Umpama mimpi tapi ianya realiti...rasa macam tak pasti tapi ianya dah terjadi....waaahhh macam lirik lagu....kenyataan yang perlu dihadapi...aku kini sudah berusia 31 tahun !!!
Rasa macam baru kelmarin aku sarung baju sekolah rendah.....baru semalam aku pakai baju sekolah menengah.....tiba2 dah 31 tahun umur aku....
Eerrmm dulu aku pernah berangan...apalah aku akan jadi pada umur 30++ nanti....dimanakah agaknya letak diri aku nie....Alhamdullilah mungkin tidak serupa dengan mereka yang sebaya...mungkin tidak selengkap mereka yg telah punya semua panggilan/tittle...tapi aku bersyukur kerna aku masih sama menjadi diri aku yang sebenar. Yang paling penting dulu aku pernah berazam untuk tidak membiarkan kehidupan aku dan keturunan aku melalui apa yang pernah aku lalui dulu....Alhamdullilah sikit2 dah banyak perubahan yang aku perolehi dalam kehidupan ini.....
Tiada apa yg istimewa sangat utk birthday aku kali nie...sama sahaja macam tahun2 sebelum ni. Cuma aku rasa Allah memakbulkan Nazar aku.....agak hairan tapi ntah kenapa aku mengikut kata hati untuk bernazar awal tahun 2012 dari tidak makan cake sehingga lah cake birthday aku sendiri...mungkin kerana birthday aku tahun lepas langsung tak makan cake kot....
Bermula pada jam 12tgh malam.... surprise cake dari hubby yg balik dari out station....
yang paling best mak lak simpankan aku cili api kembar....
so perut pun lapar terus buat maggie ayam buh cili api lah kan....
bertemankan maggie cili api kembar aku potong kek jam 12 tgh malam
Esoknya di pagi hari dipejabat...yang kononnya staff2 kat opis nie nak buat surprise kat aku tapi terserempak lak dgn yang tengah bawa cake....elok masing2 tengah berjalan menuju pantry....cantik cup cake dari mereka....thanks all....
Kul 11 cam tu lak dapat lagi sepotong cake dari boss aka Director...
Time lunch lak...waktu turun nak gi lunch terserempak lagi dengan surprise tak menjadi....Yat yg kononnya nak surprise hantar birthday cake aku ke opis....terharu sangat2...die katanya mewakili huda juhuri yang tak berkesempatan nak joint sekali....then on my birthday aku lunch with my 2 BFF....Yat + Huda Husin...
Sememangnya Birthday aku nie dipenuhi dengan cake je kan...apapun senyuman aku utk hari Birthday terhenti bila petang tu seseorang menyampaikan berita yg mungkin padanya amat membahagiakan hingga terlupa ianya umpama satu simbahan asid dalam diri ini....berita yang aku tahu dia sendiri telah simpan berminggu lamanya... sesuatu yang telah lama aku pujuk hati utk bersedia tabah menghadapi....tapi aku tersilap kerana hati aku hanya bersedia menerima berita itu dan aku terlupa untuk bersedia menerima cara dan hari berita itu disampaikan....terbukti dia yang aku letakkan setaraf dengan insan yang melahirkan aku tidak benar2 memahami perasaan dan prihatin dengan remuknya hati aku bila berita itu disampaikan pada hari birthday aku....Why must on my Birthday sedangkan ianya boleh disampaikan sebelum atau mungkin sehari selepas birthday aku....rasanya tidak membawa apa2 kesan pun kan.....
Di hari ulangtahun aku yang ke 31 aku belajar sesuatu yang baru....tidak semua mereka yang mendengar, melihat, dan melalui bersama2 segala susah payah kehidupan akan benar2 memahami hati dan perasaan kita...pilih dahan yang tepat utk kita berpaut kerana takut nanti dahan itu akan patah pada masa kita benar2 tiada peluang yang lain....
Dan yang terakhir buat my BFF yang telah aku anggap saudara satu darah : Aznurulhuda Husin...thanks sangat2 coz hanya kau yang benar2 memahami segala perasaan aku tanpa perlu aku keluarkan dengan perkataan...buat anak2 ibu Kakak & Adik.....Ibu Sayaaannggg kamu berdua.....
Special gift from my BFF on my 31st Birthday.....
Akan aku kenang peristiwa manis dan pahit yang dilimpahkan pada aku pada hari ulangtahun kelahiran ku 21 March 2012....TERIMA KASIH SEMUA.....
3 comments:
aku je tak bg apa kat ko zura..:((..ko marah ke?? Apapun aku doakan ko murah rezeki..ko kawan aku paling rapat tanpa tersangka
Hadiah bukan ukuran keikhlasan dlm persahabatan lah dear...we know each other rite...keikhlasan + memahami aku seadanya dah cukup besar nilainya pada aku....thanks coz be my close friend forever...
;)kluar gambo kek aku ye...yang penting dapat spend the day with you...Take care
Post a Comment