hati kita kerna yang sebenar2nya tiada siapa pernah peduli bahawa insan lain juga punya hati.

Selagi mampu aku bertahan akan aku teruskan kan lakonan riak wajah ini dan hanya aku yang tahu...

Hati yang gembira akan sentiasa memancarkan wajah yang gembira TETAPI wajah yang gembira tidak sekali-kali menjanjikan hati yang gembira......

Monday, September 10, 2012

Terlalu Banyak Cerita TAPI....

Terlalu banyak cerita yang perlu dicerita tapi tak tercerita....malasnya nak menaip....nak upload gambar pun malas....eermmm Raya 2012....Pukhet.....Open House KJS....future coming Holiday at PD with BFF....tu belum bab yg sentap menyentap lagi.....eermmm

Nantilah ye....satu masa sampai seru menaip lah aku...TUUNNGGUUU






Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH


Insyaallah aku & suami bakal menyambut Aidilfitri bersama utk kali ke 7....dan selama itu jugalah aku perlu melayan pertanyaan wajib saudara mara bila kita berziarah raya nie....bosan aku....

Raya tahun nie aku cuma rancang untuk menziarah mereka2 yang wajib2 sahaja...itupun sekejap2...hari raya ke 5 kami akan terbang bercuti ke Pukhet....wahhh tak sabaarr niee....

Apapun kepada yang follow blog aku nie...kesempatan ini aku ambil untuk memohon Ampun Maaf Zahir Batin buat semua....

Tiada sebarang harapan yang mampu aku letakkan pada Aidilfitri tahun ini kerana segalanya tetap serupa dan  mungkin sekeliling2 sahaja yang telah berubah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
CERIAKAN WAJAH WALAU HATI SELINDUNG DUKA....

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433 Hijrah



Alhamdullilah, buat kesekian kalinya di usia 31 tahun....Insyaallah aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga bulan yang berkat & penuh hikmah ini akan memberikan perubahan yang besar dalam kehidupan ku....

Seperti biasa, seperti tahun2 yang lepas...aku perlu mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk mencari rezeki lebih demi runtutan kehidupan....adalah sket duit utk topup sana sini yang rabak2 tu kan....Bermulalah rutin tak cukup tido aku hehehehehe....Jual kuih & hamper raya.....Semoga rezeki tahun ini akan melimpah ruah.....Amminnnnn

Wednesday, July 18, 2012

Lagu Teman Pengganti


Pertama kali dengar lagu  nie, hati aku tersentuh bila dengar corus yg Black lantunkan...kena dengan luahan hati + liriknya....aku terus cari lirik penuh lagu nie....memang betul2 menyentuh !!!!

Mungkin tak macam orang lain, aku jenis yang suka meneliti alunan muzik & bait lirik lagu...semua jenis muzik aku suka....tapi bukan semata2 kerana muzik....aku mudah jatuh hati pada lirik lagu yang menarik macam contoh lagu nie lah....Kagum aku pada Malique yang cukup bijak menyusun kata menjadikan lagu ini benar2 bermakna pd yg tahu menghargai....tak semestinya lagu cinta sahaja yang boleh dijual okey.....

Pertama kali dengar lagu nie, aku rasa macam dah lama kenal dengan lagu nie....jenuh ulang banyak kali sebab muzik intronya buat aku teringatkan satu lagu lama...abih satu opis nie aku paksa carikan aku lagu lama tu lagu apa hanya berbekalkan irama...akhirnya dapat juga aku lagu tu...Thanks abg Nizam yg dengan sekelip mata je terus bagi aku tajuk lagu plus dgn nama penyanyi lagi.....

Lirik lagu Teman Pengganti yg memang terbaaiikkkk.....yg aku bold tu memang menyentaappp laahhh

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah

Aku sembunyikan gulana-gundah

Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini

Telah lama aku pendamkan

Tiba masanya

Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi

Cincin, kunci, dompet dalam laci

Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti






Kat bawah nie pulak lagu lama yg aku rasa mungkin sebagai sumber inspirasi utk cipta irama lagu baru nie....Muzik awal lagu Teman Pengganti nie adalah irama lagu lama nie....