Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 24, 2010

Niat Aku Sering Di Salah Erti...Keikhlasan Aku Selalu Dipersendakan

Nuffnang Ads

Lirik Lagu : Hilangkan Segalanya - Farawahida

Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Lirik lagu nie 80% menghampiri laluan kehidupan aku....dugaan dan ragam laluan kehidupan yang perlu aku tempuh...Aku tak mahu mengeluh apa lagi mempersoalkan apa sahaja yang perlu aku lalui ini...mungkin ini dugaan atau balasan dari Allah SWT...Yang tahu hanya Dia...Aku yakin segalanya pasti bersebab...Sebagai hambanya aku perlu sentiasa bersyukur...ingat ye Zura...bersyukur...bukan mengeluh....

Aku telah lalui pelbagai jenis dugaan & cubaan...semuanya telah aku temui jawapannya...aku bersyukur....Allah menyayangi hamba2nya...kerana itu dia menguji & memberi dugaan agar hambanya sedar diri dan bersyukur...

ALHAMDULILLAH

Kehidupan aku masih panjang...Insyaallah...jika diizinkan Allah SWT....segalanya akan aku tempuh dengan senyuman....yeee senyuman yee zura.....

Aku bersyukur kerana perjalanan kehidupan aku tidak dilalui seorang diri...aku mempunyai pelbagai jenih rencah..pelbagai jenis rasa...pelbagai jenis warna...semua itu bergelar kawan/rakan/sahabat/....merekalah yang menjadi corak kehidupan aku...merekalah yang memberi warna dalam kegelapan aku...mereka jugalah yang memberi rasa dalam tawarnya kehidupan aku....

* Andai mampu aku sampaikan pada semua....

TERIMA KASIH & AKU SAYANG KORANG SEMUA TAU !!!


Friday, November 19, 2010

Hindari Penyakit Riak

Terima Kasih Harian Metro Kerana Menyajikan Artikel Menarik Untuk Panduan Semua...

MAHA Besar dan Maha Berkuasanya Allah dapat kita lihat dengan kejadian manusia yang pelbagai rupa dan kelakuan. Walaupun rambut sama hitam, tapi warna kulit, bahasa, tingkah laku dan agama tidak sama antara seorang dengan seorang. Begitu juga kalau kita lihat dalam kehidupan manusia di bumi ini. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang baik hati, ikhlas, jujur, amanah dan terdapat juga mereka yang busuk hati, sombong, dengki, kedekut dan riak.

Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.


Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.


Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.


Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).


Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).


Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.


Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).


Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).


"Ya Allah, Jauhkan lah Aku Dari Semua Sifat2 Keji Ini...Lindungi lah Aku Dari Mereka2 Yang Bersifat Begini...Bimbinglah Mereka2 Ini Agar Sedar & Kembali Kepada Mu Ya Allah !"

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha 2010

Alhamdullilah & Syukur Ke Hadrat Allah SWT...

Buat pertama kalinya aku meraikan Aidiladha 2010 di rumah baru (last year Aidiladha tak terasa sangat coz sibuk mengemas rumah yang baru pindah kan)...pada awalnya aku hanya merancang persiapan makanan yang simple coz andaikan tak der saper pun yg akan datang...plan utk duduk umah & makan2...lepak2 layan Astro...

Seperti biasa, setiap kali pagi Aidilfitri & Aidiladha...ini adalah agenda wajib yang telah tersemat dalam hidup aku semenjak 15 tahun pemergian Norazlan Bin Zainul (adik aku yang no.2, yang telah meninggalkan kami pada usianya 13thn)...kami sekeluarga tak pernah miss menziarah kubur arwah...aku berharap aku akan sentiasa tiba dikuburnya pada setiap pagi Aidilfitri & Aidiladha...Insyaallah....


Norazlan Bin Zainul : 5hb Julai 1982 - 23hb Oktober 1995 kami semua merindui adik, kalau adik masih ada pasti keluarga akan lebih happy....
Andai kau ada adik...pasti kakak ada tempat mengadu & berkongsi tanggungjawab kan...
Seperti biasa...kami sedekahkan bacaan Yasin buat arwah adik....

Abah yang inginkan adik sentiasa disisi....
Mak yang ingin sentiasa memandikan adik...

Abang yang tak sempat kenal arwah adik....
Sorry, gambar adik aku yang bongsu tak der coz dierlah tukang amik gambar...

Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosanya, kau lapangkan & cerahkan lah kuburnya, kau permudahkan lah segala urusannya & kau temukan lah kami sekeluarga disana nanti...Aminn...
Selepas ke kubur, agenda kami seterusnya adalah ke rumah ibu mertua ku di Tmn Dato' Senu, Sentul (itupun aku ngajak...kalau nak tunggu anak dier memang tak pergilah gamaknya)...sambil tu bawalah mak bapa aku sekali...melawat besan kan....makan2 & sembang2...kul 12tgh kami gerak balik ke rumah...banyak lagi kerja menanti aku & mak...laksa tak rebus lagi...bahan2 laksa tak potong lagi...bubur gandum tak buat lagi...ais tak beli lagi...wahhhh banyak nye keje...

Tetamu pertama kami adalah family Mak Yang & Pak Yang...kemudian disusuli pula dengan sahabat baik aku Suhaini, keluarga besar Kak Ain, family Kak Wati, family Cik, Mak & Bapa Mertua Aku, family Limy, Amiza Shazwani & Taqif dan penutupnya keluarga Karim (kawan husband)...

Memang letih betul aku...tak menang tangan rasanya melayan tetamu2...maaflah kepada yang tak terlayan tu yee....Alhamdullilah menu makanan semua cukup2...aku sendiri sempat makan laksa kul 10mlm....

Okeylah, tu jer cerita Aidiladha 2010 aku...meriah & bersyukur...semoga hari2 aku akan sentiasa ceria seperti semalam....Amin...

Monday, October 18, 2010

Sumber Petikan Yang Mungkin Boleh Dijadikan Pengajaran Buat Kita...

WACANA ISLAM Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJIDJALALUDDIN

Rumi penyair sufi terkenal sepanjang sejarah Islam mengingatkan kita bahawa keberagamaan yang tulus dan ikhlas walaupun kecil mampu mengubah dunia. Dan keberagamaan yang tidak tulus dan bersifat munafik, betapapun besar ia sebenarnya tidak memberi kesan kecuali menjauhkan orang dari agama Islam yang sebenar.

Kemunafikan manusia hari ini jelas tergambar melalui pengakuan mereka sebagai pejuang Islam dan meletakkan diri mereka setaraf dengan ulama serta merasai lebih alim daripada manusia lain tetapi hakikatnya mereka jahil dan bodoh.

Atas perbezaan ideologi yang disertai dengan kejahilan, telah menutup pintu hati dan pemikirannya sehingga berani membuat tuduhan kafir ke atas sesama Muslim. Malah mereka mengkhususkan syurga hanya untuk puaknya dan neraka untuk puak yang lain.

Pengucapan dua kalimah Syahadah, ikhlas atau tidak bukanlah urusan orang lain untuk menilainya kerana dalam masalah ini hanya Allah yang berhak memberi penilaian. Dalam satu peperangan, panglima tentera Islam iaitu Khalid Al-Walid telah membunuh musuh yang mengucapkan Syahadah kerana pada sangkaannya musuh pura-pura kerana takut pedangnya.Peristiwa ini telah menarik perhatian Rasulullah s.a.w dan Nabi menegur: ''Bagaimana boleh mengaku mengetahui isi hati orang itu.Apakah ia pura-pura atau tidak?''

Kita memerlukan Islam yang tampil dengan wajah yang ramah dan penuh kasih sayang. Kita tidak memerlukan Islam yang terikat pada bentuk-bentuk lahiriah yang terlalu setia sehingga mengabaikan inti sebenar daripada ajaran Islam. Demikian juga apa yang berlaku kepada sesetengah golongan apabila memberi syarahan agama yang bertujuan mengajak manusia dekat dengan agama, tetapi bentuk ceramah itu pula disirami dengan celaan, ejekan, kecaman dan teriakan sehingga menjauhkan kecintaan orang ramai kepada agama.

Apa pun bentuk keimanan yang sebenarnya adalah keimanan yang dapat menarik semua orang ke pangkuan Islam.

Janganlah bersikap takbur dan angkuh dalam apa juga bentukperjuangan apatah lagi atas nama Islam. Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Abu Dzar.

Wahai Abu Dzar, barang siapa mati dan dalam hatinya wujud sebesar debu daripada takbur, maka ia tidak akan mencium bau syurga kecuali ia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya.

Manusia yang takbur akan sentiasa dilaknati Allah kerana mereka menyaingi kebesaran dan keagungan Allah dan juga kerana mereka telah membesarkan diri mereka sendiri. Mereka seumpama iblis yang pada mulanya makhluk yang sangat kuat beribadat tetapi takburnya kepada Allah satu saat sahaja, dia dilaknati Allah.

Demikianlah juga segala niat dan perbuatan kita, jika ditegakkan atas dasar sikap takbur maka akan hancur dan sia-sialah hidup serta amalnya. Dengan takbur, hajinya akan ditolak, puasanya sia-sia, solatnya akan membawa kepada kecelakaan. Salman Al-Farisi ketika ditanya ''Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia''. Salman menjawab ''Takbur''.

Janganlah kita membangga diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi sehingga meletakkan orang lain semuanya bodoh dan jahil. Janganlah kita bertakbur menimbulkan kerosakan di muka bumi ini, apabila ada segolongan manusia yang seagama menghulurkan tangan untuk bermaafan demi agama Islam yang murni.

Orang yang mulia dan baik di sisi Allah ialah mereka yang memulakan salam dan menghulurkan tangan pada saudaranya untuk berdamai. Manakala orang yang paling jahat adalah sebaliknya. Oleh itu golongan yang menolak tawaran berdamai adalah orang yang paling dibenci oleh Allah.

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dan berlagak sombong takbur lagi membanggakan diri. (Surah Lukman, ayat 18).

Kesombongan bukan sahaja merugikan manusia di dunia malah mengheretnya kepada kehinaan di akhirat, walaupun sombong itu hanya sebesar zarah.

Kharithsah bin Wahab r.a. berkata, Nabi bersabda yang bermaksud:Mahukah kamu aku beritahu tentang ahli neraka? Iaitu setiap sifat kerashati, berjalan dengan angkuh dan sombong. (Muttaffa-qalaih).

Malah Rasulullah s.a.w. apabila bertemu sesama Islam ia terlebih dahulu memberi salam dan apabila bersalam tidak akan dilepaskan tangannya kecuali orang itu yang melepaskannya dahulu.

Thursday, September 30, 2010

30 Oktober 2010

Assalamualaikum,

Sorry lama tak update kan....sebenarnya tak tau apa yang nak ditulis...kalau perkembangan rawatan susah nak citerlah coz semuanya sama macam dulu...pada awalnya ingatkan ada good news coz my last period 16 Jun tapi rupa2nya bagi peluang aku puasa penuh jer tahun nie...malam raya 1st tu cikpeod aku pun hadir....tapi kali nie aku period hampir 3 minggu...cuma minggu pertama tu main2 sket lah...bukan period yg biasa....apapun alhamdullilah coz aku tak mengalami sakit2 atau lenguh2 seperti biasa....

Treatment dgn Dr Adilah dah lama terhenti....bulan puasa punya pasal...sibuk dgn raya lagi....dan skrg masalah kewangan lak...dgn biodex lak macam tak nampak apa2 perkembangan pun...eermmm ntah lahhh

Fikir2 balik rasanya tahun depan nak terus buat IUI lah...memanglah belanjanya tinggi tapi bila pikir umur apa lagi yang nak ditunggu kan...org kata kalau IUI nie confirm kembar....tanggungjawab memang besar tapi express kenalah tanggung kan...cumanya kena tunggu tahun depan lah coz budgetnya pun ada tahun depan....

So buat pembaca2 (kalau ada lah kan) doa2kan lah utk zura yer....nak berharap pregnant sendiri tu memang tak lah...mungkin takdir zura kena macam nie kot....mungkin yg pertama jerrr pastu aku akan potong list anak member2 yg lain....Insyaallah....

Monday, July 12, 2010

Biodex

Dah lama aku fikirkan perkara ini dan pada hari ini aku nekad untuk melakukannya. Aku dan hubby telah pergi ke HQ Biodex di Sri Rampai. Kami nekad untuk mencuba Biodex setelah mengetahui masalah sebenar yang aku alami. Alhamdulillah aku tidak mengalami masalah Cyst. Kalau tak, kenalah buat pembedahan bagai dulu utk buang Cyst tu kan...

Modal nya memang besar...set lengkap utk suami dan isteri hampir RM900 juga lah...itulah pengorbanan yang perlu aku keluarkan....


So skrg nie tengah disiplinkan diri untuk mengambil produk Biodex nie mengikut masa yang ditetapkan...doakan kejayaan usaha kami...Inysaallah !!!

25 Jun 2010

Sorry lewat update blog pulak kan...maklumlah banyak sangat tugasan harian...macam2 perlu diuruskan...

25 Jun 2010 tarikh my next aptn dgn Dr Adilah...hari ke 13 dari tarikh period aku. Macam biasa pemeriksaan dgn cara memasukkan camera dari bawah perlu dilakukan. Alhamdulillah ianya berjaya. Dari imbasan camera tersebut Dr menyatakan aku mempunya masalah pembesaran telur dan yang lebih memeranjatkan ovari kiri aku naik ke atas. Eeerrmmm macam mana boleh berlaku macam tu kan...setelah ditolak camera ke kanan & ke kiri...Dr jumpa beberapa telur yang berpoteksi besar antara 27 hingga 30hb. Jadi Dr minta kami suami isteri beruasaha keraas lah sikit time tu...hehehehe

Tiada apa2 ubat yang diberi cuma Dr pesan teruskan makan Asid Folix. Jumlah bil yang dikenakan boleh tahan juga lah. Hampir2 RM200.

So my next aptn dgn Dr Adilah ialah pada hari kedua period. Errmmm tunggu jer lah yerrr...