Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 4, 2012

KL - SONGKLA ~ 18 Dec 2011

Akhirnya tarikh 18 December 2011 (Ahad) telah pun tiba....setahun rancang akhirnya ianya menjadi kenyataan. Bermulanya perjalanan kami dengan berhimpun pada jam 8 pagi di R&R Rawang....malam tu tido pun tak berapa nak lena lah...excited !!!!

Sehari sebelum bertolak, aku dgn hubby memang sibuk packing segala macam barang yang nak dibawa...yang utamanya barang2 utk stock makanan lah kan....maklumlah lokasi yang kami nak pergi nie susah sikit nak dapat makanan halal. Makanan apa sangat yg boleh bawa pun kan melain tidak makanan dalam tin je lah....dan yg telah membantu menaikkan selera aku ialah Daging Dendeng & Sambal Tumis Ikan Bilis Mak Yang aku....thanks Mak Yang coz sudi masakkan untuk kami.....

11 biji 4WD telah berhimpun di R&R Rawang...walaupun kebanyakkan nya janji melayu 8 pagi kan...tapi alhamdullilah jumlah yang dijanjikan sampai jua....1 biji lagi dah pun menanti kami di sempadan Thailand.....

Beginilah rupa kenderaan kami waktu bertolak...

kami dah ready...

sebahagian kenderaan yg dah sampai....

taklimat pertama sebelum bertolak...

muka kami yg amatlah excited nya...

last isi minyak di Malaysia = Petronas Changlun

dimana2 sahaja mesti ada opis...senang nak simpan segala dokumen

tak sia2 bawa orang keje bank nie...lepas je tukar duit terus dia kira....

1st time pegang duit baht nie...

kamilah jutawan baht

kami selamat masuk Thailand dlm pukul 6.00 petang Thai (waktu Thailand lewat 1 jam dari waktu Malaysia TETAPI 6.00 pagi Thai dah terpacak matahari & 6.00 petang Thai dah gelap macam nie lah)

Nie lah rupa hotel kami yang pertama

sampai je terus masak nasi, tak sabar nak makan daging dendeng

geng yang lain sibuk ajak makan kat luar, agak payah nak cari makanan muslim sebab kedai2 kat sana kul 9.00 malam tu dah tutup semuanya....nasib baik ada satu nie buka lagi...

nie lah namanya tut-tut...kenderaan kami malam tu utk mencari makan...

ngam2 muat satu tut-tut

lepas makan kami merayau ke 7-Eleven...kat Thailand memang banyak 7-Eleven tetapi berbeza sikit dgn 7-Eleven kita....kira kat sana lebih kurang sama dgn Mini Supermarket lah...memang harga barang2 semua murah2 yang amat...keje kitaorg tengok perbezaan harga barang je lah....

Inilah Hotel Pavilion Songkla

keesokkannya kami dah ready utk next Jurney ke Suratthani...

~ Perjalanan dari KL ke Songkla adalah 492 km ~

Friday, December 30, 2011

Alhamdullilah I'm Back....

Alhamdulillah...selamat tiba di Malaysia (rumah) pada jam 6 pagi 29hb Dec 2011 bersamaan dengan hari Khamis.....teramat seronok & sedih kerana terpaksa berpisah dengan family yang cukup meriah sepanjang 11 hari bersama....

Terlalu banyak pengalaman indah dan pengetahuan baru yang dipelajari....segalanya membuatkan aku tersenyum sendiri bila teringat gelagat2 mereka yang tak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini....

Orang lain sampai Thailand demam tapi aku dah kena angin Malaysia baru demam...mungkin sebab terlalu penat + tak cukup tidur kot atau mungkin Malaysia tak sesuai dah kot dengan jiwa aku nie...hahahahaha

Apapun terlalu banyak yang nak di storykan...jadi aku akan bercerita mengikut lokasi dan hari perjalanan kami....bila ??? nanti lah ye...nak bagi badan nie cukup rehat dulu.....barang2 pun taj habis kemas lagi.....tunggu yeeee....

Friday, December 16, 2011

Trans Santai To Thailand (4x4)



Okey...sebenarnya trips nie dah hampir setahun dirancang tetapi tak sure lagi jadi atau tak tambahan pula Thailand dilanda banjir baru-baru nie....

Tapi, kami telah dimaklumkan oleh Travel Agents di Thailand yg everything okey. So kami akan bertolak Ahad nie (18 Dec 2011) hingga Rabu (28 Dec 2011). Trips nie bukan trips relax mewah tapi trips adventure dengan menaiki 4x4 yg mana my hubby kena drive hampir 2k km. Hampir 15 biji 4x4 yg akan meredah Thailand nanti...berdebar2 + excited pun ada nie...risau pun ada gak maklumlah tak tau tempat org macam mana kan....

Berikut adalah jadual perjalanan kami nanti...


SCHEDULE THAILAND TRANS SANTAI (11 Days 10 Nights)


SUNDAY


18 Dec 2011 :-


R & R Rawang - Songkhla (492km) 1 Night Stay : Pavilion Songkhla Hotel



MONDAY


19 Dec 2011 :-


Songkla - Suratthani (353 km) 1 Night Stay : Diamond Plaza Hotel Suratthani



TUESDAY


20 Dec 2011 :-


Suratthani - Hua Hin (457 km) 1 Night Stay : Hua-Hin-Grand-Hotel-&-Plaza.



WEDNESDAY


21 Dec 2011 :-


Hua Hin - Kanchanaburi (341 km) 2 Night Stay : Pung-Waan Resort River Kwai



FRIDAY


23 Dec 2011 :-


Kanchanaburi - Prachap Khiri Khan (394 km) 1 Night Stay : Hat Thong Hotel



SATURDAY


24 Dec 2011 :-


Prachap Khiri Kan - Krabi (541 km) 2 Night Stay : Green House Hotel / Srisuksant Resort




MONDAY


26 Dec 2011 :-


Krabi – Hatyai (271 km) 2 Night Stay : New-Season-Hotel



WEDNESDAY


28 Dec 2011 :-


Back To Kuala Lumpur



Doakan perjalanan kami nanti...Insyaallah....

Wednesday, December 14, 2011

Selamat Pengantin Baru Amerul & Diyana

Alhamdullilah selesai sudah kedua2 belah majlis. Bererti segala tanggungjawab aku pun turut sama selesai. Agak banyak juga yg kelam kabut tapi syukur kerna Allah banyak mempermudahkan segala yang telah dirancang oleh ku.

Kenduri kat Sentul memang terlalu sibuk sampai aku langsung tak makan satu hari, bila dah malam badan pun dah letih semua yg sedap jadi tak sedap...tapak kaki tok sah cakaplah kan...memang dan makin nipis rasanya...

Terlalu banyak kerja yang perlu diagihkan...manakan nak uruskan semua pembahagian gift, paper bag penanggah, gift VIP, kawasan meja VIP, pelamin, Pengantin....semua benda akan dirujuk pada aku...tapi alhamdullilah aku mempunyai mak2 saudara ipar + sepupu2 ipar yang terbaik...cuma waktu2 macam nie lah aku rasa jumlah sepupu yg ada tu tak cukup...tugasan lebih banyak dari orang nya heheehehe...

Disebabkan semua memainkan peranan dengan tugasan masing2...maka tiadalah sekeping gambar pun yg sempat aku rakamkan...tak tau lah kalau ada terselit dalam camera saper2kan....

So, buat Amerul & Diyana...semoga selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kematangan & muafakat...berdikari mengemudikan layar + sabar & tabah dengan tiap dugaan dari Allah SWT. Insyaallah...aminnn

PERKAHWINAN adalah PERMULAAN realiti KEHIDUPAN. Hadapi dengan KETABAHAN, KESABARAN & MUAFAKAT. Selamat menikmati KEMANISAN KERUKUNAN KEBAHGIAAN. Selamat Pengantin Baru !

Tuesday, December 13, 2011

Hantaran Turqoise

Seperti yang telah diceritakan sebelum nie, Hantaran Turqoise nie adalah untuk BIL aku yang bernikah di Kuching, Sarawak.

Aku sampai Kuching tengahari Jumaat. Sampai je kat Airport terus amik van yg disewa. Nasib baik my hubby ada contact sewa kenderaan, kalau harapkan cakap2 yang kononnya dah saip2 confirm booking dari KL tu memang buang masa lah aku kat airport tu...lepas je dapat van aku terus mencari buah untuk dibuat hantaran & fresh flower utk buat sireh junjung. Mujur Allah mempermudahkan, cekup aje apa yg jumpa. Kemudian aku mencari pulak rumah tempat aku sewa dulang hantaran ingatkan rumah taman tapi rupanya rumah kampung. Mujur aku & hubby jenis yang mudah ingat walaupun pernah datang sekali je ke tempat tu. Elok2 siap mengangkut 9 dulang hantaran masuk dalam van, hujan yg amat lebat pun turun.

Selesai semua yg sepatutnya & kemudian misi mencari homestay yang disewa oleh MIL aku. Dukacitanya tak de sapa pun yg nak call + amik tau kitaorg nie jumpa atau tak homestay tu. Tapi aku yakin Allah mempermudahkan urusan aku, tanpa sesat or buang masa kami terus jumpa je jalan yg dimaksudkan walaupun berbeza dari alamat yg diberi. Aku masuk homestay dalam kul 5ptg, so perkara utama ialah menyiapkan 2 hantaran (Duit Tanda Bertunang + Cincin & Gelang Hantaran + Cek Hantaran) untuk dibawa malam nikah tu...

Sebelum nie aku pernah berbincang dgn MIL aku bertanyakan nak bawa hantaran waktu bila. Mula2 dia kata nak bawa semua hantaran waktu malam nikah. Awal2 aku inform yg memang tak sempat utk aku siapkan 9 dulang tu melainkan aku sampai Kuching satu malam sebelum majlis nikah. So aku bagi pilihan pada MIL aku utk tempah je semua hantaran kat Kuching memandangkan aku pun baru je dapat kenalan mak andam dari sana. Tapi MIL aku tak nak tempah org, nak juga buat sendiri. So aku cakap kalau nak buat sendiri, hanya hantaran yg wajib je bawa waktu nikah...7 yg lain bawa waktu sanding. Aku pun banyak kali pesan dgn MIL aku nie utk berbincang dgn keluarga belah perempuan. Biar pihak sana tahu apa yang dirancang.

Malangnya waktu nak gerak pergi nikah, BIL aku cakap belah pompuan suruh bawa semua hantaran. Aku heran lah...apa cerita nie. Dengan tenang MIL aku cakap hantaran tak sempat siap. Tak boleh nak bawa malam nie. Haaaiii bukan ke dah bincang sebelum nie ??? Aku call pengantin perempuan dan yg paling best dia kata dia tak tau apa2 dan tak de cara lain memang kena bawa hantaran malam tu juga. Mulalah angin aku mula naik, MIL aku dok lah ulang yg hantaran tak sempat siap...tak sempat siap tu maksudnya AKU tak sempat siapkan hantaran !!! Sedangkan aku dah plan & susun semuanya mengikut perancangan yg MIL aku sendiri setuju sebelum nie...waktu tu memang aku angin + rasa nak balik KL je. Nak tinggalkan je semua...paling aku tak suka bila nak buat sesuatu tu tak de perancangan. Hidup kenalah ada jadual + perancangan, haiwan je yg hidup berterabur nie....

So malam tu memang aku berkeras, apa nak jadi..jadilah. Aku yg decide utk follow je apa yag dirancang awal2. Kalau belah pompuan bagi hantaran diaorg, kita amik je. Hantaran lelaki tetap dihantar waktu sanding esoknya. Waktu majlis pernikahan tu pun MIL aku duk lah ulang hantaran tak sempat siap...menyirap gak aku kan...tapi sabar je laahhhh. Lepas je majlis nikah tu belah pompian tak keluarkan pun hantaran diaorg. Maknanya boleh pun buat cam tu kan. Benda bab2 barang hantaran nie bukan nya wajib pun, boleh je nak bertolak ansur kan...saje jeeee

So nie lah hantaran yang disiapkan dalam keadaan jiwa berdarah...cewaaahh ayat aku kan...nak tau tak...banyak benda yg sepatutnya aku bubuh tapi tertinggal/terlupa. Balik dari majlis sanding baru aku kemas2 area aku buat hantaran tu then terjumpa lah burung, butterfly + mutiara yg sepatutnya aku plan nak bubuh. Hehehehe hentam saje lah...aku siap buat hantaran dgn mak aku dibantu oleh cousins aku lebih kurang kul 4 pagi. Last sekali buat sireh junjung, so aku bagi nama sireh junjung nie Sireh Junjung 4 Pagi...hehehehehe

Cek Mas Khawin + Cincin + Rantai Tangan

Duit Tanda Bertunang


Jam Tangan

Pakaian

Tafsir Al-Quran

Telekung + Sejadah

Buah

Cake

Sireh Junjung 4 Pagi

Monday, December 12, 2011

Story Mory...


Lots of story to story mory tapi aku belum ada mood nak menaip lagi...so nantikan je lah ye....akan diusahakan...macam2 cerita ada...tunggguuuuu

Tuesday, December 6, 2011

Hantaran Golden Red

Okey, seperti yang dijanjikan nie ada gambar lebih detail utk hantaran golden red. Hantaran ni ditempah oleh Huda Juhuri utk pernikahan adiknya pada 4 Dec 2011.

Kalau ada yang berminat nak tempah or nak sewa dulang tu jus maklumkan je key....

Duit Mas Khawin

Bekas Rantai Tangan & Cek Hantaran

Set Mandian & Perfume

Handbag

Kasut

Telekung

6 set hantaran

Sebenarnya tempahan 7 dulang iaitu termasuk Sireh Junjung.Tapi disebabkan pada date yang sama aku berada di Kuching, Sarawak maka tak dapat lah ditunaikan permintaan tu.

Kalau ada yang berminat sila lah maklumkan...bersedia merialisasikan hantaran impian mengikut budget anda !!!