Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

EPO & Asid Folic

Sekadar berkongsi pengetahuan untuk yang ingin berkongsi...sejak dari tahun lepas aku mengamalkan supplement tambahan nie...berfungsi macam ubatlah juga...dari dulu macam2 ubat aku dah telan...tapi yang kali nie Alhamdulillah aku masih lagi kuat disiplinnya....

Semenjak berkahwin aku mengalami aturan period yang amatlah tunggang langgang....adakalanya sampai 4 bulan tak timbul2...banyak tahun jugalah Puasa Ramadhan aku penuh....ada juga kebaikkan nya...tul tak ? Disamping aturan period yang berterabur...aku juga mengalami senggugut yang kadang2 okey kadang2 tu rasa nak buka perut letak tepilah....

Setelah bercerita dengan Rakan Baik aku iaitu Irni Sazira aka Nong...die mencadangkan aku mengambil Evening Primrose Oil (EPO)... brand Bio-Life pun die jugalah yang mencadangkan...berdasarkan hujah2 & pengalaman beliau lah aku nekad utk berdisiplin mengambil EPO sampai bila2...walaupun dah masuk botol kedua dan masih tiada perubahan untuk aku lagi....tak pe aku bersabar key...

Pil kedua yang aku ambil adalah Asid Folic...rasanya cuma yang pernah mengandung sahaja yang mengenali ubat nie kan...ubat nie aku makan atas saranan Doktor yang mengatakan bahawa Asid Folic amat sesuai diamalkan 3 bulan pertama bagi persediaan untuk hamil... zaman sekarang nie ramai pasangan yang bakal berkahwin telah mengamalkan Asid Folic nie 3 bulan sebelum bernikah....

Apapun kedua-dua pil ini aku amik atas saranan Doktor yang meyakinkan aku kebaikkan pil ini untuk mengimbangkan hormon aku...sebagai tanda USAHA aku mengamalkannya...dan kini aku TAWAKAL pada Allah SWT....

Mungkin untuk hamil dalam jangkamasa terdekat adalah sesuatu yang mustahil untuk aku...tapi cukuplah sekadar mendapat kitaran haid yang normal...Alhamdullilah jika doa ku ini dimakbulkan....

Berikut adalah kebaikkan EPO & Asid Folic...sekadar berkongsi pengetahuan...

Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
Fungsi Asid Folic :

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

1 comment:

FARHANA said...

zura..boleh ke eh amik EPO dan asid folik secara serentak?