Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 23, 2013

HIDUP

Hidup ini bukan sesuatu yg mudah....bukan juga satu perjalanan yg singkat....jgn mudah menilai bahawa setelah derita pastinya datang bahagia....jgn leka kerana bahagia itu bukan penamat segala cerita....hidup belum tamat.....

Laut ada pasang surutnya....gunung ada tinggi rendahnya.....dalam setiap keadaan semua itu adalah ujian....terpulang pada penilaian...terserah pada pembawakan....inilah hidup.....

Berkongsi bukan bererti menyebar....mengadu bukan bererti menghina....tapi itulah keperluan hidup yg mungkin berbeza dosnya utk setiap insan yg tidak pernah sama....

Kenyataan dlm hidup tidak pernah manis....ujian dlm hidup pastinya pahit....walau bagaimana mengelak.... segalanya perlu ditelan....kalau bijak mungkin tak perlu dikunyah....tapi kepahitan yg dirasa itu akan tetap kekal kerana itu adalah hidup......

Dlm hari2 mendatang aku sentiasa berdoa....agar hidupku akan benar2 memberi makna hidup utk insan yg lain.....aku tak mampu bersikap pentingkan hidup ku sendiri....kerna aku perlu sentiasa pastikan mereka yg lain itu hidup.....

Ya Allah, hanya Kau yg lebih mengerti, memahami & mengetahui segala2nya...kuatkan semangat ku....pinjamkan aku ketabahan & kesabaran utk aku sentiasa waras melalui perjalanan yg dinamakan HIDUP......