Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 3, 2011

7th Anniversary

Alhamdullilah 7 tahun sudah...macam mimpi tapi inilah kenyataan nya...kali ni kami berdua tak dapat nak gi honeymoon macam tahun2 sebelum nie...nak buat cam ne adik ipar nya pernikahan pun jatuh pada tarikh yang sama...so aku & hubby lah tulang belakang majlis...kenalah kami berdua berkorban....

So just suprise for hubby, aku adalah order cake anniversary utk saja2 sambut kan...rasa cam tak best nak biarkan ianya hambar tanpa di rai...bab bercuti tu kami postpone ke waktu yg sesuai lah kot....

Hubby : Eh nie cake apa nie...

Hubby : kenapa cake nie ada muka kita...

Hubby : bila masa B order cake nie...

7 tahun dulu kami potong cake nie pakai Wedding White Gown & Black Coat

Red Velvet Cake...sedap & puas hati....

Thursday, December 1, 2011

2 More Days & It Will Turn To 7 Years...


Rasa macam mimpi...macam segalanya baru saja bermula...masih lagi tak lengkap sana sini...masih lagi perlu belajar cara memahami...banyak lagi yang masih kemas tersimpul rapi...

Alhamdulillah, usia perkahwinan aku bakal menjangkau 7 tahun. Ya, kalau nak diikutkan 7 Tahun seorang manusia dah leh mula belajar Darjah 1. Mungkin itu juga permulaan kami.

7 tahun = 84 bulan = 3066 hari = 735,840 jam

Satu tempoh yang pada angkanya nampak besar tetapi pada pengalamannya banyak lagi yang perlu dipelajari & diperbaiki...Melayari bahtera tanpa wujudnya kelasi bergelar cahaya mata bukan sesuatu yang mudah. Berhadapan pula dengan badai & ombak sekeliling yang sering menghempas bahtera membuatkan nakhoda pernah hilang arah dan aku satu2nya kelasi pernah jua berputus asa....

YA ALLAH, KAU BERKATILAH RUMAHTANGGA AKU INI...MURAHKAN REZEKI KAMI, KURNIAKAN KEBAHGIAAN BERPANJANGAN BUAT KAMI...HADIRKAN KAMI PUTERA/PUTERI YANG AKAN MENAMBAH SERINYA LAGI RUMAHTANGGA YANG DIBINA INI...BERIKAN KAMI KETABAHAN & KESABARAN DALAM MENGHARUNGI TIAP DUGAAN DARI MU...PERMUDAHKAN SEGALA USAHA KAMI & SEGALANYA DUNIA DAN AKHIRAT, INSYAALLAH.....

Biasanya setiap kali Anniversary kami akan bercuti bersama2....tapi memandangkan tahun ini tarikh yang sama Adik Ipar khawin so terpaksalah ditangguhkan....apa pun adalah sedikit suprise utk Hubby pada malam tarikh tu nanti...semoga beliau suka...Insyallah...

Monday, November 28, 2011

Hantaran Golden Red

Alhamdullilah tepat kul 12 malam hantaran Golden Red ni siap sepenuhnya dengan sepuas hati...semua rasa dah cukup cun dah...sampai rasa sayang lak nak bagi pada tuan empunya nya....

Next yang menanti Hantaran Turqoise lak....kena buat malam selepas majlis nikah (lepas isyak) dan nak dibawa ke esokkan akhirnya...doakan lah kejayaan aku....

Nie gambar lebih kurang lah ye utk Hantaran Golden Red...gambar yg terperinci akan menyusul nanti...tungguuuu

Wednesday, November 23, 2011

Kesal kah Anda ?


KEKESALAN yg terhasil tanpa KEIKHLASAN
pastinya tidak mampu mengembalikan
KEINDAHAN sebuah KEJUJURAN

Tuesday, November 22, 2011

Petunjuk Arah Jalan

Last Sunday aku with abah menyiapkan Petunjuk Arah Jalan untuk Majlis Perkahwinan BIL aku...pada awalnya tak nak liminate tapi bila difikirkan keadaan cuaca yg kerap hujan maka terpaksalah keluar cost sket utk liminate 15 keping petunjuk arah jalan nie....pelan untuk lokasi petunjuk arah jalan nie pun dah disiapkan....

Alhamdullilah satu lagi part dah selesai...apa pulak lepas nie ye....