Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

Holiday Kat Pulau Pinang With Hubby & BFF

Akhirnya plan yang direncanakan menjadi kenyataan....hampir2 dibatalkan juga sebab salah seorang ahli menghadapi aral di tengah jalan....nasib baik kami mampu bekerja sama mengangkat aral tu...hehehehehe jangan marah ye Uda....

Kenapa pilih Pulau Pinang ??? Eeermmm sape nak jawab nie yeee...Yatt boleh jawab kot..hehehehe Takperlah, aku jawab jelah ye...sian diee....1st Lokasi Pulau Pinang dipilih sebab sesuai utk dijadikan fast holiday trip...maklumlah kan kami nie golongan2 pekerja bertaraf dunia...jadi kesian kat bos kalau nak apply cuti nie....2nd sebab Pulau Pinang bnyk makanan & lokasi lawatan yang menarik....haaa nak tau mana kami pergi...

22hb April 2011 (Jumaat) :

Mula bertolak dari umah aku dalam kul 12tgh malam...tak perlu amik Yatt sebab aku dah uruskan hal dia awal2 dah (dah kutip sejak petang) hehehehe. Dari umah aku terus gerak ke Kuaters Kerajaan Jln Kuching...amik Cik Nurulhuda Juhuri aka UDA. Dah rasa macam bawa lari anak dara orang coz kami sampai umah dia dlm kul 1pg u allss.....

Sengaja bertolak waktu macam tu sebab kami nak sampai awal pagi di Penang...so tak rugi masa dan tak terkejar2 waktu memandu kan...oh lupa..driver kami ialah my hubby...best driver ever....thanks my hubby....

Banyak juga tempat berhenti, cuma yang aku ingat berhenti kat tapah je...mulanya yang lapar hubby aku sorang je tapi bila dah nampak makanan semua berjangkit lapar...perhentian seterusnya aku tak sedar langsung....lena diulit highway.....telinga nie dengar2 lah juga suara bersembang2 tu....macam bergilir2 tido pun ader....

23hb April 2011 (Sabtu) :

Kami sampai Penang dlm kul 8++am cam tu...lokasi pertama sarapan di lokasi kegemaran hubby aku....alah kedai bawah pokok je...roti bakar set telur setengah masak & nasi lemak daun pisang nya yg memang best...rasa kampung lah....

Kemudian kami terus check in kat Traders Hotel....2 jam diberikan oleh hubby aku aka travel agent kami...mandi...baring2 jap...then kul 11++am kami kuar balik....cuaca amatlah panas dan hubby aku cadangkan gi makan cendol & rojak buah dulu....sedaapppp

Lokasi lawatan pertama kami telah dicadangkan oleh x school mate kami dulu...tu pun die comment kat FB...sebenarnya tukang buat agenda program ialah si Yatt tu...tapi nak buat cam ner...sibuk lah katakan.....1st lokasi kami melawat Rumah Peranakkan Pinang...layan lah gambar yeee.....


Selepas puas berposing sakan kat situ....my hubby cadangkan kami pergi makan Mee Sotong kat Taman Kota Lama...maklumlah dah nak petang kan...lepas makan sessi memanjat bukit2 kat Taman Kota Lama tu pulak...berpeluh lah juga kan...maklumlah model2 semuanya kan...


Selepas lokasi nie kami dah tak tau mana nak pergi dah...dengan cuaca yang amat panas + keletihan memanjat...kami layan je jalan yang hubby aku bawa...punya lah letih sampai anak2 kami kat belakang pun tertidolah...driver pun keletihan gak....hehehee

Memang hobi aku membacakan...terpandanglah singboard Muzium Perang...selalu dah baca singboard tu tapi ntah kenapa kali nie rasa macam nak pergi lah pulak...jalan nak masuk ke Muzium Perang tu boleh tahan lah seram...lereng2 bukit...sampai kat pintu masuk barulah yatt & huda bangun dari tido...aku dah rasa tak sedap hati dah...dah cakap dah tak yahlah, kita gi tempat lain...tapi diaorg cakap alang2 dah sampai masuk je lah....ditambah masing2 dahaga & nak ke toilet plak...

Sampai kaunter tanya berapa bayaran...RM20 seorang...mak ai...bila cakap mahal tauke cina tu cakap "berbaloi ma utk kenal sejarah negara lu sendiri..." ceh ! nak beli air mineral & guna toilet pun kena bayar fee sebagai pelawat dulu...huhuhu

Muzium Perang nie adalah monumen dari zaman Jepun, British & askar2 tanah Melayu...semua adalah kat dalam tu...biik jepun bawah tanah...bilik2 seksaan...tempat pancung kepala...bilik2 pesakit...penjara...bilik masak...dan yang nyata semuanya MENYERAMKAN & AMAT MELETIHKAN....kena turun naik tangga yang pacak punya tinggi pastu tiada patah balik tau...korang semua kena ikut je arrow kat lantai yang telah tersedia...bayangkan dalam hutan yg nak dekat senja + hujan renyai2...hanya kami berempat je.....



Masing2 dah lunyai & berpeluh2...kami decide balik bilik, mandi & rest...after maghrib kuar balik utk dinner kat Gurney Drive & jalan2 kat Night Market Batu Feringgi & sup Hamid yang diidamkan sangat oleh si Yatt tu...


24hb April 2011 (Ahad) :

Tour kami dimulakan dengan Sarapan Pagi di kedai mamak berhampiran Gurney Drive kemudian kami bertolak ke Bukit Bendera...tak sabar nak naik cabel car yang baru kan....tapi malang sekali sebab kami nie tetapu VIP kan....hari kami datang tu adalah hari perasmian cabel car baru Bukit Bendera...ditutup untuk org awam...jadinya tak dapatlah naik....

Seterusnya kami ke Rumah P Ramlee....melawat & posing2 amik gambar lagi lah kan...

Lunch kami telah dicadangkan oleh hubby aku untuk makan di Gerai Nasi Padang....punyalah banyak pilihan lauk sampai kami semua lebih meratah dari makan nasi....alhamdullilah semua kenyang...

Seterusnya, tak tahan dengan cuaca yang amat panas + perut masing2 dah kekenyangan...huda buat permintaan untuk jalan2 dalam aircond pulak....apa lagi Queens Bay Mall lah...rayau2...pusing2...rembat baju 2/3 helai.....kami decide utk balik ke bilik....mandi2 & kemas2 barang...check out dari hotel kul 6ptg...

Keluar dari hotel kami terus ke Pantai Batu Feringgi....layan suasana pantai + matahari terbenam...posing2 amik gambar lagi...

Kemudian kami ke Restaurant Kapitan untuk dinner....Nan Cheese & Nasi Biryani memang power....tiba2 dapat permintaan pulak ada org (uda) nak buat inai sebelah tangan lagi....demi memenuhi permintaan ditambah dinner malam tu die yg belanja....kami pun ke Night Market Batu Feringgi...terkejut lah orang yg buat inai tu kena serang kali kedua dgn kami....akhirnya tiga2 buat inai juga....

Kami bertolak balik ke KL jam 11mlm...awalnya plan nak naik fery tapi sebab dah malam kami ikut jambatan je lah ye.....

Alhamdullilah kami semua selamat sampai di KL jam 3++ pagi....letih tapi membahagiakan...thanks semua atas kelapangan masa anda...superb2 best sangat!!!! tapi kalau Nong ada sekali kan besttttt........

Note : Koleksi gambar selebihnya ada di FB yeee....TQ

Monday, April 11, 2011

EPO & Asid Folic

Sekadar berkongsi pengetahuan untuk yang ingin berkongsi...sejak dari tahun lepas aku mengamalkan supplement tambahan nie...berfungsi macam ubatlah juga...dari dulu macam2 ubat aku dah telan...tapi yang kali nie Alhamdulillah aku masih lagi kuat disiplinnya....

Semenjak berkahwin aku mengalami aturan period yang amatlah tunggang langgang....adakalanya sampai 4 bulan tak timbul2...banyak tahun jugalah Puasa Ramadhan aku penuh....ada juga kebaikkan nya...tul tak ? Disamping aturan period yang berterabur...aku juga mengalami senggugut yang kadang2 okey kadang2 tu rasa nak buka perut letak tepilah....

Setelah bercerita dengan Rakan Baik aku iaitu Irni Sazira aka Nong...die mencadangkan aku mengambil Evening Primrose Oil (EPO)... brand Bio-Life pun die jugalah yang mencadangkan...berdasarkan hujah2 & pengalaman beliau lah aku nekad utk berdisiplin mengambil EPO sampai bila2...walaupun dah masuk botol kedua dan masih tiada perubahan untuk aku lagi....tak pe aku bersabar key...

Pil kedua yang aku ambil adalah Asid Folic...rasanya cuma yang pernah mengandung sahaja yang mengenali ubat nie kan...ubat nie aku makan atas saranan Doktor yang mengatakan bahawa Asid Folic amat sesuai diamalkan 3 bulan pertama bagi persediaan untuk hamil... zaman sekarang nie ramai pasangan yang bakal berkahwin telah mengamalkan Asid Folic nie 3 bulan sebelum bernikah....

Apapun kedua-dua pil ini aku amik atas saranan Doktor yang meyakinkan aku kebaikkan pil ini untuk mengimbangkan hormon aku...sebagai tanda USAHA aku mengamalkannya...dan kini aku TAWAKAL pada Allah SWT....

Mungkin untuk hamil dalam jangkamasa terdekat adalah sesuatu yang mustahil untuk aku...tapi cukuplah sekadar mendapat kitaran haid yang normal...Alhamdullilah jika doa ku ini dimakbulkan....

Berikut adalah kebaikkan EPO & Asid Folic...sekadar berkongsi pengetahuan...

Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
Fungsi Asid Folic :

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Saturday, April 9, 2011

Hantaran Bertunang Adik Huda Juhuri

Pada hari Khamis malam (7hb April) aku telah diberikan tugasan istimewa oleh Huda Juhuri, my BFF...menyiapkan hantaran bertunang adik beliau yang mana majlisnya akan berlansung pada Ahad (10hb April).....jangan tak percaya ye.....

Awalnya tugas aku cuma menyiapkan Sireh Junjung sahaja...hantaran2 yang lain akan disiapkan sendiri oleh Huda...kononnya si kakak nie nak buat sendiri lah hantaran bertunang untuk adiknya...tapi apa lagi yang nak dikata...cubaan nya nyata menemui jalan buntu...setelah sawan + meroyan...Huda terpaksa mengakui bahawa pertolongan aku amat diperlukan...tu lahhhh awal2 lagi aku dah inform, beli barang biar aku buatkan...inilah natijah bila degil ye Huda....

Mujur jumlah hantarannya cuma 6 bekas termasuk Sireh Junjung...kalau berbelas2 dengan tempoh 2 mlm...memang aku pulak lah yang meroyan....hehehehe

Sebenarnya jujur aku akui tak de lah besar mana pun keuntungan membuat hantaran nie...tapi atas faktor minat & kepuasan aku seronok bertungkus lumus membuatkan...dan sebab tu jugalah hanya mereka2 yang rapat sahaja je yang aku terima tempahannya...

Walaupun hantaran nie untuk adik Huda, tapi 2 malam berturut2 Huda & Yatt serta adik2 mereka sanggup berjaga hingga ke pagi menemankan aku menyiapkan...walaupun tak hulur satu jari untuk membantu pun aku memang tak kisah....sebab ianya mengelakkan aku meroyan macam Huda...hahahaha

Terpikir pulak, bila tiba masanya giliran hantaran Huda & Yatt...pasti aku lebih bersemangat lagi...mesti seronok giler....hheeiiii bilalah akan tiba masanya nanti...Cepat2lah Huda & Yatt...aku tak sabar nak sponsor kos upah percuma nie...

Keylah, kita layanlah gambar2 gubahan hantaran yang berjaya direka oleh aku...bolehlah dari tak der....
sepersalinan pakaian

terjemahan Al-Quran & Tasbih
bekas cincin merisik & bertunang
sebakul coklat
kek bertunang
sireh junjung
Bila semua nie dah siap, rasa terlalu sayang nak bagi diaorg bawa balik...sedih & sayu je rasa....itu lah perasaan aku bila tiap kali hantaran2 yang aku buat dibawa pergi oleh tuannya...macam kelakar kan....hehehehehe

HAPPY BIRTHDAY ADIK !

MY ONE & ONLY BROTHER

LEKA MELAYAN KETENANGAN JIWA KAMI

KAMI BANYAK PERSAMAAN = MUDAH SAYANG PADA HAIWAN

9 April 1991...20 tahun dahulu aku telah dikurniakan seorang lagi adik lelaki, yang mana sebagai anak sulong aku mempunyai 2 orang adik lelaki...tapi Allah lebih menyayangi & memahami...adik kedua telah pergi lebih dahulu untuk bersamaNya....kini aku hanya ada The One & Only Adik = Norazwadi Zainul @ Wady....

20 tahun dah umur adik aku nie....makin cepat die dewasa makin tua pulak aku rasa...tak sabar nak tunggu dia berkerjaya & berkeluarga...aku doakan semoga dia mendapat apa yang dicita2kan nya...aku nie tumpang hujung2 jari pun jadilah kan dik...maklumlah tak de org nak bela time tua nanti...nak harapkan anak tekak ada lah hehehehe....

Dikesempatan ini, akak nak hadiahkan adik lagu nie...anggap je lah macam akak yang nyanyi ye...hehehehehe...hadiah yang lain dah dihantar...harap berpuas hati ye....


Hayati lirik lagu yang mempunyai seribu makna yang mana hanya kita yang tahu...apa pun doa akak sentiasa mengiringi semoga adik menjadi insan yang berjaya dan mencapai segala cita-cita & impian yang diharapkan....aminnnn & insyaallah

BAIK-BAIK SAYANG

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diriku
'kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu

Hanya satu pintaku disiang dan malammu

Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampuku sayang

Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengakan aku