Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Mimy & Megat !!!

26hb November 2010 telah menjadi tarikh keramat buat sahabat ku Norazalimy Abd Hamid (Mimy)...tarikh yang akan disimpan olehnya hingga hujung usia...TARIKH PERNIKAHAN....sekaligus tarikh segala permulaan termasuk statusnya sebagai ISTERI..

Keesokkannya 27hb November 2010 merupakan MAJLIS BERSANDING yang diadakan di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis...meriah yang amat meriah....ditambah pula dengan sentuhan Cleo Studio (mak andam aku waktu majlis besar aku dulu)

Makanannya memang best2 semuanya....

Okey aku citer sikit bagaimana aku mengenali Mimy....Kami sememangnya satu sekolah...tak silap aku dari Form 1 lagi...tapi cuma satu sekolah...tak pernah sekelas pun dan tak pernah bertegur pun...kenal gitu2 je lahhh...waktu sekolah aku mengenali Mimy sebagai salah seorang ahli G19...aku pun secara tak langsung adalah rapat dgn sorang dua ahli dari G19....

Hubungan rakan biasa yang akhirnya bertukar kepada sahabat berlaku sewaktu kami sama2 belajar di EDI...kebetulan course yang diambil pun sama...*Mimy aku tau cerita kau call Huda tanya pasal aku kan...takut ye nak tegur aku dulu...hehehehe

Kami sentiasa bersama...selalunya waktu balik kami naik bus sama...Mimy ko ingat lagi tak bus hijau yang nak tunggu boleh siap tido baring kat bus stop tu...ko ingat tak bus intrakota yang ko tendang tayar busnya sebab ko hampir terjatuh waktu berdegil nak naik masa kat bus stop galeria dulu....ko ingat tak waktu ko selalu je jatuh bila lalu kat Food Court Melawati sekaligus menjatuhkan saham2 kami (aku, Linda, Suzie & Liza)...heheheeh semua tu kenangan manis yang terlalu indah...aku simpan sampai mati tau nie....
Mimy tahu semua pasal aku...walaupun 5 tahun di Sek Men yang sama...kami tak pernah bertegur sapa...tapi hubungan yang rapat selama 2 tahun membuatkan kami saling memahami...Mimy juga tahu agenda awal aku waktu mula2 couple dgn budak Mechanical Engineering dulu kan...(skrg dah jadi suami aku dah).....hehehehe

Mimy juga salah seorang kawan aku yang berada di Majlis Perkahwinan aku dari nikah hingga selesai majlis...sampai skrg aku tak terucap rasa terima kasih....Thanks Mimy Coz U Always With Me....Dalam masa yang sama, Mimy juga salah seorang kawan perempuan aku yang ngam dgn husband aku...memang husband aku pun dah anggap Mimy macam adik dia...kalau tak caya cuba ko ingat balik cam ner husband aku take care ko Mimy...dia memang akan tegur ko secara direct...protect ko....dan husband aku pun happy bila ko mendapat suami yang 100% boleh bahagiakan ko....ingat tak dulu waktu aku mula2 kahwin...hampir setiap hari ko dtg makan malam kat umah kami kan...kalau ko tak datang laki aku mesti tanya...Mimy makan kat ner malam nie...aku suka masak & ko ngan laki aku lak suka makan.....heheheheeh

Semenjak rapat...Mimy banyak ceritakan pada aku lelaki2 yang pernah bergelar kekasihnya (itu dulu ye)....memang aku kesiankan Mimy...kesian sebab dier betul2 ikhlas tapi selalu dipermainkan...macam2 pengalaman & kekecewaan yang dilalui nya....sehinggakan Mimy pernah tak mahu pikirkan soal kahwin lagi....

Akhirnya jodohnya tiba jua...betullah kata pepatah ANDAI DAH JODOH...TAK KEMANA JUA....walaupun tak pernah terfikir hubungan yang pada awalnya aku anggap akan sama seperti hubungan2nya yang lain....aku ingat lagi dulu bila aku pernah sound Mimy...sebab dah terlalu letih dengan cerita2 kisah cintanya yang separuh jalan...sampai pernah ayat nie terkeluar dari mulut aku..."Kisah2 cinta aku tak nak dengar...yang aku nak dengar cuma ko inform yang ko nak tunang/kahwin"...bila fikir balik kejam betul aku...tapi tulah cara utk buat Mimy berfikir tentang matlamat kehidupan dan mencari maksud tujuan sesuatu perhubungan sekaligus cepat menilai tiap lelaki yang dikenalinya.....

Akhirnya Mimy kini bergelar Isteri...SELAMAT DATANG!!!....semoga Megat akan membimbing Mimy untuk menjadi isteri yang solehah & ibu yang penyayang....aku yakin Mimy kini 100% bahagia....sebab aku pun 200% happy utk Mimy & Megat.....

Aku harap bila dah menjadi isteri nie...ko akan kuat semangat, dan bersabar dlm tiap ujiannya...ingat bahawa Syaitan memang sentiasa mengoncang tiang masjid...Syaitan akan bertepuk tangan bila masjid itu roboh....jangan gelogoh dlm tiap apa pun yang dilakukan...tak kiralah keputusan, percakapan mahupun tingkah laku...bila jadi isteri dan menantu nie...kita membawa 2 maruah...pertama maruah suami & kedua maruah keluarga kita....

Apapun aku sentiasa mengharapkan Mimy akan bahagia selamanya....happy selalu...ceria disamping memikul tanggungjawab sepenuhnya...aku tau banyak yang ko tak biasa kan..tapi lama2 nanti mesti ko terrer....belajarlah segalanya pelan2....dulu ko malas nak masak kan...skrg masaklah selalu utk suami...air tangan isteri umpama gari kepada suami tau...hehehehe

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MIMY & MEGAT....
SEMOGA MURAH REZEKI, BAHAGIA & TABAH SELALU....
DUGAAN AKAN SENTIASA MUNCUL...HADAPI DENGAN BERMUAFAKAT...
IKHLAS DARI KAMI SUAMI ISTERI....

WITH PENGANTIN...

PENGANTIN BERARAK MASUK KE PELAMIN....

DI PELAMIN YANG INDAH...MEMOHON RESTU DARI ALLAH SWT

ANTARA RAKAN2 EDI YANG SEMPAT JUMPA...

BUAH TANGAN DARI PENGANTIN...TQ !

Wednesday, November 24, 2010

Niat Aku Sering Di Salah Erti...Keikhlasan Aku Selalu Dipersendakan

Nuffnang Ads

Lirik Lagu : Hilangkan Segalanya - Farawahida

Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Lirik lagu nie 80% menghampiri laluan kehidupan aku....dugaan dan ragam laluan kehidupan yang perlu aku tempuh...Aku tak mahu mengeluh apa lagi mempersoalkan apa sahaja yang perlu aku lalui ini...mungkin ini dugaan atau balasan dari Allah SWT...Yang tahu hanya Dia...Aku yakin segalanya pasti bersebab...Sebagai hambanya aku perlu sentiasa bersyukur...ingat ye Zura...bersyukur...bukan mengeluh....

Aku telah lalui pelbagai jenis dugaan & cubaan...semuanya telah aku temui jawapannya...aku bersyukur....Allah menyayangi hamba2nya...kerana itu dia menguji & memberi dugaan agar hambanya sedar diri dan bersyukur...

ALHAMDULILLAH

Kehidupan aku masih panjang...Insyaallah...jika diizinkan Allah SWT....segalanya akan aku tempuh dengan senyuman....yeee senyuman yee zura.....

Aku bersyukur kerana perjalanan kehidupan aku tidak dilalui seorang diri...aku mempunyai pelbagai jenih rencah..pelbagai jenis rasa...pelbagai jenis warna...semua itu bergelar kawan/rakan/sahabat/....merekalah yang menjadi corak kehidupan aku...merekalah yang memberi warna dalam kegelapan aku...mereka jugalah yang memberi rasa dalam tawarnya kehidupan aku....

* Andai mampu aku sampaikan pada semua....

TERIMA KASIH & AKU SAYANG KORANG SEMUA TAU !!!


Friday, November 19, 2010

Hindari Penyakit Riak

Terima Kasih Harian Metro Kerana Menyajikan Artikel Menarik Untuk Panduan Semua...

MAHA Besar dan Maha Berkuasanya Allah dapat kita lihat dengan kejadian manusia yang pelbagai rupa dan kelakuan. Walaupun rambut sama hitam, tapi warna kulit, bahasa, tingkah laku dan agama tidak sama antara seorang dengan seorang. Begitu juga kalau kita lihat dalam kehidupan manusia di bumi ini. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang baik hati, ikhlas, jujur, amanah dan terdapat juga mereka yang busuk hati, sombong, dengki, kedekut dan riak.

Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.


Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.


Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.


Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).


Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).


Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.


Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).


Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).


"Ya Allah, Jauhkan lah Aku Dari Semua Sifat2 Keji Ini...Lindungi lah Aku Dari Mereka2 Yang Bersifat Begini...Bimbinglah Mereka2 Ini Agar Sedar & Kembali Kepada Mu Ya Allah !"

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha 2010

Alhamdullilah & Syukur Ke Hadrat Allah SWT...

Buat pertama kalinya aku meraikan Aidiladha 2010 di rumah baru (last year Aidiladha tak terasa sangat coz sibuk mengemas rumah yang baru pindah kan)...pada awalnya aku hanya merancang persiapan makanan yang simple coz andaikan tak der saper pun yg akan datang...plan utk duduk umah & makan2...lepak2 layan Astro...

Seperti biasa, setiap kali pagi Aidilfitri & Aidiladha...ini adalah agenda wajib yang telah tersemat dalam hidup aku semenjak 15 tahun pemergian Norazlan Bin Zainul (adik aku yang no.2, yang telah meninggalkan kami pada usianya 13thn)...kami sekeluarga tak pernah miss menziarah kubur arwah...aku berharap aku akan sentiasa tiba dikuburnya pada setiap pagi Aidilfitri & Aidiladha...Insyaallah....


Norazlan Bin Zainul : 5hb Julai 1982 - 23hb Oktober 1995 kami semua merindui adik, kalau adik masih ada pasti keluarga akan lebih happy....
Andai kau ada adik...pasti kakak ada tempat mengadu & berkongsi tanggungjawab kan...
Seperti biasa...kami sedekahkan bacaan Yasin buat arwah adik....

Abah yang inginkan adik sentiasa disisi....
Mak yang ingin sentiasa memandikan adik...

Abang yang tak sempat kenal arwah adik....
Sorry, gambar adik aku yang bongsu tak der coz dierlah tukang amik gambar...

Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosanya, kau lapangkan & cerahkan lah kuburnya, kau permudahkan lah segala urusannya & kau temukan lah kami sekeluarga disana nanti...Aminn...
Selepas ke kubur, agenda kami seterusnya adalah ke rumah ibu mertua ku di Tmn Dato' Senu, Sentul (itupun aku ngajak...kalau nak tunggu anak dier memang tak pergilah gamaknya)...sambil tu bawalah mak bapa aku sekali...melawat besan kan....makan2 & sembang2...kul 12tgh kami gerak balik ke rumah...banyak lagi kerja menanti aku & mak...laksa tak rebus lagi...bahan2 laksa tak potong lagi...bubur gandum tak buat lagi...ais tak beli lagi...wahhhh banyak nye keje...

Tetamu pertama kami adalah family Mak Yang & Pak Yang...kemudian disusuli pula dengan sahabat baik aku Suhaini, keluarga besar Kak Ain, family Kak Wati, family Cik, Mak & Bapa Mertua Aku, family Limy, Amiza Shazwani & Taqif dan penutupnya keluarga Karim (kawan husband)...

Memang letih betul aku...tak menang tangan rasanya melayan tetamu2...maaflah kepada yang tak terlayan tu yee....Alhamdullilah menu makanan semua cukup2...aku sendiri sempat makan laksa kul 10mlm....

Okeylah, tu jer cerita Aidiladha 2010 aku...meriah & bersyukur...semoga hari2 aku akan sentiasa ceria seperti semalam....Amin...