Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 28, 2012

Katak Bawah Tempurung




Seperti Katak Bawah Tempurung....mungkin ramai yang lebih tahu maksud peribahasa nie...lebih menjurus kepada JANGAN JADI MACAM KATAK BAWAH TEMPURUNG...yang mana pengetahuan & mindanya tidak terbuka disebabkan dirinya yang tak mahu keluar dari tempurung tu.

Dari segi cara berfikir & kemajuan diri, ada benarnya maksud peribahasa nie...tetapi pernahkah kita terfikir dari sudut yang lain....ramai yang hanya pandai menunding jari menyatakan cara katak ini salah...dia sepatutnya keluar dan duduk diatas tempurung supaya pemikiran & pemandangannya sentiasa update.

Setiap yang buruk pasti ada baiknya & setiap yg baik tak kan lengkap tanpa buruknya....kenapa tajuk ini yang aku pilih utk article aku kali nie setelah sekian lama senyap, bisu & sepi sahaja. Jujur aku akui, dalam tempoh aku senyap, bisu & sepi ini aku memilih untuk buat apa yang katak itu buat. Tinggal dalam tempurung seorang diri. Bukan sengaja memilih tetapi mengikut kata hati yang membawa aku untuk bertindak demikian.

Hampir 1 bulan aku menyepi tanpa bergaul dengan sesiapa pun. Dunia aku hanya family (rumah) & office. Setiap hari itu sahaja yang aku ulang. Tiada lagi aktiviti aku dengan kawan2, bercampur dalam agenda ahli keluarga/sanak saudara apatah lagi untuk berhubung dengan sesiapa pun dgn cara komunikasi tercanggih kini.

Apa faedahnya ??? Aku memperolehi ketenangan & kekuatan semangat. Mungkin kerana dari cara ini aku perlu menelan sendiri setiap apa yang aku rasa, aku perlu belajar utk lalui juga dan terus habiskan 24 jam sehari walaupun kadangkala rasanya ingin pejam terus di saat itu jua.

Maaf andai ada yang terasa dgn pilihan aku untuk terus mendiamkan diri dan hidup dengan cara pilihan aku sendiri. Rasanya sudah cukup aku membebankan kamu2 semua dan sentiasa membuat kamu2 semua rasa bersalah dengan setiap kata/rancangan aku yang sukar utk di bangkang. Betul kan ?

Aku dah letih untuk terus hipokrit seperti apa yang kamu2 semua lakukan terhadap aku. Aku dah jemu utk mengetahui betapa selama ini aku dikelilingi oleh mereka2 yang mendambakan balasan dalam perkara yang dilakukan. Aku keliru utk menilai yang mana ikhlas yang mana palsu.

Aku dah mula faham betapa tenang & amannya dunia katak dibawah tempurungnya itu. Sekurang2nya dia tak kan menyakitkan hati sesiapa. Dan yang paling utama katak itu tak perlu untuk berdepan dengan :

~ Talam yang mempunyai 2 muka
~ Pisau yang mempunyai 2 belah mata
~ Duri yang suka tinggal dalam daging secara sembunyi2
~ Beruk yang bangga bila dapat bunga & menghancurkan bunga itu tanpa sedar
~ Kacang yang tak pernah ingat akan kulit yang dulu melindunginya

Walau hanya 5 jenis sahaja tapi dah cukup buat katak ini hidup tenang, aman & bahagia.