Awalnya tugas aku cuma menyiapkan Sireh Junjung sahaja...hantaran2 yang lain akan disiapkan sendiri oleh Huda...kononnya si kakak nie nak buat sendiri lah hantaran bertunang untuk adiknya...tapi apa lagi yang nak dikata...cubaan nya nyata menemui jalan buntu...setelah sawan + meroyan...Huda terpaksa mengakui bahawa pertolongan aku amat diperlukan...tu lahhhh awal2 lagi aku dah inform, beli barang biar aku buatkan...inilah natijah bila degil ye Huda....
Mujur jumlah hantarannya cuma 6 bekas termasuk Sireh Junjung...kalau berbelas2 dengan tempoh 2 mlm...memang aku pulak lah yang meroyan....hehehehe
Sebenarnya jujur aku akui tak de lah besar mana pun keuntungan membuat hantaran nie...tapi atas faktor minat & kepuasan aku seronok bertungkus lumus membuatkan...dan sebab tu jugalah hanya mereka2 yang rapat sahaja je yang aku terima tempahannya...
Walaupun hantaran nie untuk adik Huda, tapi 2 malam berturut2 Huda & Yatt serta adik2 mereka sanggup berjaga hingga ke pagi menemankan aku menyiapkan...walaupun tak hulur satu jari untuk membantu pun aku memang tak kisah....sebab ianya mengelakkan aku meroyan macam Huda...hahahaha
Terpikir pulak, bila tiba masanya giliran hantaran Huda & Yatt...pasti aku lebih bersemangat lagi...mesti seronok giler....hheeiiii bilalah akan tiba masanya nanti...Cepat2lah Huda & Yatt...aku tak sabar nak sponsor kos upah percuma nie...
Keylah, kita layanlah gambar2 gubahan hantaran yang berjaya direka oleh aku...bolehlah dari tak der....
sepersalinan pakaian
Bila semua nie dah siap, rasa terlalu sayang nak bagi diaorg bawa balik...sedih & sayu je rasa....itu lah perasaan aku bila tiap kali hantaran2 yang aku buat dibawa pergi oleh tuannya...macam kelakar kan....hehehehehe
No comments:
Post a Comment