Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, September 5, 2011

Jalan Raya 2011 ~ Cameron Highland

Alhamdulilah akhirnya yang dirancang menjadi nyata....percutian ringkas + singkat kami ke Cameron Highland....walaupun mungkin ada yang kata lokasinya amatlah low kelas tapi apa kami kesah kan...yang penting kami betul2 enjoy dan happy....

Bertolak pada pagi 3hb Sept (sabtu)...bermula dengan kutip sekor2, sarapan pagi dulu kemudian perjalanan kami bermula ke CAMERON HIGHLAND....


Kami memilih utk naik ke Cameron melalui Tapah...tak tau lah pulak Cik Huda kita nie mabuk jalan pusing2...apa lagi Minyak Cap Kapak menjadi peneman setia lah...kami berhenti makan durian pun die tak nak turun lah....




Alhamdullilah kami selamat sampai di Tanah Rata lebih kurang dalam kul 1ptg cam tu kot....aku awal2 dah buat reservation penginapan kat Rosa Pasadena, lokasi betul2 kat bandar Brinchang...memandangkan uda yang dah mabuk, kami memilih utk check in dahulu...baring2 & kemas2 barang jap kemudian keluar utk lunch....




After lunch, aku decide utk terus ke Boh Plantation di Sungai Palas....jalannya memang adventure....selesai merayap kat sana laki aku sibuk nak bawa huda & yat ke kaki Gunung Brinchang....sejuk gile kat sana...berkabus jeeee









Disebabkan hujan renyai2...aku mulalah rimas nak mandi....so kami terus balik bilik untuk mandi. Yang best tu Cik Uda & Cik Yat sempat tido lagi tu, sampai kena dikejutkan lah...after maghrib kami keluar jalan ke pasar malam...jalan jalan cari makan....


Esoknya breakfast di hotel dan terus check out... jalan2 + shopping2....orang yang kononnya kata tak nak beli apa2 akhirnya sampai tak cukup duit belanja....hehehehehe








Kami turun dari Cameron Highland dalam kul 3++ptg...sengaja turun awal coz dah agak jalan akan jammed...kami balik ikut jalan lama..seronok gak sambil layan pemandangan kampung kan...




Sampai KL dalam jam 11++ mlm...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....tak de yang kempunan atau tak sempat lah kan...semoga dapat jalan2 macam nie lagi next time...Insyaallah



Friday, September 2, 2011

1 Syawal 1432 Hijrah

Syawal ku tahun nie samer saja seperti tahun2 terdahulu...tiada sebarang perubahan atau kelainan...cuti memang panjang 1 minggu tu pun sebab opis tutup...kalau tak tutup memang sanggup aku berada di opis...hehehehe

Seperti biasa, aktiviti di 1 Syawal...selesai Solat Sunat Aidilfitri pastinya acara bersalaman memohon ampun dan maaf. Selepas tu apa lagi, acara mengambil gambar lah kan...

My Small Family

Masih Berdua (7thn)

Keluarga riuh kami



Kemudiannya aktiviti wajib aku dipagi raya iaitu menziarahi kubur arwah adik aku yang telah meninggalkan kami hampir 16 tahun....yang nie memang aktiviti wajib untuk aku bacakan Yasin dan memastikan kubur arwah bersih...tu je hadiah raya utk arwah.....

Moga bahagia selamanya



cantik lak gambar yang adik aku amik nie



kenangan yang tinggal untuk kami

Selesai ke kubur, kami balik ke rumah untuk packing baju2 utk balik kampung belah hubby. Sebelum tu kami ke rumah baru sahabat baik aku...Suhaini yg terletak di Antara Gapi. Familynya berpindah ke sana....selesai beraya dengan Nani & family aku dan hubby terus bertolak balik kampung iaitu di Kuala Kangsar, Perak.

Beginilah rutin harian aku setiap tahun, sebab tu aku dan hubby tak memerlukan sistem giliran atau undi tiap kali sampai Aidilfitri. Adil rasanya kan bila pagi raya bersama family aku kemudian 2 mlm beraya di Kuala Kangsar.

Bilalah agaknya Aidilfitri aku akan seceria keluarga yang lain...tak lagi mengulangi rutin yang sama...tak sabar nak buat tour umah sedara mara utk buat collection Duit Raya utk si kecil...7 tahun dah tiap kali berjalan raya umah sedara mara je buat sakit telinga sakit hati je....huhuhuhu

Semoga Aidilfitri tahun hadapan akan memberi seribu perubahan pada kami sekeluarga...kalau tak berubah juga memang aku lari gi oversea lah kot time2 cuti raya tu hahahahahahaha

Hari raya kedua kami di Kuala Kangsar dimulakan dengan menziarah kubur opah iaitu Mak kepada Mak Mertua ku...hubby aku panggil arwah "Mak" coz dari kecil sampai arwah meninggal die tinggal dengan opahnya (mak)....






Selesai ke kubur, kami terus menziarah keluarga2 terdekat....sampai malam jugak lah baru balik ke rumah....

Hari raya ketiga kami berjalan raya ke Pulau Pinang...hanya berdua dan itu lebih indah & mudah kot.....shopping2 & belanja lah En Hubby makan ice cream....die pilih makan ice cream kat Haagen Dazs...pilih Seven Heaven....layaaannnnn




Kami bertolak balik ke KL pada malam raya ketiga iaitu Khamis malam....maklumlah my Hubby kerja hari Jumaat...bukan tak boleh cuti tapi nak jimat cuti utk program bulan Dec. Dan aku tak sabar balik KL untuk program jalan raya kami hari sabtu & ahad nie...tungguuuu.....

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Ku...

Bulan mulia bulan yang berkat....seperti setiap2 tahun yang lalu aktiviti aku dibulan Ramadhan ialah menambahkan lagi pendapat dan cari duit untuk belanja raya....Ikut hati macam malas tapi dah kerana ada tempahan...kenalah diteruskan heeehehhee

Okey, setiap tahun aku adalah Tukang Jual biskut raya yang mana semua biskut2 nie Mak Yang aku yang buat...rasa memang gerenti sedap...kualiti memang gerenti power...harga memang berbaloi dgn rupa + rasa + kualiti...

Selain dari tu aku juga menerima tempahan2 hamper Aidilfitri...alah sekadar buat yang termampu...walaupun ada yang sampai memaksa aku buat juga hamper die...

Kepada yang tak berkesempatan berbuka puasa dengan aku tu harapkan diampunkan...memang jadual di bulan Ramadhan amatlah ketat...mana dengan kerja2 siang hari....berulang ke umah tukang buat kuih...hamper2 yang perlu disiap...pendek cerita memang jadual & kuantiti & kualiti tidor dan rehat aku amatlah terhad....

Nie adalah beberapa keping gambar untuk tatapan semua...layaaannn......
























Alhamdullilah dengan rezeki Allah SWT....moga bertambah2 murah lagi rezeki ku di tahun hadapan...aammmiiinnnn....

Tuesday, August 23, 2011

Snowy Cedera

Orang kata kalau sesuatu perkara tu sentiasa bermain di hati maka ianya akan benar2 terjadi...akhirnya terbukti juga hari nie....

Sebenarnya dari awal ramadhan lagi aku selalu cakap yg satu hari memang aku akan sondol keta org...memang tak suka drive di bulan puasa...ngantuknya lain macam....

Pagi tadi aku drive dalam keadaan yang amat2 mengantuk...kenapa aku keletihan + mengantuk...nanti aku citer dalam page lain...jenuh aku bertahan mata dari Gombak hingga ke PJ...akhirnya aku tersondol gak keta org waktu que nak masuk ke Amcorp Mall (Opis Aku)...mata lalok + hati perasan macam keta tu dah kuar simpang...rupanya tak bergerak pun keta tu...apa lagi berdentum lah....

Mujur masa kejadian ada 2/3 org staff lelaki kat opis aku nie yg memang lalu jalan yg sama...mereka2 nie lah yg bantu aku kowtim kan dgn owner kereta depan...setelah bincang dengan dia, katanya tak perlu report coz akan amik masa yang lama...just settle sini je....dia minta RM200 padahal kereta die cuma calar di no plat & bumber je...aku minta kurang dan die kata bayar RM150 je lah....

Alhamdullilah, kalau report mau aku kena bayar saman langgar keta lagi...melayang bayar saman 200/300...mana dengan nak repair keta lagi kan....

Tahun nie Snowy betul2 menduga aku....nak2 raya nie die pulak sibuk nak berbaju baru...sabar ye snowy coz ko akan aku repair selepas cuti raya....kalau hantar sekarang mau aku pulak yang tak berbaju baru lepas nie.....sebenarnya dari pertengahan puasa lagi aku dah berbincang dengan hubby utk tukar bumber belakangnya yg dah lama retak...rupanya2 die nak tukar semua baru...