Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 23, 2011

Kesal kah Anda ?


KEKESALAN yg terhasil tanpa KEIKHLASAN
pastinya tidak mampu mengembalikan
KEINDAHAN sebuah KEJUJURAN

Tuesday, November 22, 2011

Petunjuk Arah Jalan

Last Sunday aku with abah menyiapkan Petunjuk Arah Jalan untuk Majlis Perkahwinan BIL aku...pada awalnya tak nak liminate tapi bila difikirkan keadaan cuaca yg kerap hujan maka terpaksalah keluar cost sket utk liminate 15 keping petunjuk arah jalan nie....pelan untuk lokasi petunjuk arah jalan nie pun dah disiapkan....

Alhamdullilah satu lagi part dah selesai...apa pulak lepas nie ye....










Wednesday, November 16, 2011

Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)

Ombak Rindu

Tak sabar tunggu citer nie kuar...tapi bila aku nak tengok ye...2 Dec aku dah nak kena fly ke Sarawak...after that confirm sibuk giler nya....wwwwuuuaaaa nak tengggokkkk....

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday, November 10, 2011

Lumrah Kehidupan


Yang AWAL tak semestinya menjadi yang PERTAMA dan mustahil juga untuk jadi yang AKHIR !!!



"GOOD LUCK AZURA"

Wednesday, November 9, 2011

2 Set Hantaran

Secara tidak sengajanya aku perlu menyiapkan 2 set hantaran untuk 2 pasang pengantin pada bulan yang sama....yang satu tu dah tentunya utk BIL aku...and yg sorang lagi utk adik BFF aku...

Disebabkan dah berjanji + aku nak membantu meringankan kos adik BFF aku nie....aku setuju untuk menyiapkan hantaran utk dia sebelum aku fly ke Kuching 2hb Dec nie. Majlis adik BFF aku nie 4hb Dec, so sempat lah aku siapkan. Tambahan pula hantaran utk BIL aku tu just siapkan yang simple2 dulu je kat sini...selebihnya gubah kat sana iaitu malam sebelum majlis yang mana berkemungkinan aku tak tido lah kot.....

So idea memang tengah membuak2 utk 2 set hantaran nie....berkobar2 nak gi membeli barang...kekadang tersedar lak aku yang memang aku minat sungguh bab gubah2 nie walaupun tak menerima apa2 bayaran pun (utk yg terdekat je key)....rasa satu kepuasan bila imaginasi aku dapat di realisasikan......

Sekarang nie aku tak sabar nak menyiapkan 2 set hantaran nie & korang pastinya tak sabar nak tengok rupa hantaran tu kan....tuuuunnnggguuuu


Tuesday, November 8, 2011

Bekas Telur

Pilihan bekas kaca ini dipilih malah dibeli sendiri oleh MIL & FIL aku....so aku just follow je lah...harga sebiji benda nie kalau tak silap dalam RM1.50 sebiji....dikira2 dari semua kos sampailah dah berisi telur nanti sebiji jatuh dalam RM3....haaa untung saper yang datang kenduri nie nanti tau....

MIL & FIL aku beli bekas nie dalam 1200 pcs. So maknanya ada 1200 pcs bekas yang perlu aku layan sebiji-sebiji...oh ye...semua bekas nie disiapkan oleh aku sekeluarga iaitu aku, my hubby, my mak, my abah & my adik...Alhamdullilah kami amik masa 2 hari (Sabtu & Ahad) utk menyiapkannya...melecur juga lah betis & kaki aku akibat hot gun glue tu menitik...pediihhhh

Operasi sebenarnya bermula 2-3 bulan lepas yang mana aku pelan2 menggunting sticker Terima Kasih yang aku buat sendiri.....kemudian sticker tu akan ditampal pada bekas telur tu...malangnya hanya tangan aku je yang boleh buka sticker tu dengan cepat...maka aku jadilah tukang buka sticker, my abah tukang tampal sticker, my adik tukang gunting sticker, my mak tukang susun, my hubby tukang buka plastik bekas telur. Akhir sekali kena tampal bunga atas bekas telur tu....haaa yg tu pun hanya tangan nie je yang boleh buat...maka mereka2 nie akan susun sepanjang2nya untuk aku menampal bunga...dah macam line kat kilang rasanya....

TAMPAL STICKER TERIMA KASIH

Nie sticker yang aku design sendiri, print sendiri & gunting sendiri

Nie lah kotaknya yg mengandungi 1200 pcs bekas telur

My hubby berusaha buka sticker, susah katanya...tangan nie juga yang cepat....

My mak sedang menampal, bergilir dengan my abah coz abah sakit pinggang duduk lama2

Sebahagian yang dah berjaya ditampal

Nie lah rupanya dari dekat

TAMPAL BUNGA

sebahagian yang dah siap beratur untuk ditampal bunga

barisan yang sedia menanti

dah siap tampal bunga

nie lah rupanya dari dekat...