Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 16, 2012

Merai VS Sendiri


Hari ini mereka2 sibuk bertungkus lumus merai dan aku akan terus bersendiri. Biarlah segalanya aku tanggung sendiri dengan cara dan dunia ku sendiri.

Tidak sedikit pun aku berkecil hati, makan hati apatah lagi berdengki dengan kegembiraan semua malah aku memanjat syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurniaNya menyempurnakan kehidupan mereka yang lain.

Mungkin sebenar2nya kita tak perlu mengharap insan lain menjaga rapi hati kita kerna yang sebenar2nya tiada siapa pernah peduli bahawa insan lain juga punya hati.

Selagi mampu aku bertahan akan aku teruskan kan lakonan riak wajah ini dan hanya aku yang tahu...

Hati yang gembira akan sentiasa memancarkan wajah yang gembira TETAPI wajah yang gembira tidak sekali-kali menjanjikan hati yang gembira......

Monday, September 10, 2012

Terlalu Banyak Cerita TAPI....

Terlalu banyak cerita yang perlu dicerita tapi tak tercerita....malasnya nak menaip....nak upload gambar pun malas....eermmm Raya 2012....Pukhet.....Open House KJS....future coming Holiday at PD with BFF....tu belum bab yg sentap menyentap lagi.....eermmm

Nantilah ye....satu masa sampai seru menaip lah aku...TUUNNGGUUU






Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH


Insyaallah aku & suami bakal menyambut Aidilfitri bersama utk kali ke 7....dan selama itu jugalah aku perlu melayan pertanyaan wajib saudara mara bila kita berziarah raya nie....bosan aku....

Raya tahun nie aku cuma rancang untuk menziarah mereka2 yang wajib2 sahaja...itupun sekejap2...hari raya ke 5 kami akan terbang bercuti ke Pukhet....wahhh tak sabaarr niee....

Apapun kepada yang follow blog aku nie...kesempatan ini aku ambil untuk memohon Ampun Maaf Zahir Batin buat semua....

Tiada sebarang harapan yang mampu aku letakkan pada Aidilfitri tahun ini kerana segalanya tetap serupa dan  mungkin sekeliling2 sahaja yang telah berubah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
CERIAKAN WAJAH WALAU HATI SELINDUNG DUKA....

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433 Hijrah



Alhamdullilah, buat kesekian kalinya di usia 31 tahun....Insyaallah aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga bulan yang berkat & penuh hikmah ini akan memberikan perubahan yang besar dalam kehidupan ku....

Seperti biasa, seperti tahun2 yang lepas...aku perlu mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk mencari rezeki lebih demi runtutan kehidupan....adalah sket duit utk topup sana sini yang rabak2 tu kan....Bermulalah rutin tak cukup tido aku hehehehehe....Jual kuih & hamper raya.....Semoga rezeki tahun ini akan melimpah ruah.....Amminnnnn

Wednesday, July 18, 2012

Lagu Teman Pengganti


Pertama kali dengar lagu  nie, hati aku tersentuh bila dengar corus yg Black lantunkan...kena dengan luahan hati + liriknya....aku terus cari lirik penuh lagu nie....memang betul2 menyentuh !!!!

Mungkin tak macam orang lain, aku jenis yang suka meneliti alunan muzik & bait lirik lagu...semua jenis muzik aku suka....tapi bukan semata2 kerana muzik....aku mudah jatuh hati pada lirik lagu yang menarik macam contoh lagu nie lah....Kagum aku pada Malique yang cukup bijak menyusun kata menjadikan lagu ini benar2 bermakna pd yg tahu menghargai....tak semestinya lagu cinta sahaja yang boleh dijual okey.....

Pertama kali dengar lagu nie, aku rasa macam dah lama kenal dengan lagu nie....jenuh ulang banyak kali sebab muzik intronya buat aku teringatkan satu lagu lama...abih satu opis nie aku paksa carikan aku lagu lama tu lagu apa hanya berbekalkan irama...akhirnya dapat juga aku lagu tu...Thanks abg Nizam yg dengan sekelip mata je terus bagi aku tajuk lagu plus dgn nama penyanyi lagi.....

Lirik lagu Teman Pengganti yg memang terbaaiikkkk.....yg aku bold tu memang menyentaappp laahhh

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah

Aku sembunyikan gulana-gundah

Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini

Telah lama aku pendamkan

Tiba masanya

Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi

Cincin, kunci, dompet dalam laci

Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti






Kat bawah nie pulak lagu lama yg aku rasa mungkin sebagai sumber inspirasi utk cipta irama lagu baru nie....Muzik awal lagu Teman Pengganti nie adalah irama lagu lama nie....


Friday, July 13, 2012

Chocolate Cip Cup Cake...

Okey kali nie aku buat cake sebab terpaksa....org yg baru belajar piping cream sibuk suh buat cake sebab die dah kemaruk nak piping...boleh macam tu kan...aku pun gunakan je lah apa2 bahan yang ada kat rumah maka jadilah Chocolate Chip Cup Cake (4 C gitu)....

Ingatkan lepas buat cake & cream boleh lah lepas tangan...tapi rupanya anak murid masih perlukan perhatian...akhirnya bunya pink tu kena tangan aku juga yang membuatnya....hehehehehe

cup cake dah siap dibakar...kena pastikan b etul2 sejuk baru boleh letak cream

aku pilih butter cream sebab sedap dan mudah nak di piping...resepi istimewa cream nie coz tak muak.....


jadilah rupa rose sket2 kan.....maklumlah baru belajar

My next trial cake ialah tetap nak cuba Red Velvet sampai dapat rasa yg sepatutnya...bahan2 dah ready kat umah cuma tunggu timing je nak mula buat....Insyaallah sebelum puasa nie aku akan cuba buat....aminnnn

Baking for Birthday Anak2 Ibu....

Sempena Birthday Party anak2 ibu...aku decide utk baking beberapa jenis cake. Warna of coz Hijau utk Aqiel & pink utk Aqielah....Terciptalah 3 jenis cake....

1. Muffin Kiwi



2. Green Angry Bird (Oreo Cup Cake)



3. Mashmellow Pinky (Chocolate Cup Cake)




Dalam menyiapkan semua cake nie aku ada pembantu khas...siapa ye....hehehehe My Hubby...die terlebih excited nak belajar cara2 piping cream...siap google kat Youtube lagi....


Setelah siap perlu simpan dlm peti ais untuk memastikan texture cream kekal cantik...