Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 16, 2010

Ulangtahun Ke-6

3hb December 2010… enam tahun yang lalu…pada hari yang sama (Jumaat) aku sekeluarga sibuk dengan macam2 perkara yang perlu diuruskan…sibuk dengan apa yee…..Sibuk dengan hari pernikahan aku (tengah senyum sorang2 nie)….Jumaat, Sabtu & Ahad (3-5hb Dec 2004)…merupakan tarikh keramat untuk aku & suami…hari yang membahagiakan walaupun sebenarnya meletihkan…dan kalau diberi peluang pun kami tak mahu mengulanginya lagi….mana taknya… kenduri kami 3 hari 2 malam…Tuhan je yang tahu penatnya macam mana….Tapi apapun kami memang bahagia…sokongan, bantuan & doa keluarga, sanak saudara & sahabat handai melancarkan segala-galanya…TERIMA KASIH SEMUA !

Sekeping dua gambar kenangan buat tatapan pembaca (kalau ada yang meluat tu sila tinggalkan laman saya nie yee)

Pernikahan 3hb December 2004
Persandingan 4hb December 2004

Persandingan 5hb December 2004
Abah & Mak

Baba & Mama

Dan Kini

6 tahun memang mematangkan usia perkahwinan kami...walaupun ianya kami lalui tanpa kehadiran putera ataupun puteri...kami redha & tabah...rasanya pasangan yang berusia seperti kami & mempunyai ramai anak pun tak mungkin sekuat kasih sayang kami suami isteri...maklumlah sibuk dengan tugasan & tanggungjawab yang ramai hingga lupa bara cinta yang hampir terpadam...wallahhualam....

Alhamdullilah....dugaan membuatkan kasih kami lebih kuat...kami percaya segalanya ada rahmat...apa yang berlaku itu bersebab...mungkin ada tanggungjawab lain yang perlu kami laksanakan terlebih dahulu...aku yakin Allah SWT itu menyayangi umatnya...Insyaallah...

PASTI HADIR PELANGI BUAT KAMI SUATU HARI NANTI !!!


Setiap tahun kami akan meraikan ulangtahun ini dengan bercuti (meluangkan waktu bersama)...walaupun sebenarnya kami berdua nie memang kaki bercuti tak yah ada sebab pun hehehehe...disebabkan dua2 sibuk denga kerja & bisnes masing2...ditambah lagi dengan cuaca yang banjir sana-sini...kami memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian kami...Walaupun sebenarnya pejam mata pun dah nampak dah Penang tu cam ner kan...tapi lokasi percutian kami bukanlah bandar Penang tu ye...

Golden Sands Shangrila Penang menjadi pilihan destinasi Honeymoon kami.....segalanya best kat situ.... biliknya... pantainya... swimming poolnya... makannya... facilitiesnya...layanan pekerjanya...semua best lah...memang puas hati (tapi Tanjung Aru Shangrila Kota Kinabalu lagi best)....

Nie adalah gambar kenangan sekeping dua buat tatapan & mungkin juga rujukan buat mereka2 yang merancang untuk bercuti di sana....




DOAKAN KEBAHGIAAN KAMI KEKAL SELAMANYA & CEPAT2 DIKURNIAKAN ZURIAT

AMIIINNNNN YA RABBALA'LAMIN....


2 comments:

Mimy Hamid said...

hepi annivesary zura....semoga bahagia hingga ke syurga..amin

Norazura Zainul said...

TQ dear...doa aku utk ko jugaaa...